Tuesday, January 28, 2014

// // Leave a Comment

Cara Mudah Atasi Sembelit

Assalamualaikum...

Ramai yang bimbang jika tidak membuang air besar antara dua hingga tiga hari. Perasaan risau dan cemas akan bertambah-tambah jika keadaan begini berlanjutan sehingga hari yang seterusnya. Sebenarnya ramai yang mengalami masalah ini dan rasanya tidak perlu bimbang jika tidak mengalami sembelit.

Sebenar setiap orang ada rutinnya yang tersendiri seperti membuang air besar sekali sehari, dua kali sehari dan ada juga yang hanya membuang air besar dua kali seminggu. Bagaimanapun, mereka yang hanya membuang air besar dua kali seminggu perlu meneliti dan memberi perhatian kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dalam diet yang diambil atau gaya hidup mereka.

Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit juga selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

Antara tips untuk mengatasi masalah sembelit adalah:-
  1. Makan cukup serat dengan memperbanyak makanan tinggi serat seperti kacang-kacangan, biji-bijian, gandum, buah dan sayur segar dapat mencegah terjadinya sembelit.
  2. Minum cukup air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
  3. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (mudah buang air besar)
  4. Biasakan diri untuk membuang air besar dengan lebih kerap atau dengan kata lain “potty-train” diri. Kadang-kadang, bowel movement ini dipengarahui dengan tabiat
  5. Jangan tunda ke toilet bila ingin buang air besar. Usus adalah organ tubuh yang sensitif dan penting dalam memberikan signal. Apabila kita menahan untuk buang air besar, signal yang diberikan oleh usus makin lama akan makin lemah dan akhirnya seseorang akan tidak memahami signal yang diberikan oleh usus.

Namun, jika tips diatas sukar diikuti atau tidak berkesan untuk anda, anda boleh juga mencuba suplemen yang membantu melawaskan iaitu Herblax.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Antara kebaikan Herblax:-
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut. 

Ramai yang telah mencuba Herblax dan berpuas hati. Ada yang bukan sahaja berjaya atasi sembelit malah ada yang berjaya menurunkan berat badan. Jom baca testimoni



Alhamdulillah herblax banyak membantu. Untuk mendapatkan herblax, boleh hubungi saya...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 



Read More

Friday, January 24, 2014

// // Leave a Comment

Jerawat Hilang dan Parut Pudar

Assalamualaikum..

Hari ini saya berkongsi lagi pengalaman pengguna produk shaklee iaitu Pn. Ema. Masalah utama beliau adalah jerawat dan parut jerawat. Saya yakin sesiapa sahaja yang mempunyai masalah jerawat akan rasa kurang keyakinan diri dan akan berusaha untuk membaiki kesihatan kulit muka. Oleh itu, amat penting untuk kita mengenali dan bijak dalam memilih produk yang sesuai dengan kulit kita. Jangan tersilap, buruk padahnya.

Okey la, jom kita baca testimoni dan lihat gambar perkembangan beliau setelah menggunakan produk shaklee.

klik gambar utk lebih jelas
Gambar No.1
- Awl tahun 2013,punca gara2 salah pakai produk.Dah mcm2 produk saya cuba utk hilangkan jerawat,tapi sayang,jerawat makin menjadi2.

Gambar No.2
Pertengahan tahun 2013,saya cuba produk shaklee.Selepas 2-3 bulan mcm tu la(Tak berapa nak ingat)dgn pengambilan ESP+Alfalfa+Vit E.Jerawat mula kering.

Gambar No.3
- Parut makin pudar.

Gambar No.4
- Anda nilaikan sendiri hehehe....

Note: Gambar takde nak edit2 ye.camera2 360 tu semua takde.Ini gambar real ye.

Alhamdulillah, nampak perkembangan yang positif pada kulit wajah Pn. Ema. Sebenarnya pengambilan vitamin memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu konsisten untuk melihat hasilnya. Ini kerana vitamin bukan la ubat, Vitamin bertindak secara lembut dalam tubuh badan kita dan membentuk satu sistem imun yang kuat bagi melawan serangan penyakit. Ianya lambat bertindak berbanding ubat kerana bertindak secara perlahan-lahan namun menjanjikan kesihatan jangka panjang.

Apa yang telah beliau ambil?...
Terdapat 3 jenis suplemen yang telah beliau amalkan iaitu ESP yang kaya dengan protein. Protein sangat penting untuk membantu menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel yang rosak.

Alfalfa pula bertindak sebagai detox dengan membuang toksin-toksin di dalam badan. Toksin yang banyak akan menjejaskan fungsi dan kesihatan tubuh badan termasuklah tumbuhnya jerawat. 

Akhir sekali, beliau mengambil vitamin E. Vitamin E merupakan antioksidan yang penting untuk kesihatan badan dan kulit serta untuk antipenuaan. Selain itu vitamin E juga dapat membantu mengurangkan dan memudarkan parut2 jerawat.

Alhamdulillah.. suplemen banyak membantu.. Jika anda juga mengalami masalah yang sama dan ingin mencuba vitamin shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Friday, January 17, 2014

// // Leave a Comment

Penyakit Endometriosis Hilang

Assalamualaikum..

Endometriosis adalah antara punca wanita susah untuk hamil. Endometriosis merupakan antara penyakit yang amat luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh diluar rahim.

Antara masalah yang sering timbul daripada penyakit ini ialah senggugut. Wanita itu seringkali mengalami senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut yang dialami itu mungkin berpanjangan. Malah, wanita tersebut juga mungkin telah mengalaminya sejak remaja lagi. Ramai wanita yang dilaporkan mempunyai masalah sukar untuk hamil ialah kerana senggugut yang dialami itu begitu teruk.

Endometriosis juga menyebabkan masalah ketidaksuburan. Ramai wanita yang tidak menyedari masalah ini wujud dalam tubuh mereka. Ini kerana, mereka hanya mendapati diri mereka sukar untuk hamil sedangkan masalah ketidaksuburan berpunca daripada penyakit endometriosis. Ianya juga mungkin berlaku selepas wanita itu melahirkan anak pertama dan mereka sukar hamil untuk kali yang seterusnya.

Keguguran yang dialami oleh beberapa wanita juga ada kemungkinan disebabkan penyakit endometriosis. Ia selalunya dapat dikenalpasti apabila kehamilan gugur pada peringkat awal. Ianya terjadi kerana penyakit endometriosis menyebabkan gangguan pada hormon wanita. Tambahan pula, ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Wanita yang mengalami masalah ini berkemungkinan boleh gugur berulang-kali.

Selain itu, kemandulan juga boleh berlaku kerana oleh penyakit endometriosis. Pelbagai fakta boleh diberikan antaranya ialah kilang ovum (benih wanita) menjadi rosak dan menghalangnya dari mengeluarkan benih. Kerosakan pada falopian tiub juga boleh berlaku dan menyebabkan sperma (benih lelaki) tidak bertemu dengan ovum. Dengan itu, proses persenyawaan tidak akan berlaku. Gangguan-gangguan hormon juga mungkin berlaku dan mengganggu kawalan kesuburan wanita.

Apa yang perlu diketahui lagi ialah, penyakit ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, jika wanita itu menghadapinya untuk jangka masa yang panjang, akan berlaku satu ketumbuhan yang dikenali sebagai ovarian cysts ataupun chocolate cysts apabila ‘darah kotor’ berkumpul. Oleh itu amat penting bagi wanita mendapatkan rawatan awal untuk mengatasi masalah ini.

Alhamdulillah, beberapa orang pengguna produk Shaklee yang mempunyai masalah endometriosis menunjukkan perkembangan yang positif dan berita gembira dimana endometriosis mereka beransur hilang. Alhamdulillah. Jom kita baca testimoni daripada mereka.

klik gambar untuk lihat lebih jelas
"Alhamdulillah setelah hampir 10bulan mengamalkan set subur, ESP, garlic & ostematrix secara KONSISTAN ini lah perubahan yg terjadi.. Sy mempunyai masalah senggugut yg teruk sejak remaja, selepas kawen period semakin teruk & sy membuat keputusan utk buat ujian darah. Dari ujian darah doc mengesahkan sy mempunyai masalah Endometriosis & Fibroid. Semasa pemeriksaan doc terkejut kerana sy mempunyai Endometriosis sebelah kanan & kiri rahim dan kesemuanya ada 6 ketul. Dan Alhamdulillah setelah mengamalkan Shaklee Endometriosis sy kini tinggal 2 ketul sebelah kiri sahaja.." - Nurul Azliza


Alhamdulillah... tiada penyakit yang tak boleh diubati kecuali mati. Kita berusaha, Dia yang menentukan segalanya.

Jika anda memerlukan suplemen untuk masalah endometriosis, cyst dan  fibroid, jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan penerangan yang lebih detail bagi produk-produk yang sesuai untuk masalah ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Wednesday, January 15, 2014

// // 1 comment

Berjaya Tambah Berat Badan dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini ingin berkongsi pengalaman daripada seorang pengguna produk shaklee yang telah berjaya menambah berat badan. Bukan beliau sahaja yang berjaya menambah berat badan, malah berat badan suami beliau juga turut naik sebanyak 2 kg. Sebenarnya memang ramai yang ingin menambah berat badan diluar sana dan memang ramai yang telah menghubungi saya untuk mencuba set tambah berat badan shaklee. 

Jom ikuti perkongsian cerita beliau..

"Sekadar nak berkongsi...saya sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...makan la banyak mana pun memang berat akan maintain 36-37kg je...dah kahwin pun sama jugak...pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...then lepas pantang turun balik ke berat asal...sampaikan nurse2 kat Klinik Kesihatan marah2 la suruh makan banyak skit hehe...tapi dah tak tau nak buat camna lagi dah nak bagi berat naik skit...

Saya register ahli Shaklee untuk tujuan utama saya nak tambah susu bdn nak BF anak lelaki saya yang dah cecah setahun...namun selain dapat tambah susu bdn...tujuan saya ialah nak tambah berat badan...Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi dan saya sangat puashati...xde la pipi nmpk tulang pipi je..

Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...tapi shape your body dan built muscle

saya
28/10/2013 - berat asal 36-37kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
total kenaikan - 2kg ++
Target berat Ideal lagi 8kg

suami
berat asal 53kg
14/2/2013 - berat naik 54kg
11/1/2014 - berat naik 55kg
total kenaikan - 2kg " - Pn. Intan Rahayu

berat badan naik
klik gambar untuk lebih jelas
Set tambah berat badan shaklee sebenarnya bukan sahaja membantu meningkatkan berat badan malah membantu memberikan nutrisi yang mencukupi kepada badan.


Apa yang ada dalam set tambah berat badan? Pertama adalah Vitalea iaitu multivitamin lengkap yang penting untuk badan. Kadang-kadang kita memang makan dengan kuantiti yang banyak, dengan harapan untuk menambah berat badan tetapi tidak juga naik beratnya. Ini kerana makanan yang kita makan itu tidak seimbang dan tentunya nutrisi juga berkurang. Jadi dengan pengambilan Vitalea akan membantu memenuhi nutrisi yang berkurangan tadi.

Kedua adalah B Complex...orang yang kurus kebanyakkannya mempunyai metabolisme yang tinggi. Jadi makanan akan cepat ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Pengambilan B Complex dapat membantu mengawal kadar metabolisme tadi dan b compleks juga dapat membantu meningkatkan selera makan.

Ketiga adalah MealShakes iaitu multivitamin yang kaya dengan protein dan juga serat. Berperisa vanilla yang sedap dan wangi. Juga membantu meningkatkan selera makan.

Buat mereka yang ingin menambah berat badan, jom cuba vitamin semulajadi Shaklee ini. Halal dan diluluskan oleh KKM. Nak cuba? boleh hubungi,

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Friday, January 10, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin untuk Masalah Tiroid

Assalamualaikum...

Tiroid?? Salah seorang rakan ofis dulu pernah menceritakan kepada saya yang beliau mempunyai tiroid dimana leher beliau akan membengkak dan mata seperti nak menonjol keluar. Beliau pernah diberitahu doktor yang merawat yang beliau akan sukar mendapat anak tapi alhamdulillah, semua dengan kuasa Allah, rakan saya tadi diberikan 5 orang anak dan bahagia.

ok la back pada cerita tiroid. Apa sebenarnya penyakit tiroid ini? Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perokok

Jenis penyakit tiroid utama

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis (HYPER)

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:-
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya
  • Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Bad mood
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  • Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut rontok
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

2. Hypothyroidism (HYPO)

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup. Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Bagaimana vitamin membantu masalah penyakit tiroid?

Vitamin Shaklee adalah antara cadangan kepada mereka yang mengalami masalah tiroid iaitu dengan memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid. Ia turut bergantung kepada jenis tiroid yang dialami.

Suplemen utama untuk masalah hypertiroidisme adalah ESP


- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)



Untuk hypotiroidisme

1) VITA-LEA IRON FORMULA
- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)
**Vitalea tidak digalakkan diambil oleh pesakit Hypertiroid untuk mengelakkan perembesan hormon yang lebih tinggi.

2) VITA-E COMPLEX
- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Selain daripada suplemen yang dinyatakan di atas, pesakit tiroid samada Hipo atau Hiper boleh juga mengambil vitamin lain yang baik untuk badan dan mengandungi antioksida yang tinggi seperti B Complex, Vitamin C, Omega Guard (Omega-3), Ostematrix dan paling baik adalah VIVIX. Vitamin-vitamin ini dapat memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid serta menjamin kesihatan menyeluruh dan tubuh berfungsi dengan baik.

jom lihat testimoni pengguna



Alhamdulillah, suplemen banyak membantu mereka-mereka ini. Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen untuk masalah tiroid anda atau ahli keluarga anda, boleh hubungi saya...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Tuesday, January 7, 2014

// // Leave a Comment

Atasi Buasir dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman seorang ibu yang mempunyai masalah buasir yang agak kronik sehingga hampir menjalani pembedahan. Tetapi berkat usaha beliau konsisten dengan pengambilan vitamin shaklee, alhamdulillah..beliau bebas daripada masalah buasir yang menyeksakan ini. Semuanya dengan izin Allah juga.. jom baca perkongsian beliau

"Dulu sy mengalami buasir sejak mengandungkan anak pertama dan ia menjadi semakin kronik ketika melahirkan anak kedua dan ketiga (kembar). Sehingga terbawa2 lps bersalin. Setiap kali nak buang air besar smpai menangis2 dan darah keluar n kdg2 dlm situasi tertentu darah menitis laju. Bibik sy dulu mmg tahu keadaan sy sbb sy selalu menangis dlm toilet. Seksanya rs tika itu. Lps buang air plak, bdn terus rs lemah dan lenguh2 dr pinggang ke bawah. Sape yg biasa alami buasir pasti tahu situasi ini. Smpaikan Dr pakar kat Bintulu Medical Centre sarankan sy jalani pembedahan utk buasir ni. Tp sy bertahan sehinggalah sy amalkan vitamin2 Shaklee ini. Dengan izin Allah sekarang buasir sy tiada lg. Waktu mengandungkan Hanis pun xde berlaku sembelit. Lps bersalin pun senang je nak buang air besar. Sy rs bersyukur sgt. Hidup sy kini tdk lg dihantui fobia utk membuang air besar. Ini adalah salah satu kesan terbaik yg sy alami sejak amalkan vitamin2 Shaklee ini. Jika kwn2 yg ada alami keadaan spt sy, sy sarankan kwn2 mencuba vitamin utk buasir ini. InsyaAllah jika diamalkan dgn sebaiknya disamping menjaga pemakanan dan pengambilan air, buasir anda akan beransur2 pulih." - Pn. Najihah. 

Vitamin apakah untuk masalah buasir yang telah Pn. Najihah amalkan??? 


Haaa.. set di atas inilah yang telah diamalkan oleh Pn. Najihah. Ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi tertentu dalam membantu masalah buasir.

OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD 
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX 
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Jika anda antara yang mengalami masalah buasir, anda boleh mencuba set buasir shaklee ini. InsyaAllah membantu. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Monday, January 6, 2014

// // Leave a Comment

Kulit Lebih Lembut dan Bersih dengan Nutriwhite

Assalamualaikum..

Hampir seminggu saya menggunakan Pencuci Muka Shaklee - Nutriwhite, memang rasa puas hati, kulit wajah terasa lebih lembut dan bersih. Alhamdulillah. Wajah terasa sangat segar dan nyaman sebaik sahaja dicuci dengan Nutriwhite Shaklee. Apa yang saya perasan berbanding dengan pencuci muka lain, pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini tiada haruman wangian. Natural je.. Selain tu, ia dipack agak besar bagi saya 150ml.. patutla ada yang cakap boleh tahan hingga 8 bulan.. jimat kannn..

Sebenarnya saya memang tidak suka bertukar-tukar produk lebih-lebih lagi jika untuk wajah dan badan. Tapi setelah mengkaji dan mendapat banyak feedback positif daripada mereka yang telah mencuba, maka merasa jugalah menggunakan Pencuci Muka Nutriwhite ni. Produk penjagaan kulit Nutriwhite Shaklee ini selamat untuk kulit muka kita kerana ianya bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya.

Jika kawan-kawan yang masih mencari produk penjagaan wajah untuk diri sendiri, jomlah bertukar kepada SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE. NUTRIWHITE ini dihasilkan oleh pakar kulit di US dan Jepun yang mana menjalai ujian klinikal selama 3 tahun. Yang paling penting pemilihan ramuannya adalah berasaskan 16 herba yang dipilih di 16 buah negara yang berlainan. Ini memastikan produk ini mampu untuk membuatkan kulit wajah kelihatan segar, sihat, berseri dan tona kulit sekata.

Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan
 

SET NUTRIWHITE ini lebih sesuai untuk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk kerana ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk.

Jom kita kenali setiap satu produk Nutriwhite.

1. Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

2. Soothing Radiance Whitening Softner
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

3. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari
  • Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
  • Pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari
  • Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

4. Daily Defence Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit

5. Overnight Renewal Whitening Cream
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

6. Gentle Action Makeup Remover

  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

7. Spot Whitening Treatment
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


Jom cuba NUTRIWHITE yang semestinya berasaskan alam semulajadi, selamat dan berkesan. Nak dapatkan set ini atau salah satu sahaja??? boleh hubungi saya

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More

Friday, January 3, 2014

// // Leave a Comment

Rahsia Luka Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum...

Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa kita dengar. Luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala.

Walaubagaimanapun, pengalaman melahirkan setiap individu adalah berbeza. Ada yang cepat sembuh dan ada juga yang makin melarat dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk sihat sepenuhnya.

Pada masa kini, ramai ibu-ibu yang mula mengambil suplemen sebagai alternatif untuk mempercepatkan pemulihan luka dan seterusnya kembali sihat dan cergas. Shaklee juga menyediakan suplemen untuk ibu-ibu selepas bersalin yang mana boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin. Suplemen2 yang ditawarkan bukan sahaja membantu ibu cepat sembuh dan cergas malah membantu memberikan nutrisi buat ibu. Antara suplemen yang dicadangkan adalah vitalea (multivitamin), vita C, b compleks dan Zinc Complex.

Salah satu manfaat Zinc Complex adalah membantu mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luaran. Sebab itu zinc merupakan salah satu suplemen yang dicadangkan buat ibu-ibu yang bersalin normal mahupun pembedahan. Penggunaan zinc complex tidak terhad kepada luka akibat bersalin sahaja tau.. apa-apa luka pon boleh..luka akibat jatuh atau terkena benda tajam pon boleh. 

Jom baca testimoni pengguna


luka bersalin cepat sembuh

luka bersalin cepat sembuh

luka bersalin cepat sembuh

Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang berpuas hati dengan set berpantang shaklee.. luka cepat sembuh, badan cepat sihat dan cergas..siapa tak nak kannn...berbaloi

Nak try juga?? boleh hubungi saya untuk best price.. :-)

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More

Thursday, January 2, 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kita Perlu Detox atau Cuci Usus?

Assalamualaikum...

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :
  • Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
  • Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
  • Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
  • Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari)

credit

Selain daripada kaedah penjagaan pemakanan, pengambilan suplemen juga dapat membantu untuk melakukan proses detox. Jika anda sedang mencari produk untuk detox, saya sangat sarankan pengambilan HerbLax Shaklee.


Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Kebaikan Herb Lax
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Berminat nak dapatkan herb-lax pada hari ini? boleh hubungi saya segera..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More

Wednesday, January 1, 2014

// // Leave a Comment

Kerap Kejang Kaki Ketika Hamil???

Assalamualaikum..

Apabila disahkan hamil lebih-lebih lagi anak pertama, tentunya amat menggembirakan dan dalam masa yang sama banyak perkara mula kita fikirkan. Saya kerap juga dihubungi pembaca blog yang hanya ingin bertanyakan tentang pengalaman hamil dan pendapat. Segala apa yang saya kongsi dengan mereka adalah pengalaman saya sendiri dan ada juga dari kawan2 dan ada juga dari pembacaan. Banyak perkara sebenarnya yang saya telah kongsikan dengan mereka. Tapi hari ini saya nak kongsikan dengan pembaca tentang masalah kejang sewaktu hamil.

Sewaktu anak pertama dulu, memang saya kerap kejang, lebih-lebih lagi time bangun tido sebabnya dah jadi tabiat suka menggeliat bila bangun tido. Tapi bila hamil, tabiat menggeliat tu telah sebabkan saya kejang, memang sakit. Oleh sebab itu, saya ingatkan diri supaya tak menggeliat lagi sampai la sekarang. Itu kejang time tdo, tapi kejang tapi duduk lama dan time bawak kete pernah juga terjadi.. huhu.. sebenarnya saya tak tau pon kejang ini ada kaitan juga dengan pengambilan kalsium.. tapi saya memang minum susu.. lebih-lebih lagi masa anak yang kedua.. anak yang first kurang skit.

ok back pada kejang dan kalsium. tadi terbaca di majalah PAMA..artikel Soalan Popular Ketika Hamil. Salah satu soalannya adalah;-

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?

Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suplemen kalsium yang mencukupi.

Saya sangat setuju dengan jawapan Dr. Rafi, sememangnya pengambilan suplemen kalsium yang mencukupi dapat membantu mengelakkan kekejangan sewaktu hamil. Jadi saya sangat syorkan OSTEMATRIX SHAKLEE yang kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D kepada ibu-ibu hamil yang tidak suka minum susu. Ramai yang telah mencubanya dan mendapat kesan positif. Alhamdulillah..


Kebaikan OsteMatrix Shaklee untuk ibu mengandung:-
  1. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  2. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  3. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
  4. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung, serta menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  5. Tidak mengandungi lemak berbanding produk tenusu, especially bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk2 tenusu.

Kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi, menyebabkan penyusutan jisim tulang dan kerosakan gigi pada ibu dan si ibu juga terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Haaa..dah tau kan kepentingan kalsium pada ibu hamil.. sebab itu la nurse kat klinik selalu tanya minum susu ke tak dan suh minum susu. Kalsium merupakan salah satu nutrien yang penting untuk ibu hamil tau.. jadi minumlah susu walaupon tak suka atau ambillah ostematrik (pil kalsium) untuk mendapat bekalan kalsium harian ibu-ibu.

Nak dapatkan Ostematrix camana?? boleh hubungi saya yer..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...