Thursday, March 27, 2014

// // Leave a Comment

5 Tips Penjagaan Rambut

Assalamualaikum...

Rambut merupakan antara aset yang penting bagi wanita. Walaupun bertudung, seorang wanita harus memastikan rambut sihat dan cantik.

Jadi bagaimanakah cara penjagaan rambut yang betul? Cukupkah dengan hanya mencucinya setiap hari? Jom kita baca sedikit tips pada hari ini.




  • Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahkannya dengan air. Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata.

  • Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air yang panas atau sejuk. Namun sebaiknya, gunakan air panas (suam) terlebih dahulu, dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kekotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna. Kemudian, bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang telah terbuka.

  • Jika anda menggunakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju. Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul-betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut. Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian, gosok sempurna untuk mengeluarkan buihnya. Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang telalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak betul. Perlu diingatkan, syampu perlu disapu pada kulit kepala anda, bukannya pada penghujung rambut anda. Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang.

  • Jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama. Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali. Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu. Manakala cucian yang kedua pula ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna. Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menunggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helain rambut.

  • Untuk mengelakkan lebihan air pada rambut ,perahkannya dengan sempurna dengan lembut. Jangan lakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah. Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna. Walaupun cara ini nampak rumit, tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya.

Semoga tips penjagaan rambut ini berguna untuk kita semua dan boleh dipraktikkan :-)
Read More

Wednesday, March 26, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin untuk Ibu Bapa Tercinta

Assalamualaikum..

Ibu dan bapa, kedua-duanya merupakan insan yang kita hormati dan sayangi. Tanpa mereka, dimanalah kita. Melihat mereka gembira dan bahagia adalah impian setiap daripada kita. 

Sebenarnya ramai juga customer yang menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin untuk ibu bapa mereka. Alhamdulillah masih ramai yang prihatin dan sayang akan kedua ibu bapa mereka. Wang ringgit boleh dicari, tapi ibu bapa tiada gantinya. 

Sebab itulah ramai yang tidak berkira untuk berbelanja untuk memastikan kesihatan ibu bapa masing-masing sentiasa baik. 

Bila usia semakin meningkat, pelbagai masalah kesihatan mula datang seperti kencing manis, darah tinggi, strok dan sebagainya. Sebagai anak tentunya kita tidak sanggup melihat mereka menderita kesakitan. 

Jadi ramai yang mula mencari cara alternatif selain daripada ubat hospital termasuklah memberikan ibu bapa makanan tambahan dan vitamin.

Apakah vitamin yang sesuai untuk ibu bapa?


[ VIVIX ]

Sekiranya ibu bapa mempunyai penyakit yang kronik seperti strok dan kencing manis, saya sangat  cadangkan Vivix sebagai makanan tambahan. Ini kerana Vivix merupakan minuman campuran botani yang mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix mengandungi 1001 khasiat yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan.


Bagaimana Vivix boleh mempunyai kesan yang begitu menyeluruh???

Rahsia nya ialah vivix melindungi dan membaik pulih sel pada tahap DNA, disamping itu ia dapat mengelakkan penimbunan protein AGE ( advanced glycation end products).

 
testimoni vivix untuk masalah strok
  
testimoni vivix untuk masalah kencing manis

Selain itu, apa lagi yang parents kita perlukan..?


[ SET KESIHATAN SENDI ]

Bila semakin tua, tulang-tulang mula tidak kuat, badan cepat lenguh dan kaki juga mula sakit. Sendi-sendi pula mula terasa sakit sehingga membataskan pergerakan. Oleh itu, saya sangat sarankan pada mereka yang mengalami masalah ini mula mengambil suplemen yang khas membantu masalah sendi. Bukan untuk ibu bapa sahaja malah untuk diri sendiri juga.



ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Meningkatkan kesan kusyen

OMEGA GUARD
  • bertindak sebagai pelincir
  • mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi

OSTEMATRIX
  • Mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
  • Magnesium (bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya)
  • Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium)

testimoni sakit lutut

Suplemen-suplemen ini insyaAllah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan ibu bapa kita tetapi yang paling penting adalah kasih sayang dan perhatian kita kepada mereka kerana pada usia emas ini, bukanlah wang ringgit yang mereka harapkan daripada anak-anak. Tetapi ingatan dan perhatian anak-anak yang diharapkan.

Sama-sama kita menjadi anak yang lebih baik.. InsyaAllah... untuk mendapatkan suplemen ini untuk ibu bapa tercinta, boleh hubungi saya,




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, March 25, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Lelaki

Assalamualaikum..

Perlukah seorang lelaki mengambil vitamin atau makanan tambahan? Pada pendapat peribadi saya, sangat perlu kerana tanggungjawab dan kehidupan harian lelaki juga mencabar. Walaupun ramai lelaki yang kurang mengambil berat tentang kesihatan mereka, tetapi sebagai isteri, menjadi tanggungjawab kitalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka.

Rata-rata yang membeli vitamin dan makanan tambahan adalah golongan wanita, isteri dan ibu. Tapi jangan tak tahu, sebenarnya ramai isteri  yang prihatin terhadap kesihatan suami, membelikan vitamin buat sang suami. Sayang sungguh si isteri buat sang suami kann... 

Kenapa lelaki perlukan vitamin? hmm.. kerana lelaki pada masa kini memang kuat bekerja dan sangat sibuk. Kesibukan harian membuatkan badan penat dan kekurangan nutrisi dalam pemakanan serta gaya hidup menyebabkan mereka mudah terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kekurangan tenaga dan stamina 

Jadi vitamin apakah yang diperlukan oleh lelaki?


[ Omega Guard ]


  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
  • Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

[ Zinc Complex ]

  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
  • Mencecah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut


[ Vitamin E ]

  • Antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
  • Mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma.
  • Membantu memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
  • Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
  • Meningkatkan tenaga dan keinginan seksual

[ CoQHealth Plus ]

  • Mempunyai 3 eleman utama didalam nya iaitu CoQ10- Co enzim Q10, Vitamin E dan Ekstrak teh hijau
  • Co enzim Q10 mampu membantu menghasilkan jantung yang sihat dan kuat
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Meningkatkan tenaga di sel-sel jantung
  • Mencegah saluran darah dari tersumbat
  • Mengurangkan debaran dan denyutan yang tak sekata
  • Menyokong salur darah untuk tekanan darah yang sihat
  • Membawa nutrien dan oksigen ke serata kulit
  • Menghasilkan kulit yang cerah, serata dan berseri
  • Meningkatkan jumlah sperma yang berkualiti,
  • Mengurangkan pergerakan sperma yang abnormal
  • Mengurangkan masalah migrain dan sakit kepala
  • Mengurangkan simptom keletihan
  • Meningkatkan stamina 

Terdapat banyak manfaat vitamin-vitamin ini untuk kesihatan lelaki, jadi berbaloi untuk mereka amalkan. Nak dapatkan vitamin hebat ini? jom hubungi saya...




Read More

Thursday, March 20, 2014

// // Leave a Comment

Testimoni Set Menyusu - ESP & Alfalfa

Assalamualaikum...

Hari ni saya hanya nak kongsikan pengalaman seorang rakan yang telah menggunakan produk shaklee untuk tujuan menjayakan misi penyusuan beliau. Alhamdulillah beliau memilih suplemen yang tepat untuk beliau jadikan sebagai milkbooster dan syukur susu semakin bertambah untuk si kecil beliau.

Jom baca perkongsian panjang lebar dari beliau sambil layan gambar beliau dan baby.



"Aslmkum hai semua.ni adalah surat cinta Shaklee a.k.a testimoni saya. Saya merupakan seorg ibu bekerja yang sibuk dengan tugasan di opis dan juga di rumah. Ibu kpd dua org anak , sy melahirkan anak kedua pada April 2013, kini anak saya dah 4 bulan lebih .. selepas melahirkan anak, sy berazam untuk menyusukan baby sehingga 2thn., saya google2 mencari bagaimana untuk memperbanyakkan susu badan..akhirnya saya mengambil keputusan menghubungi ex rumet sewaktu study di UPM Srwk iaitu Nur Umairah Kaisah.. dan terus order..

Milk Booster kesayangan sy ialah ESP dan Alfalfa… sewaktu berpantang susu saya sgt sedikit. Sekali pum dapat la 2-3 oz ..baby pun kerap terjaga dr tidur sbb tak puas menyusu,sakit nyer nipple.. saya juga tidak cukup rehat kerana baby kerap nanges lapar.. Saya juga sakit, penat, lesu, kerana tidak cukup rehat . Maklumlah saya berpantang sendiri dan di jaga oleh en. Suami..

Suami saya ckp, Shaklee Vitamin Hebat … sbb suami saya juga adalah pengguna produk Shaklee.. Kini saya juga setuju dengan pendapatnya.. ESP ni sedap rupanya..rasa soya segar.. alfalfa juga best ranggup ala2 mcm kunyah kacang.. setiap hari saya minum 2 sudu ESP yang dibancuh dgn air masak, 3 biji alfalfa… HASILNYERRR…wah.. sangat2 best, dasyat, seronok dan bertambah2 semangat saya nak menyusukan anak…

Yeay…. Selepas 2 hari consume 2 vitamin hebat ini saya pun try pum susu,, wuyoooo… susu saya pekat , patutlah malam tadi saya dpt tidur lena coz beby kenyang rupanya.. kali ni saya pum dapat 5-6 oz.. Alhamdulillah.. saya start minum ESP dan mkn alfalfa hebat ini sewaktu baby berumur 4 hari.. Pada hari ke 7, nurse datang rumah untuk check up baby.. sekali lagi saya syukur ..baby tiada Jaundis… nurse kata “cantik nya kulit anak awak… dia ckp minum soya ker”? Oh, baru saya teringat yang saya minum ESP tu.
Em..Bukan saja kulit baby cantik pinky, bah kan kulit mama pun rasa lembut, gebu dan paling best stretch mark kat perut makin pudar.. bila bersentuhan dengan en. Suami katanya “ Lembut nya kulit ayang ni..” huhu nasib la mama tengah berpantang..hehehehe..kalau x…

Biasanya sewaktu berpantang saya akan alami masalah sembelit ,tp pelik juga sbb kali ni lawas sokmo..ni mesti sbb alfalfa ni… mmng mimpi ngeri juga kalau nak buang air besar.. tp kelawasan tu mengetepikan mimpi ngeri tu jauh2.. bagus kan.. so proses penghadaman saya lebih baik.. baby eyak pon lawas ..
Susu badan semakin hari, semakin meriah ,,wah.. rasa nak meletup breast ni.. mmg tiap 2 jam mesti kene pum .. ade dua kali saya kene Bengkak susu sbb tak bangun pum susu .. Biasanya saya akan buat Tandem Nursing dengan baby . ( sebelah pum, dan pada masa yang sama sebelah lagi baby nyusu)..

Bila dah start bekerja ,di opis setiap kali pum saya akan dpat 10-12 oz bagi satu sesi mengepam, jadi 2 kali pum dapatlah antara 20-22oz sehari.
Time menyusu baby kerap juga tersedak , bukan ape… sebab susu memancut2, habis basah muka baby , Paling syok bila baby mnyusu sampai tertidur kekenyangan dan sendawa besar. Selalu juga muntah susu akibat kenyang sangat ..
Berat baby pun bertambah dari 3.6kg(lahir) , 5kg(1bulan), 6.6kg(2bulan) , 7kg(3bulan),dan sekarang 7.7kg (4bulan).. penangan Vitamin Hebat Shaklee… yeay

Kerajinan mama mengepam., rezeki susu yang mencurah2, pada suatu hari.. suami saya buka peti ais dan dia TER JERIT “ YA ALLAH…!! BYK NYER SUSU!!!!.. Yang, kat mana kita nak simpan ayam, daging n ikan yang?””.. haha tergelak saya tengok muka terkejut dia. Akhirnya suami saya belikan Deep Freezer untuk menyimpan susu2 yang berkhasiat tu ke tempat baru yang lebih selesa.. Wah macam tak percaya jer saya juga boleh berjaya menyimpan susu sehingga perlukan deep freezer.. baru2 ni saya terpaksa buang lebih kurang 50oz EBM kerana expired tak sempat digunakan.

Last,, perubahan untuk saya pulak, kulit saya makin hari makin gebu,, saya dapat rasa kalau peha kiri dan kanan bersentuh , rasa lembut sgt.. kulit perut yang tegang dah takde kedut strect mark, mata n kpala juga rasa ringan dan energetic.. . Sape tak suke kan… n tak yah g cari Kacip Fatimah coz Pn. Alfalfa dah ade … Sesungguhnya Vitamin Hebat Shaklee ESP dan Alfalfa sgt AWESOME…" - Nor Azrin Samsuddin Azrin


Semoga perkongsian ini dapat menyakinkan ibu-ibu diluar sana untuk berusaha sehabis mungkin untuk menjayakan misi penyusuan. Untuk mendapatkan susu ibu yang banyak bukanlah bergantung pada suplemen semata-mata tapi mestilah disusuli dengan usaha dan disiplin.

Rasanya ramai yang dah tahu konsep penyusuan DEMAND vs SUPPLY..  inginkan susu yang banyak perlulah rajin pum, rajin kosongkan breast, tandem nursing, power pumping dan sebagainya. Suplemen ini hanyalah memberikan nutrisi kepada si ibu supaya ibu sihat, bertenaga, ceria dan tentunya keadaan kesihatan ibu mempengaruhi penghasilan susu ibu.

Alhamdulillah, walaupon Azrin hanya mengambil ESP dan Alfalfa, beliau tetap dapat hasil susu yang banyak kerana beliau rajin pum, rajin kosongkan breast dan tentunya Azrin juga menjaga pemakanan beliau, minum air secukupnya.


Ini lah dua vitamin shaklee hebat yang amat disukai Azrin, ESP dan Alfalfa. Dan jika anda juga ingin mempunyai pengalaman sendiri menggunakan produk shaklee untuk membantu misi penyusuan anda, jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian.



Read More

Wednesday, March 19, 2014

// // Leave a Comment

Tips kurus selepas bersalin

Assalamualaikum..

Rasanya semua ibu yang pernah mengandung nak kurus selepas bersalin lebih-lebih lagi mereka yang naik berat badan yang banyak sewaktu mengandung. Maklumlah mengandung.. no more diet.. :-)

Tapi yang menjadi masalahnya apabila bersalin, tolak berat bayi yang lahir, berat yang tinggal amat banyak.. Lemak yang dah menebal kat badan masih kekal.. perut pulak macam ada baby satu lagi kat dalam dan menggeleber.. huhu.. menakutkan dan merisaukan...

Macam mana nak kurus selepas bersalin? Nak diet lebih-lebih, kesian pulak kat baby yang menyusu. Baby perlukan nutrisi yang cukup untuk membesar.



Haa, jom ikuti tips kurus selepas bersalin ni...

  • Jangan skip meals. Banyak kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tengahari dan malam. Anda boleh menggantikan nasi dengan roti wholemeal atau mengambil nasi dalam jumlah yang sedikit. Segenggam nasi mencukupi.

  • Breastfeeding. Menyusukan bayi adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas bersalin kerana menyusu dapat membakar 500 kalori setiap hari. Aktiviti menyusu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi membantu ibu untuk cepat kembali kurus. 

  • Banyakkan minum air masak. Minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan. Setiap berat 25kg bersamaan 1 Liter air masak.

  • Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekal tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner. 

  • Senaman. Walaupun dalam keadaan berpantang tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Anda boleh lakukan senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan dengan stroller atau mendukung bayi anda sudah cukup untuk anda membakar kalori.

  • Disiplin ambil set bersalin. Jika anda mengambil mana-mana set bersalin, pastikan anda mengikut betul-betul cara pengambilan set bersalin pada waktu berpantang. Hal ini kerana dengan pengambilan set berpantang akan membantu anda sihat dan kurus. Nak pilih set bersalin, klik DI SINI.

  • Bertungku dan Berurut. Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.


Read More

Tuesday, March 18, 2014

// // Leave a Comment

Atasi Kulit Gatal Akibat Alergik / Alahan

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share testimoni daripada pengguna produk shaklee yang mengalami masalah gatal pada tangan sehingga luka dan merekah. Menurut kata customer ini, beliau sememangnya mempunyai eczema sebelum ini tapi apabila beliau merujuk doktor untuk masalah tangan beliau yang gatal-gatal dan luka serta merekah, doktor menyatakan beliau mengalami alergik.

jom baca testimoni beliau,

gambar tangan norida

"Salam semua..nak share testimoni sendiri..dekat 5 bulan merana sakit tangan dan gatal2..sampai luka dan merekah.semua klinik pergi..swasta dan kerajaan..tetap x elok.masa pergi klinik nak ambil ubat hilangkan gatal..nurse beri injection smpai saya pengsan..huhu.masa tu masih menyusukan anak dgn susu badan..seksa sangat rasa..baru2 nie try esp + vita c +alfalfa..alhamdulillah..korg boleh tgk result dia sendiri..saya betul2 gembira dengan perubahan sekarang.." - Norida Zara


Alhamdulillah, tangan norida kembali sembuh. Jom lihat suplemen apa yang beliau ambil untuk membantu menghilangkan gatal-gatal dan seterusnya menyembuhkan tangan beliau.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

ESP kaya dengan protein untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan meransang pembentukan semula kulit. Esp juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Sustained Release Vita-C
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan merangsang kolagen untuk mencantikkan kulit. Vitamin C juga membantu melindungi tubuh dan kulit dari kerosakan sel.


Alfalfa
Alfalfa membantu melakukan detox dengan membuang toksin-toksin dalam badan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan


Jika anda mempunyai masalah yang sama dan berminat untuk mendapatkan suplemen diatas untuk membantu kulit anda sihat, boleh hubungi saya segera..


 
Read More

Sunday, March 16, 2014

// // Leave a Comment

Persedian Lelaki Menjadi Bapa Kali Pertama

Assalamualaikum..

Seperti wanita, lelaki juga sebenarnya mempunyai perasaan teruja dan gembira saat diberitakan bakal menjadi Bapa. Perasaan risau, gelisah, gembira dan teruja, semuanya bercampur baur bila saat kali pertama lelaki bergelar Bapa.

Pada saat ini, anda sebenarnya sedang melangkah satu lagi tahap dalam kehidupan iaitu alam keibubapaan. Tetapi bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, rasanya tentu anda tidak sanggup membiarkan segala urusan anak dilakukan oleh isteri tercinta semata-mata. 

sumber google

Jom baca sedikit persediaan yang boleh anda lakukan sebagai bapa...

✔✔ Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nyenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baru lahir.

✔✔ Kejutan kasih sayang. Inilah saat terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

✔✔ Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus mengalah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

✔✔ Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

✔✔ Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

✔✔ Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

✔✔ Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

✔✔ Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

✔✔ Pastikan simpanan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan simpanan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah
Read More

Friday, March 14, 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kerap Letih?

Assalamualaikum..

Rasanya semua orang pernah berasa letih atau penat. Tetapi apakah penyebab yang membuatkan kita berasa letih dan tidak bermaya. Perhatikan gaya hidup kita kerana antara penyebab kita sentiasa letih adalah disebabkan oleh aktiviti harian kita.

Jom baca beberapa sebab dan kenapa kita kerap letih. Jangan rasa letih dan mengantuk pulak bila baca artikel ini .. :-)

tidak cukup tidur
TIDAK CUKUP TIDUR

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas. Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam. Jadikan tidur itu satu keutamaan dengan tidur tepat pada waktunya dan untuk mendapatkan tidur yang lena, jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda. Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder). Sila dapatkan nasihat doktor.


SLEEP APNEA

Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda. Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam. Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar. Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam. Atasinya dengan mengurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan dan berhenti merokok


TIDAK CUKUP TENAGA

Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal. Jangan skip breakfast dan ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan serta makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan


ANEMIA

Anemia sering berlaku di kalangan wanita. Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid. Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda. Atasinya dengan makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang dan ambil suplemen yang mengandungi zat besi


kemurungan

KEMURUNGAN

Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda. Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa. Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, dapatkan nasihat doktor. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan psychoteraphy dan mengambil suplemen atau ubat-ubatan.



HYPOTHYROIDISM

Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda. Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda. Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan


TERLALU BANYAK CAFFEINE

Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana. Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness. Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan. Atasinya dengan mengurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur. Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan


DIABETES

Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga. Atasinya dengan mengubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman dan jaga pemakanan anda dengan mengawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula



DEHYDRATION

Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate. Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja. Dahaga merupakan anda dehydrate. Atasinya dengan kerap minum air sepanjang hari dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari


PENYAKIT JANTUNG

Keletihan merupakan salah satu simptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung. Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor. Anda juga boleh atasinya dengan mengubah gaya hidup anda. Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga


KERJA MENGIKUT SHIFT

Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda. Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun. Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang. Untuk mengatasinya, apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya. Anda perlu jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk. Pengambilan suplemen juga boleh membantu anda.


ALLERGY TERHADAP MAKANAN

Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut. Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan


psst: nak dapatkan suplemen untuk bantu anda bertenaga dan rasa lebih sihat, jom hubungi saya 

Read More

Wednesday, March 12, 2014

// // Leave a Comment

Performance Drink - Minuman Penambah Tenaga Terbaik

Assalamualaikum..

Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar) yang dapat membantu anda menambah tenaga segera serta mengelakkan dehidrasi.

Performance Drink mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran unik karbohidrat. Antara elektrolit yang utama dalam badan kita adalah Sodium ion, Cloride Ion, Magnesium ion, Calcium Ion, Pottassium ion dan fungsinya untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf dan otot-otot badan.

Jadi jika inginkan minuman tenaga yang mengandungi elektrolit dah tentulah Performance Drink adalah minuman yang paling Terbaik. Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

performance drink


Kebaikan & Khasiat Performance Drink
  1. Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat  yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
  2. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
  3. Meningkatkan daya ketahanan badan.Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkn waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  4. Mencegah Penyahhidratan-mengurangkan kehausan,mencegah penyahhidratan,melembabkan kulit dan kelihatan muda
  5. Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  6. Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga.
  7. Kurang kandungan gula (less gular).
  8. Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  9. Hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana saje.Enak dimimum begitu atau bersama minuman lain


Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?

☛ Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain

☛ Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah

☛ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh

☛ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh

☛ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot

☛ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)


Performance Drink ini sesuai diambil ketika:
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah
  • dan lain-lain lagi.

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  • Mereka yang aktif bersukan .
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  • Mereka yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  • Mereka yang kurang minum air.
  • Mereka yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  • Kanak-kanak yang demam.
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)

Nak dapatkan minuman penambah tenaga ini? mudah sahaja, hubungi saya segera!!



Read More

Monday, March 10, 2014

// // Leave a Comment

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang VIVIX?

Assalamualaikum..

Untuk menjawab semua persoalan anda tentang vivix, saya kongsikan disini beberapa soalan yang berkaitan dengan VIVIX Shaklee

Soalan #1: Apa itu Vivix ?

Jawapan: Vivix merupakan tonik campuran polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaikki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE

Soalan #2 : Siapa yang akan beroleh maanfaat daripada VIVIX ?

Jawapan : Sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan badan yang optimum. (Vivix tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu, dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun)



Soalan # 3 : Apa itu resveratrol?

Jawapan: Ia merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan dan buah buahan seperti anggur. Resveratrol mengandungi antioksida yang berpotensi memperbaiki kesihatan. Ujian Makmal menunjukkan resveratrol melawan penuaan sel.

Soalan # 4 : Berapa banyak resveratrol yang terdapat dalam VIVIX?

Jawapan : Setiap hidangan Vivix mengandungi 100mg resveratrol. Ekstrak resveratrol ini mengandungi 98% resveratrol semulajadi. Khasiat vivix ditambah dengan anggur muscadine, satu satunya anggur dengan kromosom ekstra.



Soalan #5 : Apa itu polifenol?

Jawapan : Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksida dan kebaikkan anti-penuaan.

Soalan #6 : Adakah VIVIX sejenis produk antioksida?

Jawapan : Ya. Vivix mengandungi polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.

Soalan # 7 : Adakah VIVIX sejenis minuman jus dan apa beza VIVIX dengan produk yang terdapat di pasaran?

Jawapan: Tidak. Vivix merupakan tonik kesihatan eksklusif yang mengandungi resveratrol tulen dan ekstrak polifenol yang mempunyai manfaat yang banyak. Campuran polifenol ini  telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.

Soalan # 8 : Bagaimanakah pengambilan VIVIX?

Jawapan : Ia boleh diambil setiap hari, selepas sarapan atau makan tengahari. Goncang sebelum digunakan. Jumlah pengambilan adalah 1 sudu teh setiap hari.

Soalan # 9 : Boleh atau tidak saya mengambil VIVIX lebih daripada 1 sudu teh setiap hari?

Jawapan : Berdasarkan kajian terbaru, tiada manfaat tambahan dengan mengambil Vivix lebih daripada 1 sudu teh sehari seperti yang dicadangkan.

Soalan # 10 : Bolehkah saya mengambil VIVIX bersama supplemen Shaklee yang lain?

Jawapan : Ya. Boleh. Ia memberi kesan yang lebih baik bila diambil bersama sama. Walaubagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaikki DNA.

Soalan # 11 : Apakah maanfat vivix yang terbukti keberkesanannya?

Jawapan : Vivix terbukti berkesan untuk :

JANTUNG, HATI & DARAH.

[1] Menurunkan tekanan darah,
[2] Mengawal paras gula, bantu pesakit diabetes,
[3] Membantu pesakit strok,
[4] Membantu pesakit jantung,
[5] Mengurangkan lemak dalam darah,
[6] Mengurangkan asma dan alergi
[7] Kesihatan sel

KANSER & TUMOR
[1] Melawan & mencegah kanser
[2] Anti keradangan
[3] Halang pertumbuhan tumor
[4] Membantu pulihkan sel rosak akibat kimoterapi

KESIHATAN SEKSUAL & HORMON
[1] meningkatkan tenaga
[2] meningkatkan hubungan intim
[3] meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma
[4] meningkatkan kesihatan prostat
[5] menstabilkan hormon estrogen
[6] membantu masalah mati pucuk

KESIHATAN EMOSI & OTAK
[1] anti-depresi
[2] Menguatkan ingatan
[3] Membantu masalah Alzheimer
[4] Membantu imsomnia

MATA, RAMBUT & TULANG
[1] Menguatkan tulang
[2] Bantu pulihkan arthritis
[3] Memperbaiki glaucoma & rabun
[4] Mengurangkan rambut uban dan keguguran rambut

ANTI-PENUAAN & KECANTIKAN
[1] Meningkatkan tenaga
[2] Memutih & mengurangkan pigmentasi
[3] Melambatkan penuaan
[4] Mengurangkan tanda penuaan dan kedut
[5] Memberikan kulit yang lebih tegang & gebu

KHAS
[1] perokok
Soalan # 12 : Adakah VIVIX mengandungi Alkohol?

Jawapan : Tidak. Vivix Shaklee disahkan halal oleh JAKIM.

Soalan # 13 : Berapakah jangka hayat VIVIX?

Jawapan : Vivix tahan selama 9 bulan.

Soalan #14 : Mengapa perlu disejukkan selepas dibuka?

Jawapan : Ini adalah untuk membantu mengekalkan kesegaran optimum, warna dan aktiviti polifenol yang maksimum dalam Vivix. Botol yang belum dibuka juga perlu disejukkan.

Soalan # 15 : Jika diminum mengikut cadangan pengambilan, berapa lamakah VIVIX mampu bertahan?

Jawapan : 2 bulan.

Soalan # 16 : Berapakah harga VIVIX?

Jawapan : Harga runcit Vivix adalah RM475 satu botol. Tapi saya sangat menggalakkan anda mendaftar sebagai ahli shaklee untuk menikmati vivix pada harga ahli yang lebih jimat.

Yuran keahlian hanya RM65 sahaja untuk SEUMUR HIDUP. Pembelian 2 botol Vivix, melayakkan anda mendapat keahlian PERCUMA dan Cash rebate pada bulan hadapan.


Jika anda berminat untuk menjadi ahli shaklee, saya amat alu-alukan anda mendaftar bersama saya. InsyaAllah saya akan membantu anda dan memberikan konsultasi yang terbaik


Read More

Wednesday, March 5, 2014

// // Leave a Comment

8 KEBAIKAN MEMAKAN BAWANG PUTIH

Assalamualaikum..

Bawang putih memang banyak digunakan dalam masakan. Rasanya tak sah kalau memasak tak letak bawang putih. Mungkin ramai yang belum tahu akan khasiat bawang putih ini. Selain memberikan aroma dan menyedapkan masakan, bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri dan ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih boleh mengurangkan risiko strok , kanser dan mengurangkan kolesterol.

 Berikut adalah kebaikan memakan bawang putih :

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

sumber: http://drezairy.com/


GARLIC SHAKLEE

Di Shaklee, khasiat bawang putih boleh didapati dalam bentuk tablet. Malah khasiatnya tidak kurang daripada bawang putih yang kita gunakan dalam memasak.


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

  • Pengekalan 100% Allicin aktif
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.




Khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE

  • Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
  • Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma
  • Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
  • Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi 
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Membantu menurunkan paras kolesterol 
  • Melindungi Jantung 
  • Menghalang Strok 
  • Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine 
  • Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Berminat nak dapatkan Garlic Shaklee, boleh hubungi saya.

Read More

Monday, March 3, 2014

// // Leave a Comment

Jadi Ahli Shaklee PERCUMA

Assalamualaikum...

waaa..kalau bab-bab PERCUMA, sume orang suka dan semua orang mahu. Memang ramai yang nak jadi ahli shaklee tapi macam mana nak jadi ahli shaklee secara PERCUMA je. 

Sebenarnya tak susah pon nak dapatkan keahlian shaklee secara Percuma.. yang penting anda tahu caranya dan boleh la terus minta didaftarkan dengan Percuma.. dah jimat RM65 kat situ.

Dah la jimat RM65 untuk daftar, shaklee bagi lagi bonus atau cash rebate pada mereka yang daftar keahlian shaklee secara Percuma. Untung kannn.. 



Jadi Bagaimana Nak Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma?

  • Beli mana-mana produk shaklee bernilai at least RM660 atau bersamaan 200uv
          ATAU
  • Beli 2 botol Vivix
          ATAU
  • 3 kotak Shaklee Collagen Powder

Jika anda dah ada list barang yang nak, tapi tak pasti sama ada cukup atau tidak untuk melayakkan anda dapat keahlian Percuma, boleh hubungi saya 017-3613604 (Norasiah) untuk kita buat kira-kira yang mudah dan cepat.

Tapi jika anda hanya nak beli satu je produk dan memandangkan nak dapat free membership perlukan belian RM660, rasa macam banyak lak nak kuarkan duit. Jangan risau, caranya mudah sahaja... boleh kumpul order dari kawan-kawan atau sedara mara atau adik beradik yang inginkan produk shaklee. Then bila dah cukup, boleh la membuat belian dan mendaftar. 

Untuk memudahkan anda mendaftar, anda boleh hubungi saya  017-3613604 (Norasiah) dan saya akan daftarkan anda dengan mudah dan cepat.

Tapi jika anda berminat untuk mendaftar sendiri di branch shaklee terdekat, anda boleh menggunakan ID Norasiah (893712) sebagai sponsor Id. Jangan lupa hubungi saya 017-3613604 (Norasiah) supaya saya dapat membantu anda selepas anda mendaftar dibawah kumpulan saya baik dari segi cara pengambilan vitamin mahupon cadangan suplemen yang sesuai untuk kesihatan.

InsyaAllah saya akan membantu dan memberikan konsultasi yang terbaik buat anda, tidak kiralah sama ada anda menjadi ahli untuk makan sendiri atau berbisnes.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...