Thursday, August 29, 2013

// // Leave a Comment

Pengidap PCOS Berjaya Hamil

Assalamualaikum...

Kita berusaha tetapi Allah yang menentukan segalanya. Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Tiada apa yang mustahil bila Dia menghendakinya.

Kebiasaannya, pengidap PCOS sukar untuk hamil memandangkan pengidap PCOS ini mengalami masalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali kita berputus asa untuk berusaha. Dan ini mengingatkan saya pada seorang sahabat yang berkali-kali mengandung dan keguguran. Bukan itu sahaja, dia juga telah berkali-kali buat IVF..tapi tetap juga belum rezeki dia. Tapi saya sangat kagum dengan semangat dia..tak pernah berhenti berusaha mencuba apa sahaja untuk mendapatkan zuriat. Dia juga mempunyai PCOS. Semoga Allah kurniakan dia zuriat yang sempurna dan sihat kelak. Aminn...

Selaku hambaNya, kebergantungan itu harus wajib kepada Allah. Kerana hamba dijadikan untuk menyembah Pemilik alam. Mana mungkin Allah SWT tidak mendengar rintihan kesusahan jiwa suci yang sentiasa mengharap pertolongan dariNYA. Itulah sebenar-benar konsep ketauhidan dalam mengesakan Allah SWT.  Namun pergantungan itu bukanlah bererti perlu mengoyangkan kaki menunggu rezeki turun menyimbah bumi. Usahalah, berdoa, lalu bertawakkal.

Produk shaklee insyaAllah dapat membantu anda hamil dan ia hanya perantara sahaja. Yang penting kita berusaha sehabis mungkin. Disini saya kongsikan testimoni pengguna shaklee yang mengidap PCOS dan telah berjaya hamil. Alhamdulillah..


"Alhamdulillah......Alhamdulillah...Alhamdulillah....Selama ni sy hanyalah pembaca setia SGL, namun hr ni sy nk berkongsi cerita dgn semua kngkawan d'sini...Sy mengandung 4mgggu, walaupun sy disahkan PCOS. Period sy regular, namun berat bdn yg b'tmbah m'gngu thp k'suburan sy. Sy t'pksa m'ngambil clomid + metmorfin ats nsht Pakar O&G. Sy xhbis lgk consume GLA +Alfalfa+Omega...dan utk pngetahuan semua pembaca jg, sy br menjalani operation pd November 2012 yg lalu krn "ectopic pregnancy". Alhamdulillah, t'gerak hati nk cuba Shaklee ni ats nasihat Norliza Ibrahim, sy mula consume Shaklee 1 Jan 2013, smlm sy check UPT +ve. last period sy 25 Disember 2012...Ya Allah syukur.. sgt2. Kpd yg m'ngidap PCOS spt sy, In Sha Allah ada jln nya, Usaha+Doa+Ikhtiar...:) "


Suplemen apa wanita PCOS ini ambil?
GLA Compleks, Alfafa, Omega..dan jika PCOS tahap kronik ambillah VIVIX..

Sedikit info tentang gla...dalam konteks kesuburan, GLA sangat baik diamalkan oleh wanita yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA juga membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti yang dikenali sebagai Egg White Cervical Mucus. Cecair serviks yang subur ini sangat signifikan untuk membantu sperma berenang terus ke uterus dan ke tiup fillapio seterusnya berenang ke ovum. Cecair serviks yang subur ini juga membantu sperma hiudp lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fillapio. Ini meningkatkan tahap untuk hamil walaupun hubungan seks tidak dilakukan betul-betul pada waktu berlakunya ovulasi.

Suka saya ingatkan, semuanya adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Sebagai manusia, kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal....Selebihnya biar DIA tentukan.

Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, August 28, 2013

// // Leave a Comment

PCOS Punca Sukar Hamil

Assalamualaikum..

Tahukah kawan-kawan semua bahawa wanita pada hari ini diancam dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masalah kesuburan. Saya mula tersedar tentang hakikat ini apabila saya sendiri pernah didiagnosis mempunyai cyst di ovari kanan pada awal kehamilan. Pada waktu itulah saya mula mencari dan membaca maklumat tentang masalah-masalah berkaitan wanita.  

Ramai juga dikalangan kita yang masih tidak tahu apa itu PCOS dan saya sendiri juga kurang arif tetapi apabila ramai wanita yang ingin hamil memberitahu mempunyai pcos dan belum juga berjaya hamil, hati saya tertanya-tanya adakah pcos antara punca mereka sukar hamil?

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita. 


Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Gejala

"Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain,'' kata Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.

Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Dr. Nik Hazlina, antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.

Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

Klasifikasi

Tambah Dr. Nik Hazlina, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut iaitu

(i) Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.

(ii) Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.

(iii) Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan. Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

Metabolisme rendah

Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan.

Rawatan bagi sindrom ini berdasarkan masalah yang dihadapi oleh setiap individu berkenaan.

Rawatan

Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.

Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.

Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.

"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.

Kesuburan

Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti).

Tambah Dr. Nik Hazlina, masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.

"Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit," ujarnya.

Ubat-ubatan

Penggunaan ubatan juga merupakan kaedah untuk merawat masalah ketidaksuburan. Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya Metformin, yang tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin.

Dr. Nik Hazlina menerangkan, ubat ini bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal.

Namun terdapat kesan sampingan, terutamanya pada peringkat awal pengambilan ubat ini. Antaranya termasuklah loya, cirit-birit dan perut kembung.

Walaupun tiada lagi laporan tentang kesan sampingan ubat ini terhadap kandungan, namun pengambilan ubat hendaklah dihentikan apabila seseorang wanita itu disahkan hamil.

"Clomiphene citrate juga merupakan ubat untuk merawat infertiliti. Kajian menunjukkan bahawa gabungan Metformin dan Clomiphene telah menunjukkan kejayaan pengovulan pada 90 peratus penghidap PCOS.

''Ubat ini tidak boleh diberikan lebih daripada 12 kitar haid bagi individu yang tidak pernah hamil kerana risiko mendapat kanser ovari meningkat untuk jangka masa panjang.

''Pengambilan Clomiphene sahaja mencatat kadar pengovulan 70 hingga 80 peratus dan kadar kandungan yang berjaya hamil sebanyak lebih kurang 40 peratus,'' katanya.

Menurut Dr.Nik Hazlina, terdapat juga sebilangan pesakit yang masih tidak berjaya mencapai pengovulan walaupun diberikan Clomiphene sehingga dos maksimum. Keadaan itu dikenali sebagai kerintangan Clomiphene (Clomiphene resistance).

Terdapat ubat lain seperti suntikan hormon Gonadotrofin untuk membantu dalam perkembangan ovum. Kaedah ini berkesan tetapi mahal, memakan masa dan memerlukan kepakaran.

" Bagi kaedah suntikan ini, biasanya penghidap PCOS akan menjalani rawatan secara permanian beradas (intrauterine insemination). Peluang untuk hamil bagi setiap pusingan adalah lebih kurang sebanyak 5 hingga 10 peratus sahaja. ''Cara ini disarankan sebanyak tiga hingga empat kali sahaja dan jika masih gagal untuk hamil, maka kaedah seterusnya adalah secara bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVF) yang mempunyai kadar peratus kejayaan hamil dalam 30 peratus.

Impak sosial

Menurut Dr. Nik Hazlina, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sering melihat kebolehan melahirkan anak sebagai salah satu kewajipan selepas berkahwin.

"Selepas beberapa tahun berkahwin dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak boleh menyebabkan masyarakat sekeliling memandang serong dan membuat pelbagai tanggapan negatif.

''Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan berasa tertekan dan tidak dapat bergaul dengan masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai masalah lain.

''Oleh itu, sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting bagi penghidap PCOS dan pesakit lain yang mengalami masalah ini," ujarnya.

Bagi Dr. Nik Hazlina, mentaliti masyarakat perlulah diubah supaya tidak sewenang-wenangnya mengadili orang lain dan menyebarkan pelbagai cerita.

Di samping itu, pesakit PCOS juga perlu mengetahui masalah yang dihadapinya supaya dapat diberi rawatan sewajarnya.


Read More

Monday, August 26, 2013

// // 4 comments

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Assalamualaikum..

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen yang ada  FOLIC ASID?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.


Nak dapatkan kedua-dua suplemen ini? atau mana-mana satu.. boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

4 Perubahan Pemakanan Untuk Mengandung


Assalamualaikum...

Pernahkah anda terfikir bahawa tabiat pemakanan sebelum mengandung penting? Perancangan untuk hamil harus dilihat dari keseluruhan aspek. Salah satu darinya adalah dari aspek pemakanan. Amat penting bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya wanita menjaga pemakanan.  Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali mengamalkan pemakanan yang seimbang.



Persediaan untuk mengandung merangkumi tabiat pemakanan adalah seperti 4 perkara berikut:

1) Amalkan diet yang baik 

  • Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
  • Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
  • Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
  • Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
  • Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.

2) Perkara yang perlu dielakkan 

  • Tinggalkan tabiat merokok, meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan (Kecuali dengan nasihat doktor. Maklumkan kepada doktor yang anda merancang untuk hamil supaya boleh diberikan ubat yang bersesuaian). Kesemua komponen tersebut boleh mengganggu perkembangan fetus.
  • Kurangkan kadar pengambilan kafein dalam diet seperti kopi. Pakar bersetuju bahawa pengambilan kafein yang kurang daripada 300 mg sehari (bersamaan dengan 3 cawan kopi) tidak akan mempengaruhi kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat doktor yang mencadangkan supaya pengambilan kafein dihentikan terus untuk mengelakkan risiko.
  • Terdapat beberapa jenis ikan mepunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan anda dan kekal melebihi setahun di mana ia adalah merbahaya bagi bayi anda. Elakkan memakan ikan yang mengandungi tinggi kadar merkuri seperti jerung, todak dan makerel semasa anda mencuba untuk mengandung. Sebaliknya, makan ikan rendah kandungan kalori seperti salmon dan tuna.
  • Daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk susu tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan kerana berkemungkinan terdapat bakteria merbahaya seperti Listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis (jangkitan disebabkan Listeria) Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pra-matang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul untuk mengelakkan listeriosis.

3) Pengambilan suplemen vitamin dan mineral 

  • Pengambilan vitamin dan mineral memastikan anda memperolehi asid folik dan nutrien lain untuk meningkatkan kemungkinan anda mengandung. Pastikan anda mengambil suplemen yang dikhaskan untuk bakal ibu kerana terdapat banyak suplemen yang mempunyai dos tinggi yang boleh memberikan impak buruk pada perkembangan bayi.
  • Pengambilan asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko ‘spina bifida’ (kecacatan salur neural melibatkan pembentukan saraf tunjang yang tidak sempurna), serangan jantung, kanser dan kencing manis pada bayi. Jumlah minimum yang perlu bagi pengambilan asid folik ialah 400 mikrogram sehari. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kecacatan salut neural, doktor berkemungkinan mencadangkan pengambilan 4000 mikrogram sehari, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung sehinggalah trimester pertama kandungan. Suplemen prenatal yang baik seharusnya mengandungi lebih daripada cadangan minimum asid folik, diantara 600-800 mikrogram.
  • Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, roti dan bijiran yang diperkaya. Asid folik merupakan vitamin larut air, maka badan anda akan membuang yang berlebihan jika anda mengambilnya terlalu banyak. Walaubagaimana pun, pastikan anda masak sayur-sayuran dengan menggunakan jumlah air yang sedikit bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.

4) Dapatkan berat badan yang ideal 

  • Kurangkan berat badan jika anda obes dan naikkan jika anda terlalu kurus. Anda perlu mempunyai berat badan bersesuaian dengan julat BMI anda.
  • Terlalu gemuk atau kurus akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
  • Wanita obes yang mengandung mempunyai risiko mendapat kencing manis dan darah tinggi serta mengalami komplikasi kelahiran.
  • Wanita yang terlalu kurus pula berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
  • Rancang pemakanan yang sihat dengan makanan yang tinggi fiber dan rendah lemak serta mulakan rutin bersenaman. Jika anda obes, target untuk turunkan berat badan ½-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang ekstrem boleh mengurangkan stor nutrient dalam badan yang bukannya cara yang sihat untuk mengandung.
Read More

Friday, August 23, 2013

// // Leave a Comment

Kenapa Nutrisi Lengkap Penting Untuk Ibu Hamil?

Assalamualaikum..

Perasan tak apabila wanita disahkan hamil, doktor akan bagi beberapa vitamin untuk memastikan wanita yang hamil serta kandungannya memperolehi zat & nutrisi yang cukup. Untuk pengetahuan anda, dalam tempoh kehamilan, tubuh kita memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu.

Antara kebaikan mengambil vitamin prenatal adalah:-

  • Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.


Set Lengkap Ibu Hamil daripada Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil pada masa sekarang. Ini adalah kerana:-

  • Set ini lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • Tahan berbulan-bulan
  • Boleh dimakan atau dikongsi bersama ahli keluarga
  • Harga yang sangat berbaloi
  • Semulajadi (bukan sintetik) dan HALAL
  • Tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • Bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • Sesuai juga dijadikan set berpantang apabila bersalin kelak
  • Terbukti selamat dan berkesan

Ramai yang telah mencubanya dan berpuas hati. Selain memberikan tenaga dan badan sihat, kulit bayi juga putih gebu. Jom baca sendiri apa kata mereka..

 

 


Nak tahu dengan lebih detail tentang kepentingan setiap vitamin yang disyorkan? Sila klik DISINI

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Set Lengkap Ibu Hamil ini..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, August 22, 2013

// // Leave a Comment

Mengapa Pemakanan Sihat Penting Semasa Mengandung?

Assalamualaikum...

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan: 

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung


Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk mevariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah: 

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yogurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan: 

  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Read More
// // Leave a Comment

Petua Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Sewaktu hamil kali pertama tentunya kita rasa sangat teruja dan mula mencari maklumat tentang kehamilan. Kalau dok borak-borak dengan kawan-kawan opis yang dah anak tiga empat, macam-macam petua yang akan diorang berikan. Maklumlah dah banyak pengalaman...

Bab-bab petua ni kalau tanya mak kita pon macam-macam dia akan bagitau. Kalau yang mana baik tu..ikut saje lah.. saya pun nak share juga petua yang saya dapat kat internet ni..ada yang saya amalkan..ada yang tak..jom baca sama-sama :-)



Hilangkan rasa loya

Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih

Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah

Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil

Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin

Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.

Sumber: http://pama.karangkraf.com
Read More

Wednesday, August 21, 2013

// // Leave a Comment

Mealshakes Tambah Selera Makan Anak?

Assalamualaikum...

Betul ke mealshakes shaklee boleh menambah selera makan anak-anak? Buat yang belum tahu apakah Mealshakes ini.. jom saya terangkan serba sedikit...

Mealshakes adalah makanan tambahan yang kaya dengan protein dan multivitamin lengkap. Kebanyakkan  makanan tambahan kanak-kanak yang ada dalam pasaran dan farmasi adalah dalam bentuk tablet, tetapi mealshakes ini didatangkan dalam bentuk serbuk dan hanya perlukan satu sudu kecil sehari sahaja. Boleh dibancuh bersama minuman kegemaran mereka atau susu yang diminum. Mealshakes hanya boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas sahaja.
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Kaya dengan sumber kalsium dan protein
  • Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
  • Pilihan protein soya terbaik 



Mealshakes sesuai untuk anak-anak mempunyai masalah-masalah seperti:
  1. Kurang selera makan
  2. Sering sembelit
  3. Asma
  4. Tidak fokus di dalam kelas
  5. Sering selsema
  6. Kurang berat badan

Nak tahu betul atau tidak mealshakes ini boleh bantu tambah selera makan? Jom baca testimoni pengguna mealshakes...




Sebagai ibubapa tentunya kita mahu berikan yang terbaik buat anak-anak kita. Suplemen adalah options sahaja.. sekiranya mereka sihat dan aktif serta pemakanan juga tiada masalah..tidak perlu rasanya memberikan makanan tambahan kepada anak-anak. Walau apapon, tidak salah juga jika perlukan suplemen untuk memenuhi nutrisi yang mereka perlukan. Yang penting kita memilih suplemen yang tepat dan selamat buat mereka dan kalau boleh dapatkan nasihat doktor.

Nak cuba mealshakes untuk anak anda? jom hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, August 20, 2013

// // Leave a Comment

Suplemen Apa Yang Sesuai Untuk Anak?

Assalamualaikum...

Saya sendiri pada awalnya ragu-ragu untuk memberikan suplemen kepada anak-anak saya. Tetapi apabila doktor sendiri mencadangkan vitamin tambahan untuk anak saya, maka saya rasa tidak salah rasanya saya ingin memberikan yang terbaik buat anak saya demi menjaga kesihatan mereka. Pening juga kepala dalam memilih suplemen yang sesuai sebab terdapat banyak suplemen untuk kanak-kanak dipasaran. 

Sebelum kenal dengan produk shaklee, saya selalu membeli suplemen untuk anak-anak di farmasi tetapi setelah mengetahui produk shaklee ini semulajadi dan halal, maka saya tidak teragak-agak untuk menukar jenama.

Jom kenal beberapa suplemen shaklee yang sesuai untuk anak-anak...

MEAL SHAKES

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan  perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Antara kebaikan mealshakes:-
  • untuk kecantikan kulit
  • untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.
  • untuk antioksida
  • untuk bantu anak lebih fokus
  • memberi tenaga dan menguatkan sistem imun anak-anak
  • meningkatkan selera makan anak yang picky eater 

OMEGA GUARD

Merupakan minyak ikan terbaik . Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

CHEWABLE VITA-C PLUS

Merupakan vitamin C dalam bentuk yang mudah dikunyah. Rasanya masam-masam manis. Sedap! Sesuai utk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang sukar untuk menelan tablet. Khasiatnya termasuklah;-
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

**suplemen di atas hanya disyorkan untuk si manja yang berumur 1 tahun ke atas 

Suplemen-suplemen di atas dapat membantu anak-anak yang cerewet makan, sering demam, mempunyai asma/lelah, sembelit dan sebagainya. Nak cuba suplemen ini untuk anak anda?  Hubungi saya segera..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Perlukah Si Manja Anda Mengambil Suplemen?

Assalamualaikum...

Selera si kecil anda tak sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar? Anak anda seakan menolak jika ditawarkan makanan, Cuma sesekali bila mereka sudah betul-betul lapar barulah mereka mencari makanan dan makan dengan penuh berselera. Ramai rasanya ibu bapa diluar sana yang mengalami situasi ini. Risau pun ada bila berat anak tak naik-naik, kurus kering pulak tu.

Persoalannya adakah anak-anak anda perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka makanan berkhasiat semulajadi. 


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka.

Kanak-kanak sebaiknya diberi makan lebih banyak serat, protin, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Kurangkan juga pengambilan lemak terutama sekali lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menerima makanan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tersebut sangat penting sebagai keperluan nutrisi perkembangan tumbesaran mereka.

Oleh itu makanan semulajadi dikatakan adalah makanan terbaik untuk anak-anak anda mendapat nutrisi yang lengkap. Selain makanan semulajadi untuk pertumbuhan kanak-kanak, rata-rata ibu bapa juga memilih untuk member makanan tambahan kepada anak-anak. Bukan sahaja kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah selera makan, malah juga kepada anak-anak yang lain bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka. Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah
  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan termasuklah:-

Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin

Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu

Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan

Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus

Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu

Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Sebagai ibu bapa pilihan tentunya di tangan anda. Yang penting anda tahu apa yang baik dan tidak untuk tumbesaran si kecil tersayang. Sebagai ingatan, jangan lupa untuk menyemak label makanan sebelum anda beli produk makanan di pasar raya. Anda perlu tahu jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam makanan tersebut untuk kebaikan anda dan keluarga. Namun apa yang terbaik tentunya makanan semulajadi yang anda sediakan dari rumah. Sedikit idea kreatif dengan persembahan menarik untuk sesuatu menu yang sihat pastinya dapat membangkitkan selera anak anda.

Sumber: Pa & Ma, November 2012 

p/s: jika anda sedang mencari suplemen yang sesuai untuk anak anda.. ingin yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan, klik DISINI 

Read More
// // Leave a Comment

10 Tips Mendidik Anak Soleh & Solehah

Assalamualaikum...

Jika semalam saya kongsikan tips untuk menghadapi ujian hidup, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi tips untuk rakan-rakan diluar sana. Ramai pasangan yang belum dikurniakan zuriat mendambakan seorang permata hati. Besar sebenarnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh pasangan yang bergelar ibubapa. Kehidupan anda juga akan totally berubah daripada segi sosial mahupun ekonomi. 

Kehadiran anak-anak bukan sahaja satu anugerah yang tidak ternilai malah merupakan juga satu ujian buat ibu bapa. Masalah seperti anak nakal, degil, anak tak mendengar cakap dan suka melawan sering memberikan tekanan kepada kita. Tetapi ketahuilah bahawa Allah sedang mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya dan setiap didikan kita kepada anak kita tentunya diberi ganjaran pahala oleh Allah

Jom la kawan-kawan kita audit diri kita dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang TERBAIK dalam mendidik anak-anak kita baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Semoga Allah permudahkan niat ikhlas kita dalam mendidik anak-anak...Aminnn

10 Tips Mendidik Anak Soleh & Solehah

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu kami pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah sentiasa.


Read More

Monday, August 19, 2013

// // Leave a Comment

Tips Menghadapi Ujian Hidup

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin sharekan tips dalam menghadapi ujian hidup. Setiap orang pasti tidak lepas dalam menghadapi ujian hidup, tapi bagaimana kita menghadapi dan menangani, itu yang penting. Berat mata memandang dan telinga yang mendengar, tetapi lagi berat bahu yang memikul. Walaupun kita merasakan diri kita sarat dengan ujian hidup atau masalah tetapi pandanglah mereka yang jauh lagi menderita dan merana agar kita memperolehi kekuatan dan semangat.

Setiap orang mempunyai kekuatannya tersendiri dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Saya sangat percaya setiap apa yang Allah tentukan buat hidup kita adalah yang TERBAIK untuk kita. Dan sesekali ujian yang tiba itu merupakan tanda kasih sayang Allah pada kita. Percayalah..Allah bukan saje-saje ingin menguji kita.

Selain mendekatkan diri dengan Yang Esa, saya sering membaca tips ini daripada blog saudara kita untuk menenangkan hati dan sentiasa mencari blog-blog motivasi untuk menaikkan lagi motivasi diri. Sesungguh saya tahu, ramai lagi diluar sana yang perlukan makanan jiwa dan rohani. Sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.


Jom sama-sama baca tips ini dan semoga apa jua bentuk ujian yang bakal tiba akan kita tempuhi dengan TABAH dan SABAR serta menjadikan kita insan yang DEKAT kepadaNya.
 
  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).

  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi).

  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim).

  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).

  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6).

  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. "Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).

  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup . Apa-apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Credit & Thanks: http://akuislam.com

Read More
// // Leave a Comment

ESP Bantu Cantikkan Kulit

Assalamualaikum...

Salah satu kelebihan protein soya shaklee, ESP adalah membantu mencantikkan kulit. Sebab itu ramai wanita yang sukakan esp shaklee ini. Protein sangat penting kepada mereka yang inginkan kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

Protein dari ESP merupakan sumber protein terbaik. Protein yang lengkap dan baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Disebabkan itu ramai yang mengambil set kesihatan shaklee akan mengambil ESP sekali untuk dapatkan hasil yang lebih mantap, optimum dan yang terbaik tentunya.

Jom baca testimoni pengguna yang telah mencuba ESP Shaklee...

testimoni esp shaklee
"kulit kering, warna kulit tidak sekata serta terdapat black dan white head tiada lagi selepas sebulan consume produk shaklee..kulit wajah berseri-seri"


testimoni esp shaklee
 "parut semakin menghilang, kulit semakin putih dan berseri-seri setelah amalkan ESP"


testimoni esp shaklee
"kulit tegang, kulit kering tiada lagi dan bau badan pon tiada"


testimoni esp shaklee
 "kulit menjadi lembut dan en. hubby pon suka"
 

Wahh.. sungguh teruja dengan testimoni mereka kannn.. yang penting kena rajin dan konsisten plus doa.. tentu akan dapat lihat perubahannya.
esp shaklee

  Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan khasiat ESP Shaklee ni

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. 
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan. 
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat. 
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

Teringin nak cuba ESP Shaklee yang BEST ini?? Apa lagi..hubungi saya segera..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

ESP Shaklee Sumber Protein Soya Terbaik

Assalamualaikum...

ESP (Soy Protein Isolate Powder) merupakan salah satu hot item dan keluaran terbaik daripada shaklee. Ramai yang sukakan ESP kerana memberikan banyak manfaat kepada mereka.

ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kuantiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kelebihan ESP Shaklee:-

  • Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dll. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol dan mencegah risiko osteoporosis serta sakit jantung.
  • Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja – merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baikuntuk kekal bertenaga, mecegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


Siapa yang perlukan ESP?

  1. Ibu menyusu
  2. Ibu hamil
  3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
  4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
  5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
  6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
  7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan
  8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
  9. Wanita yang inginkan payudara anjal
  10. Sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah warga emas

Sememangnya esp shaklee adalah hot produk dan berkesan. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang esp shaklee.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berhampiran dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...