Tuesday, October 30, 2012

// // Leave a Comment

Bahaya Kekurangan Zat Besi - Hb rendah sewaktu hamil

Assalamualaikum..

Mengandung merupakan saat yang paling indah buat saya. Walaupun mengalami berbagai alahan dan penat tapi itulah moment yang tidak dapat saya lupakan dan melihat perut yang semakin membesar dari hari ke hari membuat saya teruja. Alhamdulillah..walaupun sudah 2 kali mengandung tapi sepanjang mengandung saya tidak mengalami masalah yang serius.. Hari ni saya nak share tentang masalah hb rendah sewaktu mengandung..walaupun saya tidak pernah mengalaminya tapi sebagai wanita kita patut tahu tentang masalah kesihatan yang berkaitan dengan kita.

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan
  • Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.
  • Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan
  • Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan 
  • Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
  • Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Read More

Wednesday, October 24, 2012

// // Leave a Comment

Gastrik dan ESP Shaklee

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari hold nak share testimoni best friend tentang gastrik dia..internet slow sangat sbb kuota dah abis..

so kawan2 di luar sana yang ada gastrik, mungkin ada juga patut cuba produk ini..tak cuba tak tahu kan.. sebelum tu kita baca dulu testimoni sahabat baik saya Maisarah..

mmg sejak zaman sekolah lagi mmg kami sahabat2nya tahu yang dia ada gastrik...tapi Alhamdulillah nampaknya dia dah pon temui produk yang sesuai untuk dia.. dan sekarang dia masih amalkan produk tu untuk kesihatan dia.. dia dah berusaha dan mencuba dan dengan izinNya, dia boleh sembuh.

Jom kita lihat pula produk apa yang dia gunakan dan membantu dia bertambah sihat..


Inilah produk yang digunakan sampai sekarang..ESP (Energizing Soy Protein). Memang banyak khasiat ESP untuk kesihatan. jom baca Keistimewaan dan Fakta tentang ESP
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

ESP SHAKLEE merupakan produk yang PALING HOT dan LARIS.. Nak tau sebabnya..ini antaranya:
  • Sangat popular untuk kecantikan dan keanjalan kulit dan seluruh badan
  • Sumber protin yg sangat hebat utk anak dalam kandungan dan keperluan ibu mengandung
  • Ibu menyusu akan mendapati susu semakin berkrim, anak mudah kenyang dan ibu berasa lebih bertenaga
  • Untuk wanita yg ingin hamil sebagai sumber protin asas dalam badan utk kesuburan
  • Untuk ibu2 dalam pantang - percepatkan penyembuhan selepas proses bersalin
  • Untuk mereka yang ingin berdiet - esp bantu mengekalkan tenaga dan tahan rasa lapar sebab esp mengenyangkan!
  • Untuk mereka yg ingin awet muda!
  • Untuk mereka yang ada masalah kulit bukan shj di muka malah di seluruh badan
  • Untuk seisi keluarga sebagai minuman kesihatan yang kaya dengan sumber protin asli

Nak kurus, nak cantik, ibu mengandung, ibu dalam pantang, ibu menyusu, ibubapa bekerja, selalu letih, selalu tak bermaya, kanak2, remaja, lelaki, wanita, warga tua..SEMUA BOLEH AMBIL ESP!

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Saturday, October 20, 2012

// // Leave a Comment

Gastrik @ Gastritis

Assalamualaikum..

Semalam sahabat baik saya post kat facebook beliau tentang gastrik. Tak banyak yang saya tahu tentang gastrik ni walaupon mak saya sendiri pon ada masalah gastrik. Apa yang saya tahu, mak saya selalu minum susu dan kadang2 ambil ubat untuk gastrik. Dan hari ini saya cuba google tentang masalah gastrik ni dan saya nak share dengan kawan2 semua. Jemput baca info ini.. info ini saya dapat di sini

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  1. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  2. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Langkah-langkah untuk melegakan gastrik @ penyakit ulser perut ini termasuklah:

  • Makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
  • Rehat yang lebih.
  • Minum susu
  • Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser
  • Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
  • Ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
  • Tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
  • Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Tips Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Read More

Thursday, October 18, 2012

// // Leave a Comment

Parut dan Jerawat semakin kurang dengan Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum..

jom lihat perubahan yang terjadi pada customer yang menggunakan Vita-E dan Vita-C selepas menggunakan produk tersebut selama sebulan.. 


Alhamdulillah...parut serta jerawat semakin berkurang..itu lah kelebihan vitamin c dan vitamin e dalam mencantikkan kulit.

Walau apapon, bak kata mama cery- vitamin @ supplemen ni bukanlah ubat majik.- ianya hanya satu permulaan ke arah hidup yang lebih sihat..

kita berusaha membaiki tahap kesihatan tapi Allah jua yang menentukan segalanya.. yang penting harus terus berusaha..selebihnya biar Dia yang tentukan apa yang TERBAIK buat kita.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Kulit Kekal Cantik & Segar

Assalamualaikum..

Siapa sahaja mahu cantik.. first impression tentulah tengok cantik luaran.. tetapi untuk cantik tidak hanya harus menjaga luaran sahaja..dalaman juga harus diberi perhatian kerana apabila dalaman cantik maka akan terpancar seri ke luaran..

set kecantikan shaklee


Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

credit: http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-untuk-kulit-cantik/

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, October 16, 2012

// // Leave a Comment

Anak ada ASTHMA atau LELAH

Assalamualaikum...

Hari ini nak share tentang masalah asthma..walaupun anak2 saya tidak ada yang mengalami asthma tapi ramai juga anak rakan2 saya yg ada masalah ini. Jom baca seketika tentang penyakit ini...

Gambar sekadar hiasan
Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.

Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.

Asthma adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal yang boleh membantutkan urusan seharian pesakit, contohnya terpaksa meninggalkan kelas,kerja dan lain-lain kerana simptom-simptom itu. Pesakit asthma perlu untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor yang merawat dan diberitahu rawatan yang dperlukan.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  • pernafasan yang pendek
  • sakit-sakit dada
  • sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  • bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  • batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
  • serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  • kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

PUNCA-PUNCA
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • jangkitan pernafasan sperti selsema
  • aktiviti fizikal
  • pencemaran udara seperti asap rokok
  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
  • cuaca yang sejuk
  • gangguan emosi dan stress
  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • putaran haid bagi sesetengah perempuan
  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
  • latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
  • jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
  • terdedah kepada asap rokok
  • persekitaran udara yang tercemar
  • pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
  • kurang berat badan ketika lahir
  • berat badan yang berlebihan 

PENCEGAHAN
  • buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
  • kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma
  • pengawasan terhadap pernafasan anda
  • kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
  • jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal 
sumber: http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/asthma.html

Jom lihat juga testimoni seorang pengguna produk Shaklee yang berusaha untuk merawat anaknya yg ada asthma selain daripada rawatan hospital.. Berkat USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. anaknya menunjukkan POSITIVE IMPROVEMENT.



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, October 15, 2012

// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee : Hasil perahan susu semakin bertambah

Assalamualaikum...

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan apabila anda mengambil set breastfeeding shaklee ini. Bukan sekadar susu badan anda makin bertambah tetapi anda juga akan merasai kesan-kesan lain yang tentunya memberi banyak manfaat untuk anda.

Jom lihat apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set breastfeeding...


"Setelah sebulan menggunakan set B + ESP, banyak yang dirasai oleh pn. mira seperti eczema hilang, rambut kurang gugur, kulit lembut,tegang dan lembap, senggugut hilang serta hasil perahan juga bertambah..Alhamdulillah"



"Selepas seminggu mencuba set 3M, susu sudah meriah dan pn. leen dapat buat stok untuk anaknya..kulit anaknya juga gebu dan putih..Alhamdulillah"

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini dengan harga mampu milik serta consultation percuma.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee Yang Mana Satu Sesuai Buat Saya?

Assalamualaikum..

Terdapat beberapa option dalam pemilihan set breastfeeding ..semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan ibu menyusu. Jom sama-sama lihat set breastfeeding yang manakah yang sesuai untuk diri masing2..


Set B
  • Mengandungi Multivitamin (Vita-lea) dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
Set E
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
  • Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set Tripple M (Set Lengkap) - highly recommended!
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu.
Setiap set yang disediakan mempunyai kelebihan masing-masing. Walaubagaimanapun, anda tidak semestinya hanya boleh memilih set berkenaan sahaja. Anda juga boleh mengambil set B + ESP sahaja kerana ia juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Suplemen sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

”Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

*Kredit kepada AnakkuWiraku.com

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set breastfeeding ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee | Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum...

Perlukah suplemen sewaktu kita menyusukan anak? Sebenarnya ia terpulang pada individu masing2.. Bagi saya pula, saya perlukan bantuan suplemen dalam diet saya..kerana sebab utama sewaktu saya ambil suplemen ini kononnya untuk tambah susu badan.. tapi bila saya check balik penyebab yg menjadikan susu saya merudum adalah kerana saya penat dan stress. 

Apabila badan dah sihat dan bertenaga serta hari2 pon terasa ceria..insyaallah susu pon akan terhasil dengan lebih baik.. Ada orang tanya saya.. confirm ke susu akan bertambah bila kita ambik suplemen ni? Apa yang boleh saya katakan..mengambil suplemen adalah salah satu usaha kita sahaja dan utk mendapatkan susu yg banyak tidak bergantung pada suplemen semata-mata, ia mestilah disertai dengan usaha2 yg lain juga.. minum air sekurang2nya 3L, jadual pum yang konsisten, jaga pemakanan serta mestilah disertai doa dan zikir yang tidak putus2 buat Dia yg menciptakan kita.

Pengambilan suplemen sebenarnya adalah untuk memastikan badan kita kekal sihat bertenaga serta sentiasa positif dalam menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun..InsyaAllah..

Gambar di atas adalah suplemen lengkap untuk ibu menyusu..walau bagaimanapon, tidak semesti semua suplemen di atas perlu diambil oleh ibu menyusu. Ianya bergantung kepada keadaan ibu menyusu dan budget yang diperuntukan.

Jom lihat kepentingan bagi setiap vitamin yang disyorkan.

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : 
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B complex : 
lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : 
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Alfalfa : 
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set breastfeeding dan tips-tips percuma untuk meningkatkan penghasilan susu badan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Sunday, October 14, 2012

// // Leave a Comment

Persediaan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu2 perlu melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan.. jom baca persediaan awal bagi penyusuan susu ibu sebagai panduan untuk kita yang bergelar IBU..

sumber gambar

Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
 
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

sumber: http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/01pemakanan0102nutrition02/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu

Read More
// // Leave a Comment

Kebaikan Susu Ibu

Assalamualaikum...

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Kebaikan

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
sumber: http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/01pemakanan0102nutrition02/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu

Saya sendiri dulu tidak menitikberat akan kepentingan susu ibu disebabkan lack of knowledge.. tapi alhamdulillah.. anak yang ke-2 ini mmg fully breastfeeding.. dan insyaAllah kalau ade rezeki untuk anak yang seterusnya juga akan bagi yg terbaik iaitu SUSU IBU...
Read More

Friday, October 12, 2012

// // 6 comments

Saya & Masalah Period Berpanjangan

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak bercerita tentang diri saya sendiri.. Sejak zaman anak dara hinggalah saya berkawin, period saya memang tak teratur.. Tapi pada waktu tu saya tak peduli sangat as long as saya sihat dan takde ape2 masalah kesihatan.. Period saya mmg datang tak tentu masa..kadang2 sebulan sekali pastu dua bulan tak datang..pastu datang balik...mcm tu lah sehingga saya kawin pon.

Bila kawin..saya ingat period akan teratur sebab akan berlaku perubahan hormon..tapi tidak jugak.. risau jugak saya sebab orang kata susah nak dapat anak kalau period tak teratur ni..betul gakpikir saya.. dekat hampir setahun kawin, saya mmg belum pregnant..hgg akak ofis lama cadangkan saya ambil EPO.. alhamdulillah dengan izin Allah saya hamil..mmg gembira tak terkata walaupon waktu hubby takde disisi - dia di republik chech..

ok..itu masalah period tak teratur... selepas saya melahirkan anak pertama, Iman.. period ok la skit berbanding dulu walaupon kitaran tu dlm 35-45 hari.. so saya planning ngan hubby untuk dptkan baby kedua bila iman dah 2 tahun.. alhamdulillah..saya hamil lagi ketika iman 1 thn setengah..kira ok la sbb bila saya lahirkan adik...dia dah 2 tahun.. cuma waktu hamil kali ni saya ade cyst so kene operate tapi alhamdulillah semua selamat..

saya mula datang period kembali selepas Sofea, anak kedua saya berumur 8 bulan..saya mmg fully breastfeeding sbb dah tak keje.. mula2 ok je period tapi lama2 makin tak ok.. 4 bulan lepas saya mengalami masalah period berpanjangan.. tempoh period 15 hari kemudian stop 4-5 hari then datang lagi dalam bentuk tompok2 koko.. tompokkan itu akan berakhir bila darah haid sebenar keluar.. begitu lah keadaannya..hingga 2 bulan..bayangkan dalam bulan pose ari tu..hanya 3 hari sahaja bersih tanpa tompok koko.. mmg saya tension..

saya rujuk masalah saya ke klinik kerajaan..  doktor cakap mmg masalah hormon..lgpon saya breastfeeding..so come for next appointment.. saya ade gak minta untuk scan coz saya risau cyst saya ade balik..tapi doktor cakap tak perlu dulu..so saya tangguhkan dulu..

tapi dalam masa yang sama saya cuba cari solution sendiri...kene berusaha gak.. akhirnya saya bertemu dengan gla.. penah baca testi gla pasal boleh kecutkan cyst.. saya nak cuba gak..sbb saya ade sejarah cyst.. Akhirnya saya cuba gla ni pada 04/09/2012.. kiranya dah sebulan la.. Alhamdulillah..saya syukur sangat2 pada Allah sebab Dia sembuhkan saya.. Period saya dah mcm biasa balik.. tiada lagi tompokkan koko yang berpanjangan.. malah period saya juga on time.. masa ambik gla dulu 1st day period.. bulan ni 01/10/2012 period balik..syukur sangat2..

inilah produk yang saya amalkan sekarang.. ia membantu saya.. dan ia juga mungkin dapat membantu anda juga.

Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Masalah Haid | Atasi Dengan GLA Complex

Assalamualaikum...

Terdapat beberapa masalah haid yang mengganggu kehidupan seseorang wanita. Antaranya adalah tiada haid (amenorrhoea), haid kurang (oligomenorrhoea), haid banyak (menorrhagia), sengugut (dysmenorrhoea) dan sindrom prahaid (premenstrual syndrome). Masalah-masalah haid ini perlu diatasi kerana ia akan  menyukarkan seorang wanita itu untuk mengandung dan adakala merupakan tanda-tanda bagi penyakit serius lain serta mengganggu kehidupan sosial.

Antara punca utama masalah haid ialah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang selalu terjadi pada gadis baru baligh atau wanita pramenopaus. Di samping itu, masalah penggunaan ubat-ubatan dan suntikan hormon perancang keluarga dan jangkitan kuman dalam rahim selepas bersalin atau keguguran turut menjadi punca wujudnya masalah haid.

Walaubagaimanapun, sekiranya masalah haid anda berlarutan, anda hendaklah mendapatkan khidmat pakar sakit puan untuk rawatan lanjut lebih-lebih lagi jika anda mengalami haid yang banyak dan berpanjangan. Sekiranya anda tiada sebarang masalah kesihatan lain dan hanya mengalami ketidakseimbangan hormon, saya syorkan anda mengambil GLA Complex untuk mengatur kitaran haid anda dan mengurangkan PMS.





Di sini saya kongsikan satu testimoni bagi masalah tempoh period yang pendek.. jom baca..


Bukan sahaja period beliau semakin teratur malah dapat bonus kulit berseri tanpa jerawat dan jeragat serta kulit badan pon semakin cerah...Alhamdulillah..semuanya di atas izin Dia..

so kawan2.... apa tunggu lagi...jika anda ada masalah yang sama...dapatkan gla satu untuk anda.. tak salah mencuba...itu menunjukkan kita berusaha untuk hidup lebih sihat dan iringilah setiap usaha itu dengan doa kepada yang Esa sebab Dia beri kita segala-galanya...

Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk dan juga harga.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...