Saturday, November 30, 2013

// // Leave a Comment

Tips Mengatasi Alahan/Morning Sickness

Assalamualaikum..

Pengalaman mengandung tiga kali, alahan memang menjadi perkara biasa bagi saya. Cuma keadaan sahaja yang berbeza sama ada teruk atau biasa-biasa sahaja. Biasanya saya mula mengalami alahan bermula minggu ke-5 kehamilan dan berlarutan hingga masuk trimester ke-2 dan akan beransur hilang. Berat badan memang akan menurun pada awal kehamilan kerana selera makan hilang, mual, muntah. Tetapi ini semua adalah pengalaman dan pengorbanan seorang ibu hamil. Memang kena banyak bersabar dan tabah.

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun ini tidak bermakna alahan hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami alahan sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Contohnya kakak saya sendiri.. dia mengalami alahan sepanjang kehamilan. Memang kesian keadaan dia.

Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

kredit: pa&ma.com
Read More

Thursday, November 28, 2013

// // Leave a Comment

Adakah Vitamin Kesuburan Berkesan?

Assalamualaikum...

Set kesuburan, vitamin kesuburan, makanan sunnah, kacip fatimah dan macam-macam lagi produk untuk pasangan yang inginkan zuriat terdapat dipasaran. Tetapi adakah semua produk ini betul-betul berkesan?

Kadang-kadang saya juga sering ditanya, apakah set kesuburan yang saya jual berkesan? adakah vitamin saya jual tu berkesan? hakikatnya semua produk adalah makanan tambahan sahaja, bukanlah ubat... jadi fungsi utama dia bukanlah menyembuhkan atau mengubati. Sebaliknya sebagai makanan tambahan, ia memberi extra kebaikan pada badan kita. Kalau tak makan, badan masih boleh sihat tapi kalau makan, badan bertambah sihat dengan izin Allah. Walau ubat sekalipun, jika Allah tidak mengizinkan untuk sembuh, tetap jua tidak akan sembuh.

Ini bukanlah bermaksud kita perlu berserah dan menunggu sahaja. Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat seberapa kuat Usaha yang kita telah buat dan seberapa kuat Tawakal kita kepadaNya.

Ok back pada cerita suplemen kesuburan.. Untuk mengambil apa-apa suplemen, kita perlu tahu tujuan kita mengambil suplemen dan kita perlu tahu masalah badan kita. Jika belum juga mengandung setelah lama berkahwin, kita perlu cari penyebabnya. Setahu saya, jika setahun berkahwin dan belum mendapat zuriat, kita boleh rujuk di hospital untuk mendapatkan treatment. 

Ada yang telah 5 tahun berkahwin, belum mempunyai zuriat tetapi takut untuk mendapatkan rawatan. Bagi saya tidak perlu takut untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Penting ye kita tahu masalah kita, lebih-lebih lagi berkaitan kesuburan supaya kita mendapat rawatan secepat mungkin. Jangan terlambat sehingga buat kita menyesal. 

Pada pendapat saya, berjumpalah dengan gynae dulu untuk mengetahui status kesihatan dan kesuburan. Ini untuk mengetahui masalah sebenar tidak hamil. Jika tiada masalah yang serius mungkin boleh berusaha hanya dengan suplemen sahaja tetapi jika masalah itu contohnya berkaitan dengan tiub fallopian tersumbat. Suplemen tidak lagi sesuai untuk masalah ini, melainkan menjalani pembedahan atau rawatan lain.

Ramai sebenarnya yang selalu mengadu kepada saya tentang masalah period, sakit dibawah perut. Tetapi bila ditanya dah jumpa doktor ke belum, dah pernah buat ultrasound? rata-rata jawapannya tidak. Nasihat saya, pergilah berjumpa doktor untuk check up kerana pada hari ni, ada bermacam penyakit untuk wanita yang berkaitan kesuburan dan rahim, cyst, fibroid, polyps, endo dan macam-macam lagi.

Tapi saya sangat kagum dengan seorang sahabat dari Brunei, beliau dah lama berkahwin.. 6 kali keguguran dan 3 kali buat iui tapi belum juga dikurniakan zuriat. Apa yang buat saya kagum, beliau tidak pernah putus asa berusaha. Saya tahu beliau sorang yang tabah dan sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Sama-sama kita doakan beliau mendapat zuriat ye kawan-kawan. 

Usahalah kawan-kawan, kerana Allah melihat dan menilai setiap usaha kita itu. Dan lihatlah secara positif dalam ujian mendapatkan zuriat ini. Allah lebih Mengetahui bila, dimana dan masa yang tepat untuk Dia berikan sesuatu untuk kita. Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. 

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

Sebenarnya dalam hal mendapatkan zuriat, saya selalu tegaskan, pengambilan makanan tambahan ini hanyalah satu usaha kita sahaja..yang menentukan kita dapat zuriat atau tidak adalah Dia Yang Satu, Allah. Sebab itu iringilah usaha kita dengan DOA dan TAWAKAL. Semoga rakan-rakan yang membaca, mendapat apa yang dihajati. Sama-samalah kita berusaha dalam apa jua yang kita inginkan.

Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat apa usaha yang kita telah buat. Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga
Read More
// // Leave a Comment

Vitamin untuk Penyakit Kanser

Assalamualaikum...

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.


Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia.

VITAMIN UNTUK PENYAKIT KANSER

Selain rawatan kemoterapi dan ubat-ubatan daripada hospital, perubahan dalam diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.

Beberapa makanan tambahan juga dapat membantu meningkatkan sistem imun pesakit kanser. Pilihlah suplemen anda dengan bijak.

vivix

Kajian menunjukkan resveratrol mampu menghalang pembesaran kebanyakan kanser dalam tubuh manusia termasuk kanser payudara, prostat, perut, kolon, pankreas dan tiroid.

Bagaimana VIVIX boleh membantu?
Kandungan utama dalam VIVIX adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser:

  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.  
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 
 
ACE Programme (Antioksidan)

  • Menguatkan sistem imun badan
  • Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas – toksin dan bahan pencemaran (asap rokok)
  • Kajian menunjukkan Karotenoid, Vitamin C dan Vitamin E boleh mengurangkan insiden kanser.

Ostematrix™
  • Para pengkaji dari Institut National Cancer mendapati di kalangan wanita menopaus,lebih tinggi pengambilan kalsium sehingga 1,300mg sehari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser.
  • Satu kajian pada manusia juga mendapati terdapat pengurangan dalam insiden pengulangan adenomas kolorektal (prekanser polip) dengan pengambilan kalsium

Nutriferon™

Menggalakkan penghasilan Interferon secara SEMULAJADI dalam badan bagi meningkatkan kesihatan sistem imun.

makanan tambahan untuk kanser

TESTIMONI PENGGUNA

vivix dan kanser
 Master Law - Bekas pengacara Edisi Mandarin NTV7
Gambar kiri umur 40 semasa beliau menderita kanser
Gambar kanan umur 50 selepas pulih dari kanser selepas pengambilan Vivix dan suplemen Shaklee

vivix dan kanser

Jika kawan-kawan berminat mendapatkan Vivix untuk yang tersayang, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, November 22, 2013

// // 1 comment

Testimoni Vivix dan Penyakit SLE

Assalamualaikum...

Penyakit SLE? Sememangnya ramai wanita diluar sana yang masih belum sedar akan kehadiran penyakit ini. Dua orang daripada ahli sanak saudara saya sendiri pernah mengidap SLE. Kedua-duanya adalah sepupu wanita saya dan telah meninggal dunia. Alfatihah buat mereka.

Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui yang kedua-dua sepupu saya ini mempunyai penyakit SLE. Cuma selepas mereka meninggal barulah mak saudara saya menceritakan tentang penyakit ini. Ini kerana penyakit SLE ini memberikan effect kepada anggota badan yang lain yang boleh membawa maut. Begitu juga dengan arwah, kegagalan fungsi organ dalam badan merupakan salah satu sebab punca kematian. Walau apapun, semuanya adalah ketentuan Allah...Dia Maha Mengetahui.

Oklah, back pada penyakit SLE ini...jom baca sedikit maklumat tentang SLE ini. Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun. 
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Fakta Yang Perlu Diketahui
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Untuk mengetahui lebih detail tentang penyakit SLE ini, saya syorkan kawan-kawan melawat laman Persatuan SLE Malaysia. Banyak info yang kawan-kawan boleh perolehi di sana. Semoga ia memberi manfaat kepada kita bersama.

klik gambar untuk lihat lebih jelas
Di sini, saya juga ingin kongsikan pengalaman seorang rakan, Elis Azlizan yang mempunyai adik yang mengidap penyakit SLE ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita dan janganlah berputus asa jika ada ahli keluarga kita juga mempunyai masalah yang sama. Berikanlah mereka sokongan dan bantulah mereka. Tiada yang lebih menggembirakan apabila orang yang tersayang sihat atau pulih. Jom baca sama..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Assalamualaikum..

Just nak berkongsi cerita pasal adik saya yang mengidap SLE. Kesan daripada SLE tu, buah pinggang adik saya tak berfungsi dengan baik..Bermula pada tahun 2011 sampai hari ni, setiap hari dia akan buat dialisis air setiap 6 jam (4x sehari) di rumah..

Peralatan semua hospital sediakan tapi bekalan air kami perlu beli dari hospital..dapat bekalan ubat hospital seperti prednisolone, ubat darah tinggi..kalsium..etc..pernah sekali darah tinggi dia naik sampai takde bacaan..terlampau tinggi..urat mata hampir rosak..Keluar masuk hospital jgn cakap la..setahun terpaksa tangguh pengajian...Tapi syukur, semangat dia masih kuat dan keinginan untuk hidup cam org lain sgt tinggi..Dia sekarang sudah bekerja dan saya berterima kasih pada bosnya yg faham dgn masalah adik saya tu..

Bila dah mula aktif dengan Shaklee, saya bagi adik saya makan omega..sebab masa tu tgh promo, jadi ambil la peluang..saya paksa dia makan..setiap hari saya akan telefon tanya omega dh amik ke belum.Sampai kadang2 tu saya tak percaya dia makan, saya double conferm ngan mak abah..Pesan suh dia makan..saya kakak yang garang..huhu..Saya cakap kat mak, kita kena cuba walau mcm mana cara sekalipun..Mak saya tak setuju sebab harganya agak mahal..tapi bila dh explain, dan bertegas nk jugak dia cuba..mak saya akur..

Jadi permulaan dia mkn omega 1biji sehari..Ada healing crisis jugak..dia jadi haus sgt2 (nk minum air byk tak boleh, kidney problem) ..mengantuk.. letih.. pening.. 2minggu lepas tu dh ok.. Sampai satu masa darah tinggi dia naik, sampai kena tahan hospital..kuar dari hosp pun bukan sihat sepenuhnya, masih pening2 jugak..Saya ckp kat dia, amik 2 bj omega setiap hari untuk turunkan tekanan darah..ALHAMDULILLAH.. tekanan darah dia turun..Start dari tu keyakinan pada suplement Shaklee semakin meningkat..tapi of coz semuanya adalah kuasa Allah..yang penting kita berusaha bukan tunggu dan lihat je..Ubat/Suplemen cuma sebagai alat..ALLAH la yang beri kesihatkn pada badan kita..

Lepas tu saya bagi Oste plak..sebab dari pembacaan saya org yg ada kidney failure tak bleh amik susu sgt (mohon dibetulkan kalau salah..) untuk keperluan kalsium badan dia..sbb mak ckp asik sakit urat je adik saya tu..dia memang malas nk bgtau saya, sbb nnt saya mesti suruh mkn suplement..menyampah agaknya..tapi percaya la AKU SAYANG KAU dik..

Tapi ni cerita paling gembira saya nk kongsi..

Sekarang Adik saya dh tak perlu buat dialisis air setiap 6 jam..doktor kurangkan jadi 8 jam..maknanya 3x je sehari..berita ni saya baru dpt malam tadi..ALHAMDULILLAH.. menitik air mata dengar..walaupun baru dikurangkan jadi 3..semoga dia semakin berkurang..ini kerana kesan dari SLE tu ia meningkatkan blood urea nitrogen (BUN) dan creatinine dalam buah pinggang..Doktor ckp creatinine yg ada dh kurang.(saya pun tak paham ape benda tu, tapi yg penting kesihatan adik saya dh meningkat) .Kalau sebelum ni, sehari lebih kurang 3x je dpt buang air..Sejak 2 menjak ni dekat 5x sehari masuk tandas..

Nak tau tak apa yg saya paksa adik saya makan pulak ?? VIVIX ..belum pun habis sebotol. Kesan nye menggembirakan saya sekeluarga. Dia cakap sepanjang ganti puasa tak letih, tak haus..ada je tenaga..siap bleh tolong mak buat kuih untuk jualan utk bazar ramadhan lagi..Badan pun dh slim skit sbb dia kata tak lapar..

Walaupun proses perubahan ni masih baru saya tetap berdoa pada Allah bagi kesihatan yang sepenuhnya pada adik saya..Ya Allah makbulkanlah doa hamba Mu ni Ya ALLAH...

Terima kasih pada Ija Ramli merangkap 'mak' saya..Semoga Allah balas kebaikkan dia yg sudi bantu saya..

Sekian..

Elis Azlizan
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pesakit SLE dari segi Medicalnya Science - BELUM ada PENAWAR, maksudnya walaupun dengan bantuan supplement atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal activiti cell LE/Lupus dari active menyerang tubuh. Apa yang lebih tepat ialah suplemen itu mengawal simptom SLE.

Walau apapun, berusahalah sehabis mungkin, selebihnya serahkan pada Dia Yang Esa. Jika kawan-kawan berminat mendapatkan Vivix untuk yang tersayang yang mengidap SLE, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, November 21, 2013

// // Leave a Comment

Selsema dan Batuk Mengganggu?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya jarang sangat jatuh sakit. Dalam setahun, hanya sekali dua je terkene selsema dan batuk...Alhamdulillah juga kerana Dia berikan sakit kerana sakit akan menghapuskan dosa dan tentunya Allah sedang mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya. Sihat dan Sakit, dua-duanya adalah nikmat yang diberikan olehNya. Syukurlah.

Dua hari lepas, memang saya rasa tak sedap badan sebab tekak mula rasa perit. Saya memang jenis malas makan ubat sebab selama ni, jika rasa nak selsema, saya akan ambil extra vitamin C sahaja dan selsema akan hilang begitu sahaja. Kali ini, batuk menyerang dulu..apataknya..sekeliling saya, suami dan anak2 semuanya selsema dan batuk... Suami pulak cukup risau jika saya tak sihat, iye lah...sapa nak jaga anak2 nanti jika saya pon turut tak sihat.

Dua hari lepas memang kepala pon ting tong je..sakit kepala. Tekak sakit sebab batuk..memang tak berapa larat coz dah beberapa malam berjaga sebab anak high fever. Alhamdulillah anak dah ok..saya lak sambung. Dalam hati pikir, suplemen apa lagi nak makan untuk masalah tekak dan selsema yang mula menyerang ni. Vitamin C dah ambil dah.. Akhirnya baru saya teringatkan Nutriferon juga baik untuk imun booster. Sebelum ni bagi hubby dan anak makan tu... boleh pulak tak terpikir nak ambil nutriferon jugak.

Akhirnya setelah dua hari menelan nutriferon dan juga vitamin C, Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk hampir tiada..sakit tekak juga hilang..tinggal selsema skit2. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sebenarnya saya sendiri belum pernah mencuba Nutriferon ni, hanya pernah membaca testimoni dari pengguna sahaja. Sekarang bila dah mencubanya sendiri, Alhamdulillah berkesan pada saya.


Ini la rupa Nutriferon yang saya ambil. Ia dalam bentuk serbuk dan boleh diambil begitu sahaja. Rasanya manis-manis seperti gula melaka tetapi ada rasa cam herba pon ada. Hubby dan anak kata sedap. Saya? Boleh la telan..tuang dalam mulut pastu minum air. Satu sachet je setiap hari untuk orang dewasa. Jom baca sedikit info tentang Nutriferon ini.

Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Apa gunanya interferon ni?
  1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari. Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.
  2. Melindungi dari influenza. Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
  3. Meringankan stress dan kelesuan. Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

Siapakah yang perlukan Nutriferon?
  1. Mereka yang ingin kekal sihat
  2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan
  3. Individu yang selalu stress
  4. Ibu yang menyusukan anaknya
  5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak
  6. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)
  7. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma

Jom baca pula testimoni pengguna lain...



Jika anda antara yang sering DEMAM, SELSEMA & BATUK, nutriferon adalah sangat sesuai untuk mencegah sebelum ianya berlarutan. Ia juga mudah dibawa kemana-mana sahaja. Hubungi saya untuk mendapatkan bekalan Nutriferon untuk kesihatan anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // 6 comments

Atasi Penyakit Kulit, Kurap dan Gatal

Assalamualaikum...

Ramai juga dikalangan kita yang mengalami masalah kulit atau penyakit kulit. Sebenarnya ada macam-macam penyakit kulit, antaranya eczema, kurap, panau dan kulit gatal yang meninggalkan parut yang teruk apabila kerap digaru. Ada sesetengah penyakit kulit ini disebabkan oleh alahan kepada sesuatu makanan dan ada juga kerana kurang penjagaan kebersihan serta jangkitan kulat.

Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal. Walau apapun yang penting, cegah ia sebelum berlarutan.

Di sini saya kongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk shaklee bagi masalah penyakit kulit. Alhamdulillah, produk shaklee banyak membantu.


"x silap...awl2 bulan 10 aritu beli,..guna sbb kulit gatal2...dan melcet sbb asik tgaru2..eh kt kaki de kurap..mak ckp,, darah ko kotor tu..,aduh..tergaru2..dah mcm haper ntah...kikikiki..asik la up status tnye ubat cuci drah cmne...
Dan sye pun cuba la 2 produk ni dh niat drah x kotor ..kurap hilang n x gatal2 lg da,..tu je niat nye...

Tp nk tahu pe kesan dr amalan sye ni???
-jerawat susah nak kuar...
-badan makin bertenaga
-eh da sebulan x jump kuarga..smlm jump dieorg ckp da nmpk kurus cikit????kiki bangga jap
-bile peyed..darah x berketul mcm dulu...cair n lancar je..xde lg senggugut yg terlampau tu(sye ada endrometriosis)
-kurap makin kering(boleh tengok kurap kat kaki saya tu)
-kegatalan yg terlampau lgsung xde da
-dan pmbuangan najis pun lancar je..(sya ada buasir da hampir 3 taun kesan opration yg mula2 dulu)
-Dan kesan yg paling best....berbaloi2 sye beli dgn harga tu sbb smpai skrang masih ada lg walaupun sye makan tetap ikut sukatan...acaner tuh????

Ni saya sndri yg cuba..sbb x tahan tagru2 mlecet n pedih..sya x beli byk2...cuma gla complex & alfalfa je....see!!! niat yg 1..tp kesan yg mnyeluruh...."


Untuk mereka yang sedang mencari cara mengubati masalah kulit baik gatal2 dan alahan secara semulajadi tanpa pengambilan ubat krim sapu yang mengandungi steroid, saya sangat syorkan produk shaklee. Antara produk yang boleh diambil untuk masalah penyakit kulit adalah:-

  • ESP - yang kaya dengan protein untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan meransang pembentukan semula kulit.
  • Vita E - mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan parut yang hodoh.
  • Herbal blend - disapu pada bahagian yang bermasalah, melegakan gatal dan memberikan rasa nyaman dan sejuk pada kulit.
  • Alfalfa - detox dengan membuang toksin2 dalam badan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan
  • GLA Complex - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering dan kurap.
  • Garlic Complex - antibiotik semulajadi dan mengandungi bahan semulajadi melawan fungus/kulat

Boleh juga add on Vitamin C untuk meningkat sistem imun badan dan mencantikkan kulit. Untuk mengetahui produk mana yang sesuai bagi masalah kulit anda dan mengikut budget anda, boleh hubungi saya. 

Nak beli sekarang juga??? Klik icon dibawah untuk membeli menerusi eSell Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80db35df5f454bc93b249a762b3311d9

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood


Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, November 20, 2013

// // Leave a Comment

Vivix Bantu Masalah Penglihatan Akibat Penyakit Diabetes

Assalamualaikum..

Di antara salah satu kesan daripada penyakit kencing manis atau diabetes adalah gangguan kepada penglihatan iaitu mata. Isu pemeliharaan penglihatan perlu ditekankan terutamanya di kalangan bapa (dan juga ibu) yang menghidap diabetes. Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat 63,000 individu buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.

Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis.

Retinopati diabetis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun. Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat tetapi boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat dari awal.

Didapati kadar komplikasi paling lazim akibat diabetes adalah ke atas saraf (58 peratus) dan mata (53 peratus). Selepas lima tahun seseorang itu disahkan menghidap diabetes, 14 peratus daripada pesakit didapati menghidap retinopati diabetis.

Kajian Kementerian Kesihatan pada 2002 untuk menyaring kesan penyakit diabetes ke atas mata melalui gambar retina di tujuh buah hospital di tujuh negeri memperoleh keputusan membimbangkan.Daripada 6,288 pesakit diabetes, 38 peratus (2,138 orang) mengalami retinopati diabetis tanpa disedari.

Jika fakta ini diunjurkan kepada semua pesakit diabetes yang berjumlah hampir 3.7 juta (14.5 peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia), bermakna kira-kira 1.4 juta pesakit menghidap retinopati diabetis tanpa disedari kerana tidak menjalani ujian saringan daripada doktor mata.

Fakta ini membimbangkan dan juga menyedihkan kerana pengesanan awal membolehkan kita mencegah kebutaan retinopati diabetes melalui rawatan laser atau pembedahan.

Kepada pesakit diabetes, ingatlah bahawa:

*kemungkinan anda menjadi buta adalah 25 kali ganda daripada orang sihat
*walaupun anda dapat melihat dengan jelas, tidak bererti tiada kerosakan pada retina mata anda
*kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dengan ujian air kencing
*kerosakan awal buah pinggang dapat dirawat dan ini turut mencegah berlakunya kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis yang juga memerlukan belanja besar dan mengganggu kualiti hidup anda

Jika anda menghidap diabetes melebihi lima tahun, di samping mempunyai masalah tekanan darah tinggi, merokok, paras lemak tinggi dalam darah dan kawalan gula darah yang tidak sempurna, risiko mendapat kerosakan retina adalah tinggi. Rujuklah ke klinik mata segera jika anda mengalami masalah ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Vivix Bantu Masalah Penglihatan Akibat Penyakit Diabetes

Selain mendapatkan rawatan mata di klinik mata, pesakit diabetes yang mengalami masalah penglihatan boleh mencuba Vivix Shaklee sebagai alternatif. Beberapa testimoni pengguna yang mempunyai masalah mata akibat daripada kencing manis yang telah menggunakan Vivix, menunjukkan kesan yang positif dari segi penglihatan dan juga kencing manis. Alhamdulillah.




Vivix Shaklee sebenarnya mempunyai 1001 manfaat kepada kesihatan. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Untuk membaca lebih detail tentang vivix ini, sila KLIK DISINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, November 15, 2013

// // Leave a Comment

Period Kembali Teratur Selepas Consume GLA Complex

Assalamualaikum..

Ramai sebenarnya yang mempunyai masalah period tidak teratur baik yang dara mahupun yang dah berkahwin dan ramai juga yang tak ambil kisah lebih-lebih lagi jika belum berkahwin. Terdapat banyak sebab yang mengganggu kitaran haid kita.

Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
  • Pertambahan atau pengurangan berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • Merokok
  • Penggunaan dadah
  • Penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
  • Masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • Tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Ubat-ubatan
  • Kimoterapi
  • Baru melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding

BAGAIMANA NUTRISI SEIMBANG DAPAT MEMBANTU?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja.

  • Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.
  • Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.
  • Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.
  • Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Sumber: bekamkl

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

Antara Kelebihan lain GLA Complex ialah:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Membantu mengecutkan cyst

Alhamdulillah..ramai yang telah mendapat kebaikan daripada GLA Complex ini, jom baca testimoni pengguna.

haid tidak teratur

period tidak teratur

period kembali teratur

Berminat nak dapatkan GLA COMPLEX? Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, November 12, 2013

// // Leave a Comment

Vivix Bantu Pesakit Stroke

Assalamualaikum..

Sebut tentang penyakit strok, mengingatkan saya pada arwah nenek. Masa tu saya pun tak alert sangat tentang penyakit ini.

Strok atau angin ahmar adalah suatu penyakit yang amat digeruni kerana ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut dalam tempoh yang sekejap, dan hampir tidak disangka-sangka datangnya. Strok terjadi apabila salur darah di otak pecah selepas ia tersumbat. Pengumpulan mendakan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain dalam arteri menyempitkan saluran darah yang menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, dan akhirnya arteri ini pecah. Tanpa rawatan segera ia boleh menyebabkan lumpuh, mati sebelah badan atau kematian terus.

Namun, terdapat tanda atau simptom yang jelas seseorang itu mendapat strok, seperti tiba-tiba merasa kebas atau lemah sebelah badan, biasanya tangan dan lengan, badan tidak seimbang, tidak boleh bercakap dengan betul, mulut atau pipi menjadi herot, dan lain-lain lagi.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita semua harus mengetahui punca terjadinya strok supaya langkah-langkah untuk mengelakkannya boleh diambil, sebelum terlewat. Pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Siapakah Yang Berisiko?
Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.

  • Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
  • Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
  • Pernah mengalami TIA (Serangan Iskemia Sementara, juga dikenali sebagai strok mini). Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.
  • Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
  • Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  • Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  • Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.

Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.
  • Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  • Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.

credit: http://www.nasam.org

Adakah Vivix Dapat Membantu Pesakit Strok?

InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Berdasarkan testimoni pengguna yang telah mencuba untuk ahli keluarga yang mengalami strok, Vivix memang sangat membantu. Alhamdulillah.. Ini kerana Vivix mempunyai 1001 khasiat dalam meningkatkan tahap kesihatan.Untuk membaca lebih detail tentang vivix ini, sila KLIK DISINI




Alhamdulillah. Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat melakukan ibadat dengan lebih baik. InsyaAllah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, November 11, 2013

// // Leave a Comment

Atasi Gout Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-
  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

credit to: thetole.org

Suplemen Shaklee untuk pesakit GOUT

Pengambilan beberapa suplemen dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit gout. Antara suplemen yang dicadangkan adalah Alfafa, Omega Guard dan Performance Drink.


vitamin untuk gout

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurukan bacaan asid uric.Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Boleh juga add on Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrix untuk memberikan keselesaan kepada sendi dan jika ada budget lebih, boleh dapatkan Vivix Shaklee. Jom baca apa kata customer..

vitamin untuk gout

vitamin untuk gout

vitamin untuk gout

Alhamdulillah, suplemen shaklee banyak membantu pesakit gout. Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen untuk masalah gout ini, boleh hubungi saya:-

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Bebas Diabetes Setelah Mengambil Vivix Shaklee

Assalamualaikum...

Satu lagi testimoni hebat daripada penggunaan Vivix Shaklee secara konsisten. Alhamdulillah pengguna ini telah bebas daripada masalah kencing manis atau diabetes setelah mengambil vivix selama 7 bulan. Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan tubuh badan. Sebenarnya Vivix telah membantu ramai lagi pesakit diabetes diluar sana. Tetapi semuanya tentulah dengan izinNya juga kerana Dia lah yang memberikan penyakit dan Dia jualah yang menyembuhkan.




Alhamdulillah, rata-rata pengguna kembali sihat. Vivix memang sangat membantu memperbaiki taraf kesihatan mereka. Apa lagi khasiat Vivix ini sebenarnya:-
  • Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
  • Membantu dlm proses penurunan berat badan
  • Menyokong kesihatan mata
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix juga telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya:
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Alzheimer atau nyanyuk
  • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
  • Gout
  • Letih
  • Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
  • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
  • Kanser dan tumor
  • Katarak dan masalah mata
  • Masalah saraf
  • Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Berminat nak dapatkan vivx untuk diri sendiri, mak, ayah, abang? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, November 7, 2013

// // Leave a Comment

Tips Penjagaan Selepas Bersalin Pembedahan

Assalamualaikum...

Bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya memerlukan penjagaan yang rapi. Berpantang selepas bersalin adalah bertujuan untuk memastikan badan ibu kembali sihat dan bertenaga serta memberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Jika anda bersalin secara pembedahan, jom amalkan tips penjagaan selepas bersalin pembedahan ini.

  • Bergerak lebih awal dan banyak bergerak - Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka
  •  Makan makanan berzat dan seimbang -Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran.
  • Minum air secukupnya - Minum air dapat membuang toksin dalam badan dan mengurangkan sembelit kerana sembelit memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Mengambil suplement zat besi dan multivitamin -meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
  • Makan pil penahan sakit - Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
  • Menyusu badan secara eksklusif - Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
  • Pastikan luka kering dan bersih - Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan;
  1. Demam berterusan.
  2. Sakit pada tempat luka
  3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
  4. Keluar nanah dari tempat luka
  5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
  6. Keluar air jernih dari tempat luka
  7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
  8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, sila berjumpa doktor dengan segera. Sekiranya anda perlukan suplemen sepanjang anda berpantang, saya sangat syorkan Set Bersalin Shaklee yang lengkap ini. Ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan set ini. Set ini bukan sahaja membantu ibu cepat sihat dan cergas tetapi susu badan juga meriah.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Read More

Tuesday, November 5, 2013

// // Leave a Comment

Merokok Menjejaskan Kesuburan dan Kehamilan

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi info tentang tabiat merokok dikalangan lelaki dan wanita. Seorang rakan telah bertanya kepada saya adakah merokok menyebabkan pasangan lambat mendapat cahaya mata? Pada pendapat peribadi saya, rezeki zuriat adalah rahsia Allah, Dia lebih mengetahui bila masa yang tepat untuk memberikan kita rezeki. Merokok mungkin boleh menjadi satu asbab tapi sebenarnya banyak lagi hikmah lain yang perlu kita lihat secara positif.

Walau bagaimanapun, kita hendaklah juga berusaha, lebih-lebih lagi menjaga kurniaan dariNya iaitu tubuh badan kita dengan baik. Fakta ada menyebut mengenai 4,000 bahan kimia berbahaya yang ada pada asap rokok yang boleh menjejaskan sistem daya tahan tubuh serta mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

 

Mengapa merokok tidak baik untuk kesihatan dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kesuburan dan menjejaskan reproduksi serta kehamilan?
Ada bukti kukuh menunjukkan ibu hamil yang merokok memberi kesan kepada diri sendiri dan perkembangan bayi yang dikandung. Asap yang melalui sistem pernafasan bukan saja menyebabkan penyakit seperti bronkitis, pneumonia, lelah, kanser paru-paru dan emphysema (kesukaran bernafas) malah mendedahkan perokok wanita kepada penyakit kronik seperti kanser payudara dan kanser rahim.

Pengarah Klinikal dan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway, Dr Wong Pak Seng berkata, merokok di kalangan wanita mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif, malah perokok wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita tidak merokok.

Menurutnya, merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan genetik abnormal (kerosakan genetik).

Untuk lelaki, merokok menyebabkan kemerosotan air mani dan kerosakan kadar asid deoxyribonucleic (DNA) yang tinggi. Selain itu, paras kadmium tinggi dalam plasma bagi perokok tegar menyebabkan kesan sitotoksik langsung pada spermatozoa serta merosakkan fungsinya. Ia turut menjadi punca mati pucuk (mengurangkan aliran darah ke zakar).

“Perokok mengambil masa dua kali lebih lama untuk berjaya hamil menerusi program In-Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung uji. Risiko untuk gagal dalam rawatan meningkat dengan setiap sedutan dari tahun ke tahun,” katanya dalam forum sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di Institut Pengurusan Wanita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Wong berkata, merokok memberi kesan kepada rawatan kesuburan kerana ia merosakkan persenyawaan dan menangguhkan konsepsi kesan daripada gangguan proses spermatozoa dan ovari dibentuk, kegagalan implantasi (penyematan embrio awal ke pengalas uterus) serta keguguran awal.


Ia turut mengurangkan tindak balas kepada rangsangan, mengurangkan kadar untuk hamil dan kelahiran bayi, meningkatkan bilangan kitaran rawatan. Kesan buruk yang ketara lebih dialami wanita berusia.

Beliau berkata, pasangan yang merancang mendapat bayi perlu mengelak merokok dan terdedah menjadi perokok pasif. Suka atau tidak, ibu hamil harus berhenti merokok demi keselamatan anak dikandung. Merokok mengancam janin kerana menyebabkan kelahiran pra matang, keguguran, lahir mati dan merencat pertumbuhan bayi disebabkan oleh pendarahan dari uri.

Berat bayi yang dikandung wanita merokok juga berkemungkinan tiga kali lebih rendah daripada bayi normal iaitu penurunan berat badan bayi sebanyak 150 hingga 200 gram. Wanita merokok juga lebih mudah mengalami pendarahan pada plasenta.

Menurutnya, tabiat merokok di kalangan bakal ibu turut menyebabkan kadar dan kualiti susu badan berkurangan selain kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir atau sumbing. Ia turut menyebabkan tahap kecerdasan otak anak berkurangan, anak berisiko tinggi untuk mendapat lelah serta sindrom kematian bayi mengejut.

Kesan asap rokok pasif kepada bayi:-
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Lelah - meningkatkan simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

credit: http://www.hmetro.com.my

Saya percaya ramai yang ingin berhenti merokok ini cuma keazaman je yang belum cukup kuat. Percayalah, tidak rugi pon jika anda tidak merokok malah membantu anda hidup lebih sihat.

Jika anda mempunyai masalah kesuburan akibat daripada merokok, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut. Disamping itu boleh mengamalkan suplemen untuk meningkatkan kesuburan atau boleh cuba Set Kesuburan Shaklee yang dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...