Wednesday, February 26, 2014

// // Leave a Comment

12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Assalamualaikum...

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita. Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang

Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi: 

(1) Tekanan
  • Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita. 

(2) Masalah kesihatan
  • Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita. 

(3) Ubatan
  • Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat. 

(4) Berlebihan hormon prolaktin
  • Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

(5) Menyusu badan
  • Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

(6) Masalah tiroid
  • Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

(7) Gemuk
  • Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

(8) Terlalu kurus
  • Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

(9) Tersilap kira
  • Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

(10) Menopos
  • Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

(11) Pencegah hamil
  • Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

(12) Hamil
  • Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!… congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan. 

Jika anda TIDAK HAMIL dan mempunyai MASALAH HAID, jom atasi dengan GLA COMPLEX

hubungi saya, 


Read More

Saturday, February 15, 2014

// // Leave a Comment

Kepentingan Minum Air Sewaktu Berpantang

Assalamualaikum..

Pengambilan air yang mencukupi sangat penting kepada ibu berpantang. Tapi lazimnya yang kita dengar daripada orang tua-tua, tidak elok minum air banyak sewaktu berpantang kerana dikhuatiri rahim mengembang.


Sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air yang banyak sewaktu berpantang malah dari segi perubatan kekurangan air ketika berpantang ada kesan negatifnya.

Antaranya:-
1. Sembelit dan Buasir
2. Dehidrasi (kekurangan air).
3. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan.
4. Batu karang


Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara 8 hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan.

Dan air yang diminum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Jangan pula mengambil minuman berais atau bergas kerana kedua-duanya adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.

Nampak macam banyak 8 cawan air sehari tapi sebenarnya ibu-ibu berpantang hanya perlu minum macam biasa sahaja, ambil secara berperingkat dalam tempoh 24 jam dan minum apabila dahaga.




Ada juga yang mengeluh bila minum air kerap, jadi keraplah pula buang air kecil dan takut pula bagi kesan pada luka bersalin. Sebenarnya ia tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS.

Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :

1. Badan berasa lebih segar dan bertenaga
2. Penyusuan ibu lebih lancar yang berjaya!
3. Melancarkan proses penghadaman
4. Membantu untuk kuruskan badan dan kekalkan bentuk badan yang cantik.
5. Mengurangkan serangan sakit kepala.


So, ibu-ibu berpantang, jangan lah ragu-ragu untuk minum air yang banyak ketika berpantang. Jangan terikut-ikut dengan amalan lama yang memudaratkan. Yang baik, kita ikut, yang kurang sesuai, kita tinggalkan.

Yang paling penting, fikirkan si kecil yang perlukan susu badan anda. Tanpa makanan dan minuman yang mencukupi, penyusuan juga terjejas.





Read More

Thursday, February 13, 2014

// // Leave a Comment

Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana untuk menjadi ahli shaklee? macam mana nak join shaklee? macam mana nak register jadi distributor shaklee?


Sebenarnya amat mudah untuk menjadi ahli shaklee lebih-lebih lagi dengan adanya sistem online pada hari ini. Bila-bila masa pendaftaran ahli shaklee boleh dilakukan dan sebaik sahaja pendaftaran selesai, nombor keahlian shaklee dan password sistem akan diberikan kepada anda.



Dengan adanya dengan nombor keahlian shaklee dan password sistem, anda boleh membuat belian pada bila-bila masa dan barang anda akan dihantar oleh perkhidmatan gdex atau citilink. 

Tak pandai guna sistem? Jangan risau kerana jika anda mendaftar dibawah saya, saya akan berikan tunjuk ajar dan panduan lengkap kepada anda. 

Di sinilah pentingnya untuk anda memilih upline atau sponsor yang terbaik dan tepat, yang mampu memberikan guideline dan bantuan kepada anda. Walaupun anda hanya join shaklee untuk makan sendiri sahaja, anda tetap perlukan panduan untuk memilih produk yang tepat dan cara makan yang betul.

Kenapa saya katakan perlu pilih upline yang terbaik dan tepat? kerana terdapat ramai yang menjadi ahli shaklee diluar sana yang tidak mendapat guideline daripada upline yang sepatutnya mencari distributor lain untuk mendapatkan konsultasi. 

Malah ada yang ingin tukar upline kerana kurang sokongan dan guideline lebih-lebih lagi yang memang serius ingin jadikan shaklee sebagai biz untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Jadi, buatlah pilihan yang tepat dan semestinya Terbaik.


Jadi Bagaimanakah Cara untuk Daftar sebagai Ahli Shaklee?

Ada 2 cara yang mudah untuk mendaftar. Cara Percuma dan Berbayar

Pertama:
Buat bayaran bagi Yuran Pendaftaran RM65 + RM10 untuk postage.
Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi katalog, product guide dan sistem bisnes

ATAU

Kedua:
Buat belian bernilai 200uv (point) dalam 1 RESIT (bersamaan belian RM650+) dan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM75) dan layak CASH BONUS (bernilai RM30+) . JIMAT RM100+

PENDAFTARAN ADALAH SEKALI SEUMUR HIDUP

Seterusnya untuk mendaftar, anda hanya perlu EMAIL(norasiahmahmood@gmail.com) atau SMS maklumat detail anda kepada saya beserta dengan yuran keahlian shaklee dan saya akan uruskan pendaftaran anda sebagai distributor shaklee. sms/whatsapp 017-3613604 (Norasiah)

ATAU

Jika anda ingin pergi sendiri di Shaklee Center untuk mendaftar, anda perlukan sponsor id dan anda boleh menggunakan ID SAYA 893712 (Norasiah) sebagai SPONSOR

Jangan lupa hubungi saya 017-3613604 (Norasiah), supaya saya dapat membantu anda selepas anda mendaftar dibawah saya.


Apa pula Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee?

Sebenarnya banyak kelebihannya apabila kita mendaftar sebagai ahli shaklee lebih-lebih lagi jika anda sememangnya pengguna tegar produk shaklee atau anda ingin membeli produk shaklee dalam jumlah yang banyak. Banyak penjimatan yang anda dapat.

Secara ringkas, saya terangkan disini
  1. Bila dah jadi ahli, automatik anda dapat Harga Ahli yang mana diskaun dari 5-25%
  2. Bila beli barang dapat point atau uv yang boleh ditukarkan kepada cash atau Bonus Prestasi pada setiap bulan.
  3. Jika jual produk shaklee, dapat untung jual Harga Runcit.
  4. Bonus Kepimpinan 
  5. Bonus Tambahan
  6. Insentif Coordinator
  7. Insentif Istimewa
  8. Insentif Pelancongan
  9. Subsidi kereta. 


 Apa Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee Bersama Kami?

  1. Dijemput ke GROUP ISTIMEWA FB yang penuh dengan maklumat produk dan marketing.
  2. Mendapat bimbingan dan sokongan berterusan.
  3. Kelas bimbingan secara online dan offline
  4. Tips marketing daripada Mentor dan Master Berpengalaman
  5. Personal Coaching


Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli bersama kumpulan kami, boleh terus hubungi  saya 017-3613604 untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Read More

Wednesday, February 12, 2014

// // Leave a Comment

Set Bersalin Shaklee Terbaik - Pembedahan dan Normal

Assalamualaikum..

Set Bersalin Shaklee adalah antara set berpantang yang menjadi kegemaran ibu-ibu pada masa kini baik ibu yang bersalin Normal atau yang bersalin menerusi Pembedahan. Set ini merupakan Set Bersalin Terbaik dan Selamat untuk digunakan oleh ibu Berpantang dan Menyusu tanpa memberikan kesan yang memudaratkan buat ibu dan juga bayi. Malah set bersalin shaklee ini membantu ibu dan bayi lebih sihat.



Untuk memudahkan anda, saya kongsikan 5 soalan popular tentang Set Bersalin Shaklee.

1. Adakah sesuai untuk yang Bersalin Pembedahan?

Set Bersalin ini sangat bagus untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal.

2. Bilakah boleh mula makan Set Bersalin?

Sebaik sahaja bersalin boleh terus makan set bersalin ini untuk memberikan tenaga dan membantu penyusuan.

3. Adakah selamat untuk ibu dan bayi menyusu?

Set Bersalin Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Ianya dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan halal.

4. Berapa Harga Set Bersalin Shaklee ?

Terdapat 3 pilihan untuk Set Bersalin Shaklee . Ia boleh digunakan selama 3-4 bulan, malah ada yang tahan sehingga 6 bulan. 
  • Set Asas – RM268 ( hanya RM67 sebulan)
  • Set Extra – RM479 (hanya RM119 sebulan)
  • Set Premium – RM584(hanya RM146 sebulan)
Nak dapatkan pada harga lebih murah dan jimat? Boleh terus hubungi saya, 017-3613604 (Norasiah)
  
5. Bolehkah nak beli dengan harga ahli?

Sangat boleh. Dapatkan Produk Shaklee pada Harga Ahli di sini


Boleh baca TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE DISINI
Nak terus ORDER, sms/whatsapp 017-3613604 (Norasiah)

Jom kita baca apa lagi yang Set Bersalin Shaklee dapat tawarkan kepada para ibu yang berpantang dan menyusu.


Di Shaklee ada jawapan kepada semua keinginan anda di atas. Set Bersalin Shaklee mempunyai beberapa kombinasi menarik yang tentunya dapat memenuhi keperluan ibu-ibu pada masa kini. 

Nak kurus selepas bersalin? nak cepat sihat? nak susu banyak? semua boleh kerana Set Bersalin ini 100% lengkap untuk keperluan ibu Berpantang dan Menyusu. Jom kita lihat kombinasi Set Bersalin Shaklee..


Kombinasi Pertama: Set Bersalin Shaklee Asas


Set Bersalin Asas ni mengandungi kesemua nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu bersalin normal atau pembedahan.

Apakah kepentingan pengambilan Vitamin ini di dalam waktu berpantang?

(a) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(b) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(c) Multivitamin with Iron (Vitalea) : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(d) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka bersalin, terutama luka dalaman (rahim dan luka pembedahan). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.


Kombinasi Kedua: Set Bersalin Shaklee Extra dilengkapi dengan kalsium dan protein


Set Bersalin Extra memenuhi keperluan protein dan Kalsium bagi ibu berpantang dan menyusu. Protein dan kalsium merupakan komponen yang penting di dalam susu ibu. 

Khasiat dari pengambilan kalsium dan protein dalam diet ibu berpantang dan menyusu dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

OSTEMATRIX (KALSIUM)
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang berpantang dan menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama seperti sewaktu hamil. Kalsium juga diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Selain itu, kalsium shaklee ini juga dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, pengecutan otot dan pelancaran saraf.
ESP - KAYA DENGAN PROTEIN
Protien pula sangat penting untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien.

Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita


Kombinasi Ketiga: Set Bersalin Shaklee Premium


Set Bersalin Premium didatangkan dengan pakej lengkap untuk penyusuan dan penurunan berat badan. Tentu ramai ibu yang bersalin risau akan bentuk dan berat badan sepanjang hamil. Tapi dengan set lengkap ini, anda tidak perlu risau lagi kerana set bersalin premium dapat membantu ibu berpantang kurus sambil menjayakan proses penyusuan.


Apakah kebaikan Alfalfa kepada ibu yang berpantang dan menyusu? 
  • Tumbuhan ini telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian
  • membantu melawaskan sistem percernaan
  • membantu membuang toksin di dalam badan.  
  • membantu mengangkut lemak keluar dari badan
  • membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak sebagai perapat dalam hubungan suami isteri.


Apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang berpantang dan menyusu?
  • Lecithin membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Lecithin membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Lecithin membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Lecithin membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .

Jom baca beberapa komen daripada pengguna set bersalin shaklee

"Sekadar ingin berkongsi...Sblm ni klu sy berfb,de je iklan tntng shaklee,kdg2 de org ni post byk kali.Smpaikn sy naik jemu.Bl tiba hr sy melahirkn chya mata pertama.Sy tercari2 prdk ape yg pling bk tuk sy ambil time pntng.bermcm2 prdk sy tgk.Actually sy melahirkn bby prem.Mengalami masalah susu yg sgt kurang.Smpaikn pd hr ke 5 berpntng sy masih kurng susu bdn.Sy jd stress n hr2 menangis mengenangkn ank.Smpaikn phk hspital tel sy mtk bekalkn susu tuk ank...Akhirnye ati sy berkenan ngn prdk SHAKLEE ni..Sy beli dgn ejen yg btl2 jual prdk ni.Sy ambil set berpntng sbb sy bersalin secara czer.dlm set tu ada ZinC,yg menymbuhkn luka dlmam.Alhamdulillah...dgn mengmbil set trsbt,luka czer sy smbuh n susu bdn melimpah2 byknye...Trm Ksh SHAKLEE sbb bt sy jth cnta dgn prdk hebat ni.." - Laura Affifah

"Salam. Nak share sket pasal pengalaman consume set berpantang shaklee masa bersalin anak kedua. Saya amalkan Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Zinc + ESP konsisten. Alhamdulillah..Nak compare dengan time berpantang anak pertama memang jauh beza. Paling rasa teruja bila luka jahit dalam 3 hari dah sembuh. Lepas tu cergas & sihat je rasa badan, rambut serius x gugur, kulit muka memang cantik. Dan yang paling best susu ibu banyak. Syukur sangat..Thanks Shaklee! Memang berbaloi." - Murni Fairouz




Ramai yang berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee ini baik dari segi kesihatan, kecantikan dan penurunan berat badan.

Banyak lagi testimoni  DI SINI

Malah pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat juga menggalakkan pengambilan vitamin bagi wanita daripada start mengandung hinggalah bersalin malah hingga akhir hayat.


Oleh kerana doktor pakar sendiri juga mengesyorkan pengambilan vitamin sebagai langkah pemulihan dan penjagaan kesihatan selepas bersalin, maka ibu-ibu tidak perlulah rasa sangsi dan risau akan keberkesanan Set Bersalin Shaklee ini. Sememangnya Set Bersalin Shaklee adalah yang Terbaik untuk Ibu Berpantang dan Menyusu.

Untuk mendapatkan set bersalin ini adalah sangat mudah, anda boleh sms/whatsapp terus 017-3613604 (Norasiah). InsyaAllah saya akan berikan konsultasi dan harga yang Terbaik khas buat pembaca blog ini.

Read More

Saturday, February 8, 2014

// // Leave a Comment

Tingkatkan Sistem Imun Badan dengan Nutriferon

Assalamualaikum..

Badan kerap dilanda masalah kesihatan, kerap selsema dan demam malah sering pula mengalami alahan menunjukkan sistem pertahanan badan tidak kuat. Kadang-kadang badan mudah sakit akibat perubahan cuaca dan ada juga yang dijangkiti daripada kawan-kawan. Maka paracetamol dan ubat-ubatan menjadi teman setia. 

Setiap badan manusia ada sistem imun atau sistem pertahanan yang menjaganya. Tujuannya adalah untuk melawan sebarang jangkitan dan penyakit yang mengancam kesihatan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan kita cenderung untuk mendapat jangkitan penyakit.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Kulit merupakan pertahanan badan pertama yang menapis segala kekotoran dari luar dan menangkis kemasukan virus dan bakteria ke dalam tubuh kita. Kulit juga bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Jalan lain untuk kuman memasuki tubuh kita adalah melalui hidung, mulut dan mata, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan semulajadi. Antara sistem pertahanan semulajadi tubuh kita adalah:-
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Sistem imun kita bekerja melindungi badan 24 jam tetapi adakalanya kita tetap juga jatuh sakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkannya seperti perubahan cuaca, pemakanan dan juga gaya hidup. Antara tips untuk meningkatkan sistem imun badan:-
  • Kurangkan stres - hadapi permasalahan hidup dengan tenang dan tidur lebih awal di malam hari agar mendapat rehat yang cukup
  • Makan makanan kaya protein. Sistem ketahanan tubuh perlukan banyak protein untuk menguatkannya. Makan makanan sumber protein seperti daging, susu dan berbagai produk seangkatannya. Juga buah dan sayur.
  • Jangan ambil alkohol - sifat alkohol akan melemahkan sistem imun tubuh.
  • Ambil makanan yang meningkatkan sistem imun. Misalnya bawang putih, bawang merah, brokoli, yang mengandung zat antiseptik semulajadi.
  • Aromaterapi. Udara yang bersih dan harum adalah salah satu cara membuat fikiran rileks dan tenang.
  • Kegiatan fizikal. Berolahraga atau melakukan kegiatan fizikal juga diperlukan untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit.
  • Senyum. Senyum akan memberi kebahagiaan dan emosi positif bagi Anda dan juga lingkungan sekitar. 
  • Mood yang lebih baik akan membuat pikiran Anda bahagia dan kebahagiaan akan membawa kesihatan.

Selain daripada mengamalkan tips-tips di atas, anda boleh cuba NutriferonNutriferon Shaklee merupakan alternative kepada pergantungan Paracetamol atau Panadol. Nutriferon berfungsi meningkatkan Sistem Imun badan kita supaya sentiasa kuat melawan jangkitan penyakit.

mudah selsema dan jatuh sakit

Apa itu Nutriferon?
Nutriferon merupakan penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah antibodi yang lemah, mudah sakit dan dijangkiti penyakit serta sakit yang lambat sembuh.

Apa Kebaikan Nutriferon?
  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  •  Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  •  Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  •  Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  • Melewatkan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  • Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
  • Formula yang dipatenkan - nutriferon Shaklee telah dipatenkan dan ianya eksklusif dan tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat lain. 

selsema hilang dengan nutriferon

resdung dan alahan hilang dengan nutriferon

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  • Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  • Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?
Nutriferon menggalakkan penghasilan Interferon secara semulajadi dalam badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Ianya tidak bertoksik, terbukti secara klinikal, berpaten  dan selamat digunakan

Apakah Kandungan dalam Nutriferon?
NutriFeron yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

Kenapa perlu pilih Nutriferon?
  • Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*- Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  • Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  • Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Berminat nak dapatkan nutriferon untuk seisi keluarga? Boleh hubungi saya segera..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Thursday, February 6, 2014

// // Leave a Comment

Kenali Jenis Kulit Wajah

Assalamualaikum...

Sebelum kita mengambil keputusan untuk mencuba apa-apa produk kecantikan, alangkah baiknya jika kita kenalpasti dulu jenis kulit wajah kita. Penting tau untuk kita tahu jenis kulit muka kita, sebabnya bila kita nak pilih produk, biarlah produk yang bertepatan ngan kulit kita. Selain selamat dan berkesan, produk itu mestilah sesuai dengan keadaan kulit kita.

Jom semak, yang mana satukah jenis kulit anda..


✿ KULIT KERING
✔ Kulit kurang menghasilkan minyak
✔ Sering bersisik terutamanya ketika waktu panas
✔ Cepat menjadi merah apabila terkena sinaran matahari
✔ Pori-pori kecil atau hampir tidak kelihatan
✔ Kulit kering lebih cepat berkedut

✿ KULIT NORMAL
✔ Wajah kelihatan cerah dan sihat serta jarang mengalami masalah
✔ Kelembapan pada kulit normal mencukupi
✔ Keadaan kulit tidak kering
✔ Pada keadaan tertentu, kulit normal cenderung berminyak atau kering juga

✿ KULIT BERMINYAK
✔ Penghasilan minyak yang berlebihan
✔ Wajah kelihatan berkilat
✔ Pori-pori kelihatan besar dan terbuka
✔ Sering terkena masalah jerawat

✿ KULIT KOMBINASI
✔Kulit berminyak pada bahagian tertebtu terutamanya di T-Zone(dahi, hidung, dagu)
✔ Bahagian lain mempunyai kulit kering (pipi dan sekitar mata)

✿ KULIT SENSITIF
(tidak ramai wanita yang benar-benar mempunyai kulit yang sensitif, sebenarnya kita sendiri yang berasakan kulit kita sensitif. Sesetengah wanita yang kulit mukanya sebelum ini bukan jenis sensitif , tidak mustahil boleh berubah menjadi sensitif kesan sampingan penggunaan produk skincare beracun.)
✔ Kulit yang nipis, mudah luka dan adakalanya berwarna kemerahan
✔ Mudah mengalami keradangan

Dah tau kulit anda jenis yang mana? jika dah..pasni bolehla pilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah anda

pssttt; jom pilih produk kecantikan dalaman dan luaran yang selamat dan semulajadi.. kalau nak tau produk shaklee mana yang sesuai utk jenis kulit masing2.. boleh hubungi saya

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...