Monday, April 28, 2014

// // 1 comment

Tips Penjagaan Kulit Berminyak

Assalamualaikum...

Kulit wajah berminyak memang mengundang kepada kehadiran jerawat. Nak tau kulit muka kita berminyak atau tidak.. cuba calit jari dimuka atau cuba lihat dicermin adakah muka kelihatan bersinar dan berminyak tak.

Kulit berminyak sebenarnya disebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum. Kawasan wajah yang biasanya kelihatan berminyak adalah dalam kawasan T-zon (kawasan dahi, hidung, dan dagu). Keadaan ini bukan sahaja membuatkan kulit nampak minyak dan bersinar, tetapi juga boleh menyekat liang roma dan menyebabkan jerawat.


Bagaimana nak Menjaga Kulit Berminyak?

Ada beberapa tips untuk menjaga kulit muka yang jenis berminyak. Jom baca dan praktikkan langkah-langkah mudah ni.


  • Jangan overwash. Ini bukan satu isu kebersihan, jadi basuh lebih kerap tidak akan membantu. Apabila anda mencuci atau mandi, gunakan air suam (tidak panas) dan pembersih yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Carilah produk yang lembut yang mengandungi gliserin atau asid salisilik, yang boleh membantu menjaga liang pori pada wajah anda. Elakkan pembersihan “susu”, yang mengandungi lemak yang boleh menjadikan kulit berasa lebih berminyak.

  • Pertimbangkan retinoids. Bercakaplah dengan ahli dermatologi anda mengenai ubat-ubatan yang mengurangkan pengeluaran minyak.

  • Kering sebelum anda meletakkan sebarang krim pada wajah. Biarkan kulit benar-benar kering sebelum meletakkan pelembap supaya anda tidak menyumbat liang pori wajah.

  • Produk bebas minyak. Perkara terakhir yang kulit anda perlukan adalah minyak tambahan, jadi memilih produk penjagaan kulit dan kosmetik bebas minyakPastikan semua produk bebas wangian dan tidak merengsa juga.

  • Melembap. Jika kulit anda perlu pelembap, pastikan anda menggunakan produk pelembap yang ringan dan juga bebas minyak.

  • Pakai pelindung matahari. Spektrum luas dengan Faktor Perlindungan Matahari (SPF) sebanyak 15 atau lebih tinggi adalah baik untuk mereka ang mempunyai kulit yang berminyak. Pastikan anda pakai pelindung matahari selalu ya.

  • Blotter ( kertas minyak ) . Simpan set kertas penyerap minyak dan pakai apabila anda merasa minyak di muka anda sudah mulai terasa.


Selain daripada tips di atas, kita juga perlu menjaga pemakanan. Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi-jadi. Jadi, jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak dan minum air dengan banyak setiap hari.


Dapatkan juga produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit. Set Enfuselle Skin Care (Normal to Oily Skin) sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif.

set penjagaan kulit berminyak

Set ini mengandungi:-


1. Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3. Balancing Moisturizer

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

4. Eye Treatment

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.


Untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Enfuselle ini, boleh hubungi saya,


Read More

Thursday, April 24, 2014

// // Leave a Comment

Wanita Tak Suka Minum Susu

Assalamualaikum..

Wanita tak suka minum susu? siapakah itu.. adakah saya.. atau anda yang sedang membaca blog saya ini. Sebenarnya dulu saya sendiri tak suka minum susu lebih-lebih lagi susu yang plain. Tak boleh nak telan saya jika putih camtu jer..

Tapi bila mengandung, susu menjadi satu minuman yang sangat penting bagi saya dan nurse pun asyik bertanya minum susu ke tak. Benarlah, apabila kita sayangkan seseorang, kita sanggup berubah dan melakukan apa sahaja dan itulah yang terjadi. Kerana sayangkan anak di dalam kandungan, saya sanggup minum susu walaupun loya tekak...sanggup telan segala vitamin yang klinik bekalkan walaupun saya ni penakut makan pil. Kerana apa? kerana kita nak yang Terbaik buat insan yang Tersayang.

Kenapa kita nak kena minum susu ini? Tak minum susu, tak boleh ker? Sebenarnya ramai jer wanita diluar sana yang tak suka minum susu.. tapi diorang kreatif skit, diorang ambil pil kalsium.. maklumlah saya pada masa tu tak tau apa-apa pasal suplemen ni apatah lagi pil kalsium. Jadi terpaksalah saya minum susu.

Ye Kalsium..komponen yang penting di dalam susu. Taknak minum susu boleh jer tapi kenalah ambil makanan yang tinggi kalsium untuk bekalkan kalsium pada badan. Contohnya makan keju, tauhu, yogurt, pisang dan macam2 lagi.

Sebenarnya kalsium ni bukan penting untuk wanita hamil jer. Semua peringkat umur sangat perlukan kalsium. Sebab itulah dari kecil kita minum susu dan sepatutnya diteruskan sehingga dewasa untuk menguatkan tulang.

Apa yang penting sangat kalsium ni? Kalau kurang kalsium apa jadi?
  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

Jadi bila kekurangan kalsium memanglah banyak masalah yang timbul. Paling ketara bagi saya, selalu kejang lebih-lebih lagi ketika mengandung. Sakit pinggan tu memang biasa la kan..

Tapi sekarang dah lebih mudah...alternatif untuk susu bagi saya adalah OSTEMATRIX SHAKLEE.. telan jer pil kalsium ni.. senang..


OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

PENTING! Pastikan pil Kalsium yang anda ambil mengandungi Magnesium juga. Kerana, mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Untuk dapatkan pil kalsium ini untuk bekalan harian, jom hubungi saya..

Read More

Wednesday, April 23, 2014

// // Leave a Comment

Meriahnya Master Celebration

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan saya untuk ke Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan Master Azrin & Azmie di Master Celebration di Pullman Putrajaya pada 19 April 2014. Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya menghadiri majlis sebegini. Kali pertama adalah Master Celebration Herny dan uplinenya di Penang. 

Saya mula jatuh cinta untuk menghadiri majlis sebegini selepas menghadiri Seminar Bangkit yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Sejak hari tersebut saya terbuka hati untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Sebenarnya di majlis beginilah kita mendapat aura-aura positif dan semangat kerana kita dikelilingi oleh insan-insan yang hebat dan berjaya.

Untuk Berjaya, kita perlu berkawan dengan orang yang Berjaya dan menjadi Positif, kita mesti berkawan dengan mereka-mereka yang Positif. Itu lah antara pesan DAO sewaktu seminar Bangkit. Alhamdulillah saya cuba praktikkan. 

Sebenarnya itulah niat sebenar saya untuk menghadiri majlis seperti Master Celebration ini...untuk mendapatkan aura positif dan semangat. Kerana kita hanya manusia, ada turun naiknya.. sesekali kita rasa down..sesekali kita rasa kuat. Dengan dikelilingi orang-orang yang Hebat dan Berjaya, kita akan rasa lebih bersemangat. Dan itu lah yang saya rasakan. 

Apabila melihat Master Azrin & Azmie di atas pentas menerima penghormatan, saya tidak malu mengatakan yang suatu hari nanti saya pasti akan berada di tempat itu juga dan saya membayangkan diri saya dan suami di atas pentas untuk diraikan. Doakan saya ye kawan-kawan... 

Antara pesanan Master Azrin pada petang itu..

~ Dont Limit Your Imaginations!
~ Close the Magic Sliding Door!
~ Respect Others!

dan beliau amat menekankan yang business shaklee ini adalah biz family.. sebab itulah kebanyakkan majlis boleh dihadiri anak-anak dan suami. Sokongan suami juga amat dititikberatkan.

Sebenarnya banyak yang dikongsikan beliau yang boleh dijadikan panduan di dalam busines shaklee. Yang paling best part Pemilik Tulang Rusukku yang mana si isteri memberikan ucapan terima kasih khas buat suami masing-masing. So sweet.. 

Jom layan gambar sekitar majlis,

 bergambar bersama geng group OMS yang hebat

 bersama dua wanita hebat shaklee.. kak najihah dan mama wardah

 sempat bergambar dengan VICTOR LIM, PRESIDENT Shaklee malaysia

 bergambar bersama Master Azrin yang diraikan 

Sesungguhnya saya bertuah kerana berada dikalangan mereka-meraka yang HEBAT ini dan menjadi sebahagian daripada anak didik MamaRin..panggilan kami buat Master Azrin. Dan saya sangat berbangga kerana berada di dalam kumpulan ini.. OSF, DBTS, SS dan OMS.. group yang penuh INSPIRASI dan SEMANGAT.

Ingin menjadi sebahagian daripada KAMI?? jom....


Read More

Tuesday, April 22, 2014

// // Leave a Comment

Gathering Group DBTS dan OMS

Assalamualaikum...

Wah ada gathering2 bagai dalam shaklee. sebenarnya ini adalah inisiatif ahli kumpulan kami sendiri supaya kami dapat bersua muka dan berkenal-kenalan. Maklumlah selama ini hanya berkomunikasi di alam maya sahaja.

Sebenarnya gathering ini diadakan pada malam 18hb April...sehari sebelum Master Celebration Mama Azrin. Tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan diantara ahli-ahli shaklee di dalam group Dream Becomes True Shaklee (DBTS) dan Oh My Shaklee (OMS). Tuan punya rumah adalah Kak Mah iaitu anak kepada kak long saya Kak Najihah..

Meriah sungguh gathering ini walaupon ada yang sampai lambat gara-gara tersesat jalan..hehe.. Majlis yang simple dengan menu pot luck dan siap berbbq lagi. Thanks pada suami-suami yang sporting pada malam tu.. tolong jaga anak la.. tolong bakar ayam la dan yang penting tolong support isteri dalam bisness shaklee.

Yang paling best saya dapat berjumpa face to face dengan susur galur saya di dalam shaklee... iaitu bermula dengan upline saya sendiri ummi Mai, diikuti mama Wardah, ibu Siti Noriza dan yang paling tak sangka.. nanny kami,  Master Lyna Noh dan Master Zainul pun turut hadir. Mama Azrin pula tidak dapat hadir kerana anaknya tidak sihat. Walau apapun memang happening pada malam tu dengan acara tukar-tukar hadiah bagai.. best sangat.. rasa sangat bertuah kerana berada di dalam kumpulan bisness yang TEPAT.

Walaupun masing-masing baru kali pertama bersua muka tapi ikatan persahabatan tetap erat kerana kami telah saling dikenal di alam maya dan berkongsi ilmu. Inilah yang BESTnya di dalam kumpulan kami.. Sentiasa berkongsi ilmu dan pandangan masing-masing. Masing-masing humble walaupun sudah berada di rank yang teratas.

Jom layan gambar sekitar majlis.. majlis ni bukan formal tau..


bersama ummi Mai aka upline aka my best friend

sesi makan-makan





bersama Master Lyna dan Master Zainul

sesi tukar hadiah

santai-santai makan

semua yang hadir

hadiah daripada upline2 yang baik hati dan pemurah


Kalau anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan kami, jemput2 lah hubungi saya.. kita boleh bercerita dengan lebih panjang lebar.

Read More

Friday, April 18, 2014

// // Leave a Comment

7 Makanan Terbaik Untuk Otak Anak

Assalamualaikum...

Anak-anak yang membesar memerlukan nutrisi yang seimbang dan mencukupi untuk membantu mereka kekal sihat dan bijak. Tahap kemampuan berfikir seorang anak umumnya dipengaruhi oleh jenis makanan yang dimakan setiap hari. Perlu diketahui, makanan yang dimakan tersebut akan berpengaruh dalam meningkatkan kemampuan otak.

Berikut ini beberapa makanan yang diketahui boleh meningkatkan kemampuan otak seorang anak:

7 Makanan Terbaik Untuk Otak Anak

1. Bijirin

Semangkuk bijirin sebagai sarapan pagi adalah sangat bagus untuk anak-anak. Namun harus berhati-hati dalam memilih bijirin kerana kini terdapat banyak bijirin yang mengandungi sekitar 50% gula dengan sedikit sahaja serat, vitamin, dan mineral.


2. Telur

Telur kaya akan protein, vitamin A (untuk penglihatan), vitamin D (untuk pertumbuhan tulang), vitamin E (untuk mencegah penyakit), dan vitamin B12 (untuk membentuk sel darah merah). Kuning telur mengandungi lecithin yang dianggap penting sebagai makanan otak, yang bersifat baik untuk daya ingat dan konsentrasi kerana mengandung zat besi yang penting bagi fungsi otak.


3. Buah kiwi

Buah kiwi mengandungi vitamin C dua kali ganda berbanding buah oren dan sebiji kiwi akan memberikan keperluan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C penting untuk menyerap zat besi daripada dalam makanan. Kerana vitamin C tidak boleh disimpan dalam tubuh, maka anak-anak perlu mengambil makanan yang kaya akan vitamin C untuk memenuhi keperluannya sehari-hari.


4. Buah pisang

Pisang adalah sumber karbohidrat dengan kandungan tenaga yang baik. Memakan sebiji pisang akan membantu anak menjaga tahap tenaga dan tumpuannya sepanjang hari.


5. Buah-buahan kering

Cubalah untuk mengenalkan buah-buahan kering pada anak-anak, sebagai puding atau snack ditengah hari. Buah-buahan yang kering sangat kaya akan zat besi dan juga sumber tenaga.


6. Minyak ikan

Beberapa jenis asid lemak tidak dihasilkan di dalam tubuh dan harus diperolehi dari makanan. Lemak menjadi komponen utama otak. Perlu diketahui, sebahagian besar otak terdiri daripada asid lemak yang berperanan penting dalam fungsi sel-sel otak.


7. Keju

Keju adalah makanan yang kaya akan zat pemakanan, protein, dan kalsium yang bersifat baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Keju juga bersifat baik untuk gigi anak kerana dapat membantu meneutralkan asid penyebab kerosakan gigi.


psst: nak dapatkan suplemen minyak ikan untuk anak-anak... hubungi saya

Read More

Thursday, April 17, 2014

// // Leave a Comment

Lecithin Bantu Pelajar Lebih Fokus

Assalamualaikum...

Lecithin merupakan salah satu produk yang terdapat di dalam Set Brilliant Shaklee. Set ini khas buat para pelajar yang ingin kesihatan yang lebih baik dan hebat untuk membantu mereka mencapai kejayaan di dalam pembelajaran.

Ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk fokus di dalam kelas. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan pelajar tidak fokus di dalam kelas. Antaranya adalah kerana mengantuk, tidak sihat, mengalami gangguan emosi dan macam-macam lagi. Keadaan ini boleh menganggu prestasi pembelajaran mereka.

Lecithin Bantu Pelajar Lebih Fokus


Bagaimana Lecithin Bantu Lebih Fokus?

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya NON GMO. Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 530mg soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf dan soya lecithin merupakan sumber utama bagi kolina. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine sangat penting untuk fungsi otak seperti berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalan Acethylcholine mencukupi, fungsi tersebut dapat dilakukan dan jika tidak fungsi itu akan tergugat. 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.


Lecithin ni tak dihasilkan oleh badan jadi kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Jadi amat penting pelajar mengambil makanan yang mengandungi lecithin seperti kuning telur, kacang soya, bijirin, gandum, ikan, kekacang , yis dan kacang , serta hati, jus anggur dan kubis.
 
Walau bagaimanapun, jika sukar untuk dapatkan lecithin di dalam diet, saya sangat syorkan Lecithin Shaklee ini. Ianya Selamat, Semulajadi dan Halal.

Jom hubungi saya untuk dapatkan Lecithin Shaklee.. hanya RM52.50 sahaja..terdapat 180 biji capsul.



Read More

Wednesday, April 16, 2014

// // Leave a Comment

Jom Jadi Suri Rumah Berpendapatan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pada Allah diatas rezekiNya. Semalam ramai yang update status pasal Bonus Shaklee termasuk saya. Sebenar ramai juga yang dapat bonus Shaklee lebih awal iaitu pada 14hb lagi tapi mungkin turn saya pada 15hb..Bestnya..jadi Suri Rumah pon ada Pendapatan atau gaji tiap-tiap tengah bulan.

Itu lah yang bestnya Shaklee ni.. dapat bonus time tengah bulan.. yang mana duit gaji pun mula nak kering. Walaupun saya hanya surirumah sepenuh masa, bonus yang dapat ini sekurang-kurangnya dapat saya gunakan untuk membantu perbelanjaan rumah. Selain itu, dapatlah pegang duit sendiri kan..

Suri rumah Berpendapatan? Ramai sebenarnya yang mengimpikan menjadi WAHM (Work at home mother) dan ramai juga yang telah berjaya. Ramai ibu-ibu yang sanggup mengorbankan kerjaya masing-masing semata-mata untuk menjaga sendiri anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan macam-macam kes yang melibatkan kematian bayi ditempat asuhan atau nursery. Sape yang tak sayang anak ooiiii... sembilan bulan dalam perut, ke hulur ke hilir bawa perut pastu sakit bersalin melahirkan, ramai yang mula rasa cemas dengan berita-berita menyayat hati ini. 

Kalau diberi pilihan memang ramai akan memilih untuk menjaga anak sendiri begitu jugalah saya... :-) Saya memilih jalan ini kerana Allah dan mereka yang saya sayangi. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Shaklee sebagai kerjaya. Memudahkan lagi niat saya menjaga anak-anak dan suami. 

Dengan menjadi Pengedar Sah Shaklee, saya tak perlu meninggalkan anak-anak kerana segalanya boleh dibuat dirumah sahaja. Sistem online memudahkan lagi urusan saya. Kalau malas ke branch, saya hanya order menerusi sistem online dan pihak shaklee boleh terus pos kepada customer saya. Tapi biasanya saya ke branch, dengan anak-anak. Lagipun saya pandai memandu, jadi tiada masalah.

Tapi jika anda berminat nak jadi Pengedar Sah Shaklee, jangan la pula pening kepala fikir nak kena pergi branch sebab tak semua negeri ada branch shaklee. Ramai yang buat order menerusi sistem online dan barang selamat sampai pada customer dan kalau nak dihantar pada diri sendiri pun tiada masalah. Mudahkan.. jimat masa dan tenaga..:-)

Oleh itu, jom lah suri rumah semua, mulakan langkah pertama untuk mendapatkan pendapatan walaupun berada di rumah. Jangan biarkan orang memandang kita seperti goyang kaki duduk dirumah walaupun hakikatnya kerja suri rumah ibarat kerja 24 jam. Ingatlah suri rumah adalah pekerjaan yang paling Mulia disisi Allah. 

Jika anda berminat nak jadi suri rumah yang berpendapatan dengan menjadi Pengedar Sah Shaklee, saya sangat alu-alukan anda menghubungi saya 0173613604 (Norasiah) dan kita boleh bercerita dengan lebih detail. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja untuk seumur hidup...tak perlu pening-pening fikir modal besar.. sebabnya yuran tu sahaja yang perlu kita bayar.. yuran rm65 inilah ibarat modal kita.

Dengan menjadi ahli shaklee bersama saya, InsyaAllah saya bersama-sama kumpulan saya akan bantu anda untuk menjana pendapatan dalam shaklee. Yang penting anda Mahu Berjaya dan Mahu Berusaha.

Hubungi saya ye.. 


Read More

Tuesday, April 15, 2014

// // Leave a Comment

Nak Beli Shaklee dengan HARGA AHLI

Assalamualaikum...

Saya pernah di datangi pm daripada peminat produk Shaklee yang ingin membeli produk Shaklee pada Harga Ahli. Dalam hati terfikir adakah dia ingin menjadi Ahli Shaklee, tetapi rupanya tidak.

Sebenarnya HARGA AHLI produk Shaklee adalah hanya untuk mereka yang menjadi PENGEDAR SAH SHAKLEE sahaja. Dan keuntungan dengan menjual Harga Runcit sememangnya hak Pengedar Shaklee. 

Bermula April 2014 pihak Shaklee telahpun memperketatkan undang-undang kepada semua Pengedar Shaklee mengenai larangan menjual produk Shaklee pada harga ahli kepada semua customer. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pasaran Shaklee terganggu. Dan jika ada yang didapati melanggar peraturan ini, keahlian mereka sebagai Pengedar Sah Shaklee boleh ditamatkan.

Sekiranya anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI (member/distributor price), anda hendaklah berdaftar sebagai AHLI (sebagai consumer) atau PENGEDAR SAH (untuk mereka yang ingin berbisnes). Sekiranya anda tidak berdaftar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk SHAKLEE pada HARGA AHLI, anda harus membayar pada HARGA RUNCIT (retail price). 

beli shaklee dengan harga ahli

Alhamdulillah dengan kuatkuasanya larangan ini, ramai peminat tegar shaklee yang mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Sebenarnya dengan hanya RM65 sahaja, anda sudah boleh menikmati kesemua produk Shaklee pada Harga Ahli. Murah sahaja!! dan pendaftaran adalah SEUMUR HIDUP, sekali bayar sahaja. 

Selain mendapat penjimatan harga sehingga 25%, banyak lagi manfaat lain yang anda boleh perolehi dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Antaranya, menikmati promosi yang ditawarkan oleh pihak shaklee setiap bulan. Contohnya bulan ni promo Ostematrix Buy 6 Free 1.  Kalau anda memang peminat tegar Ostematrix, tentulah anda tidak akan melepaskan peluang mendapatkan oste sewaktu promosi ini.. dah dapat oste 1 free dah..

Kalau nak bisness pula, ada macam-macam bonus yang akan anda dapat. Sebenarnya ramai yang asalnya menjadi Ahli Shaklee untuk makan sendiri je tetapi akhirnya terjebak menjual produk shaklee pula. Sebabnya mula rasa seronok kerana mendapat bonus daripada hasil belian produk shaklee. Daripada 2 angka, 3 angka, 4 angka dan seterusnya anda yang tentukan dengan usaha anda.

Oleh itu, jom lah mendaftar menjadi ahli shaklee yang sah. Murah jer.. RM65 sahaja...pastu selamanya anda boleh membeli dengan harga ahli. Jimattt...

Nak daftar dengan saya?? Sangat boleh.. nak biz atau nak makan sendiri sahaja pon boleh.. insyaAllah saya akan bantu. Hubungi saya segera dan saya akan segera daftarkan anda..


Read More

Monday, April 14, 2014

// // Leave a Comment

Pengedar Shaklee Bayan Lepas, Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Sebenarnya sudah setahun lebih saya menjadi Pengedar Shaklee di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bukan setakat di Bayan Lepas, saya juga membuat penghantaran produk Shaklee bagi mereka-mereka yang berada berdekatan seperti Bayan Baru, Batu Maung, USM Sungai Dua, Bukit Jambul dan juga Georgetown

Alhamdulillah rezeki saya ada dalam Shaklee malah saya bukan sahaja menjadi Pengedar Shaklee di Bayan Lepas, saya juga membuat pengeposan diseluruh Malaysia. Saya juga mempunyai customer daripada Brunei. Sebenarnya anda boleh mendapatkan produk Shaklee walau dimana sahaja anda berada seperti Indonesia, Singapore dan sebagainya. 

Shaklee mempunyai pelbagai rangkaian produk kesihatan sebenarnya, tidak terhad kepada makanan tambahan dan vitamin sahaja. Shaklee juga menawarkan produk untuk kesihatan kediaman dan kecantikan.

Kesemua produk shaklee menawarkan kearah kesihatan yang lebih baik untuk kehidupan kita. Terdapat pelbagai cadangan vitamin untuk kesihatan seperti :-

  • Anti-oksidan
  • Anti-Penuaan
  • Kesihatan Wanita
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Keluarga
  • Kesihatan Sendi
  • Kesihatan Penghadaman
  • Nutrisi untuk Kanak-kanak
  • Pengurusan Berat Badan (nak kurus dan nak tambah berat)
  • Penjagaan Rambut
  • Penjagaan Kecantikan
  • Penjagaan Kediaman

Jika anda ingin mendapatkan mana produk kesihatan di atas secara Cash on Delivery, boleh hubungi saya 017-3613604 (Norasiah) dan kita boleh aturkan pertemuan dimana-mana tempat yang mudah. Saya tahu ramai yang nak jimat kos pos rm6 atau rm9, jadi jangan segan-segan untuk menghubungi saya. 

Dan jika nak jimat lagi... tentulah kena Menjadi Ahli Shaklee. Hanya dengan pendaftaran RM65 sahaja Seumur Hidup, anda dapat menikmati harga lebih jimat iaitu Harga Ahli. Nak daftar camana?? Hubungi sahaja saya dan saya akan uruskan pendaftaran dan Starter Kit akan dihantar ke tempat anda. 

Oklah, buat mereka di sekitar Bayan Lepas, jangan lepaskan peluang mendapatkan rangkaian produk Shaklee dengan saya. Saya hanya berada di Kem Sungai Ara. Nak singgah ambil barang depan kem pun boleh..sebab ramai juga yang buat camtu, balik keje singgah ambil barang shaklee ngan saya. Mudah kan...

Boleh hubungi saya di rangkaian ini,

Read More

Friday, April 11, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Pelajar

Assalamualaikum...

Dulu sewaktu belajar tak pernah terfikir pula nak amalkan vitamin. Lagipun pada masa tersebut saya belum terdedah tentang kepentingan vitamin kepada badan. Tapi pada zaman sekarang, sudah ramai pelajar yang mula mengamalkan vitamin dan mengetahui kepentingan vitamin untuk membantu mereka bukan sahaja cergas malah lebih fokus dan bijak.

Kenapa pelajar perlukan vitamin atau makanan tambahan?

Untuk mencapai kejayaan, ramai pelajar kerap menghadapi masalah kesihata, antaranya:-
  • tekanan atau stress
  • kurang tidur atau mengantuk
  • lemah daya ingatan
  • sakit kepala dan migrain
  • kurang tumpuan
  • keletihan dan sakit badan

Pemasalahan kesihatan ini boleh mengganggu prestasi pembelajaran mereka. Oleh itu, pengambilan vitamin dalam diet harian, insyaAllah dapat membantu mereka lebih sihat dan cergas.


Apakah vitamin yang sesuai untuk pelajar?

Terdapat beberapa vitamin yang boleh diamalkan oleh pelajar seperti esp, b complex dan omega guard. Apakah kebaikan vitamin ini pada pelajar? jom kita lihat satu persatu.


vitamin untuk pelajar

[ ESP ]
  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari.


[ B COMPLEX ]
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Memberikan tenaga dan mengelakkan mengantuk.


[ OMEGA GUARD ]
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard  merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard  menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Banyak kebaikan vitamin ini kepada pelajar dan untuk mendapatkan vitamin ini, boleh hubungi saya segera.


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Garlic Bantu Legakan Batuk

Assalamualaikum...

Salah satu petua yang saya baca untuk membantu menghilangkan batuk adalah dengan menggunakan bawang putih. Caranya dengan membakar bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Atau boleh juga ditumbuk lumat dan dimasukkan di dalam air dan diminum.

Sebenarnya saya memang tak berapa suka makan bawang putih. Bagi saya bawang putih hanya sebagai penambah perisa masakan, tetapi kalau nak suh saya makan bawang putih tu, memang tak tertelanlah saya melainkan jika terpaksa.

Tetapi disebabkan batuk yang berlanjutan sehingga menganggu tidur dan kerja harian, ditambah dengan sakit kepala serta sakit bahagian perut, menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain selain minum ubat batuk setiap hari. Memandangkan segala usaha saya untuk melegakan batuk tidak berkesan, saya mencuba juga petua di atas...:-)

Tetapi apa yang bestnya, saya tidak la perlu nak bakar atau tumbuk bawang putih untuk dimakan atau diminum, sebaliknya perlu telan je tablet Garlic Shaklee. Dengan hanya 2 biji Garlic diambil selepas makan, alhamdulillah batuk beransur pulih.

Sebenarnya saya ambil garlic pada waktu malam, jadi malam tu tidur saya sangat lena, tiada lagi batuk yang menganggu. Alhamdulillah syukur sangat.


Bagaimanakah Garlic bantu legakan batuk?

Sebenarnya bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan selamat untuk diambil untuk kegunaan jangka masa panjang. Ia bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, batuk, kulat, kuman, virus, dan yis candida.


Terdapat banyak lagi manfaat garlic ini, antaranya

  • Mengandungi spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman,fungsi jantung.
  • Menghalang alergi - hidung yang sensitif, alergi, asthma, selsema, hepatitis
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - seperti kembung perut, gastric dan ketidakhadaman.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolesterol - LDL,trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok dan penakit koronari.
  • Menstabilkan glukos 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Garlic ini, boleh hubungi saya,



Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, April 10, 2014

// // Leave a Comment

Zinc Penting Untuk Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum...

Zinc Complex sebenarnya bukanlah untuk lelaki semata-semata sebaliknya wanita juga perlukan zinc. Tetapi pada hari ini saya ingin kongsikan kebaikan Zinc Complex khas buat lelaki lebih-lebih lagi yang telah bergelar Suami. 

Kenapa saya tumpukan kepada 'suami'? Ini kerana apabila anda telah bergelar suami, tentu anda punya peranan dan tanggungjawab terhadap isteri dan pastinya anda juga ingin bergelar 'Ayah'. 

Keperluan Zinc Complex adalah sangat berkait rapat tentang Kesuburan Lelaki. Ini kerana zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain dan memainkan peranan yang sangat penting dalam organ seks lelaki. Sebab itulah lelaki sangat perlukan zinc.


Apakah Kebaikan Zinc Untuk Kesuburan Lelaki?


zinc untuk kesuburan lelaki


1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan Tahap Testosteron

Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.


2. Meningkatkan Motiliti Sperma

Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat dan  mampu untuk bergerak dengan pantas untuk disenyawakan oleh ovum. Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat penting untuk membantu meningkatkan kekuatan sperma anda. 




3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi. Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang atau makanan lauk seperti tiram dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.


4. Membantu Fungsi Tiroid

Zinc merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism. Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.


Sebenarnya banyak lagi kebaikan zinc buat lelaki seperti mempertingkatkan sistem imun, memperbaiki radang kulit dan  mempercepatkan pemulihan luka. Zinc juga membantu mengelakkan botak kerana zinc dapat membantu pertumbuhan semula rambut. 

Walau bagaimanapun, kepentingan zinc untuk kesuburan lelaki memang tidak dapat dinafikan. Disebabkan itulah, zinc menjadi antara suplemen yang penting di dalam set cadangan untuk Kesuburan Lelaki. Anda juga boleh mendapatkan gabungan zinc dengan suplemen lain untuk tujuan kesuburan.


credit testimoni

Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau mana-mana Set Kesuburan Suami Isteri yang dicadangkan, anda boleh terus menghubungi saya...


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, April 8, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Assalamualaikum...

Selain Zinc Complex dan Vitamin E, CoQHealth Plus juga merupakan suplemen yang TERBAIK untuk membantu masalah kesuburan lelaki. Walaupun CoQHealth Plus ini terkenal untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung tetapi kandungan CoQHealth Plus seperti Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau juga turut membantu dalam masalah kesuburan lelaki.

Coenzyme Q10 atau CoQ10 sebenarnya boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, iaitu di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, kandungan Coenzyme Q10 dalam badan juga yang semakin merosot. Oleh itu, kita memerlukan suplemen CoQ10 bagi mengekalkan paras CoQ10 yang diperlukan dalam badan kita. Ini kerana ianya bertindak sebagai antioksidan dan menghalang daripada terdedah kepada radikal bebas.


Setiap daripada kita sangat memerlukan CoQ10 kerana CoQ10 terlibat secara langsung dalam pengeluaran tenaga dalam mitokondria setiap sel dalam badan anda. Dengan menghasilkan lebih oksigen untuk sel-sel otot, CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan kecekapan oto


Tetapi, Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Kandungan CoQ10 di dalam CoQhealth plus sebenarnya banyak membantu masalah kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidannya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.


Memang terbaikkk.. kan.. ini kerana pergerakan sperma yang aktif serta kualiti sperma yang baik akan meningkatkan lagi peluang untuk isteri hamil.

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Terdapat juga kajian yang dilakukan untuk sekumpulan lelaki yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mereka dibekalkan dengan CoQ10 sebanyak 200mg/day dan hasilnya menunjukkan peningkatan tahap mortaliti sperma dalam air mani.


Selain daripada itu, CoqHealth Plus juga mengandungi Vitamin E yang memang terkenal untuk kesuburan lelaki. Vitamin E merupakan antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu untuk meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini, anda boleh terus menghubungi saya,


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, April 7, 2014

// // Leave a Comment

Kesan Waktu Subur dengan Kit Ujian Kesuburan (OPK)

Assalamualaikum..

Selain teknik mengira waktu subur, teknik menggunakan Kit Ujian Kesuburan (OPK) adalah antara tips dan cara yang selalunya saya syorkan kepada rakan-rakan blog yang ingin hamil.

Sebenarnya saya sendiri sudah lama saya terfikir untuk mencuba menggunakan Kit Ujian Kesuburan (OPK) bagi mengesan waktu subur untuk membantu saya hamil lagi. Namun hingga ke saat ini, saya belum juga berpeluang membeli dan mencubanya.

Jujurnya saya memang mengamalkan suplemen untuk membantu saya hamil. Ini adalah kerana kitaran haid saya yang tidak teratur. Walaupun kitaran haid saya tidak teratur, tetapi saya tetap berusaha mengira waktu subur setiap bulan dan saya memang menyimpan setiap rekod tarikh period saya.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Dia berikan saya sepasang anak yang comel dan sekarang saya sedang berusaha untuk hamil lagi anak yang ke-4. Nak tahu suplemen apa yang saya amalkan untuk bantu saya hamil? Boleh hubungi saya 017-3613604 (Norasiah) untuk sembang-sembang

Ok back pada Kit Ujian Kesuburan (OPK), seorang sahabat saya ada menggunakannya dan katanya amat mudah menggunakan alat ini. Sebelum itu, perlu juga kita tahu apakah sebenarnya Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini?

kit ujian kesuburan (opk)


Apakah Kit Ujian Kesuburan  atau Ovulation Predictor Kits (OPK)?

Ovulation predictor kits (OPK) ialah alat untuk menguji waktu subur wanita. Alat ini membantu wanita mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Alat ini akan membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ianya alat untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan dengan mengetahui waktu subur kita. Walau bagaimanapun, kit ini adalah sebahagian daripada cara atau usaha sahaja. Untuk berjaya hamil melibatkan faktor-faktor lain juga ye.


Apa itu hormon LH?

Luteinizing Hormon (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari subur, kandungan LH berada dalam tahap tertinggi. Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita lain.


Bilakah hari sesuai memulakan ujian kesuburan, OPK?

Dapatkan panjang purata kitaran haid bagi 3 bulan terakhir. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid sehingga hari terakhir sebelum haid bermula semula. Kemudian tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haids. Contoh: 28-17 = 11, jadi mulakan ujian kesuburan pada hari ke-11 dan teruskan selama enam hari berikutnya sehingga OPK menunjukkan tanda positif iaitu 2 line yang terang. Jika pudar ulang semula 24 jam kemudian pada waktu yang sama. Ambil yang paling terang selepas menguji selama 7 hari. Sekiranya ujian OPK positif, 12-36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan adalah maksima.


Jika haid tidak teratur, bolehkah OPK digunakan?

Mengesan hari subur adalah penting bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang pendek dan tidak tetap. Waktu subur bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haid.


Jika kitaran haid tidak teratur, anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai masa permulaan. Contohnya kitaran haid terpendek anda 24 hari. Manakala kitaran terpanjang adalah 37 hari dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda iaitu 24 hari dan mula menguji OPK 7 hari selepas hari pertama haid pendarahan anda (LMP).

Penggunaan OPK mungkin banyak untuk kitaran haid yang tidak teratur sehingga 10-20 ujian untuk mengelakkan terlepas tarikh ovulasi.


Cara Penggunaan OPK 

Para pengguna haruslah membaca arahan pada plastik OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 10am hingga 8.00pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.

Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkian dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum 2 jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan hormon LH.

Mudah sahaja ye kawan-kawan nak menggunakan OPK ini, sama seperti alat pregnancy test kit. Hanya celup dalam urine/air kencing. Kemudian perhatikan keputusan, jika terdapat ada 2 jalur terang, itu bermakna anda sedang berovulasi dan sekiranya 1 jalur sahaja yang kelihatan, itu bermakna waktu tersebut tidak subur

Jika 2 jalur keluar tetapi 1 lagi pudar, kemungkinan lagi 72 jam akan berlaku hari ovulasi anda. Namun begitu, anda digalakkan melakukan persenyawaan bersama suami pada waktu ini kerana sperma yang sihat mampu hidup lama dalam rahim iaitu selama 4-5 hari walaupun telur wanita hanya hidup selama 24 jam atau 36 jam.

Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.


Bagaimana nak dapatkan OPK ni? 

Sebenarnya saya tidak menjual alat OPK ini, kawan-kawan boleh google OPK dan tentu akan jumpa blog yang menjual alat ini. Di facebook dan mudah.my juga ada dijual. Harganya agak murah berbanding dengan di farmasi atau watson.

Jadi selamat mencuba ye kawan-kawan, dan jika kawan - kawan nak mengambil suplemen khususnya suplemen shaklee untuk membantu masalah kesuburan, jangan segan-segan hubungi saya 017-3613604 (Norasiah). Kita juga boleh berkongsi pengalaman.. :-)

Semoga anda semua tidak berputus asa berusaha dan iringi usaha kita dengan DOA pada yang ESA kerana DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...:-)



Read More

Sunday, April 6, 2014

// // 1 comment

Set Kurus Shaklee - Hilang 10 kg

Assalamualaikum..

Jangan tak tahu, sebenarnya ramai yang berjaya kurus dengan mengambil set kurus shaklee. Semuanya adalah bergantung kepada tahap keazaman individu tersebut.

Apabila ingin memulakan apa-apa program pelangsingan atau mengambil apa-apa produk kurus, anda mestilah bersedia untuk berubah baik dari segi pemakanan dan juga gaya hidup. Anda tidak boleh mengharapkan pada pengambilan set kurus semata-mata sebaliknya penjagaan makanan serta senaman juga perlu dititikberatkan. Keazaman, disiplin dan konsisten dalam mengambil suplemen juga sangat penting untuk mendapatkan kesan yang diinginkan. 

Hari ini saya kongsikan satu lagi testimoni set kurus shaklee, yang mana customer ini berjaya turun berat badan sebanyak 10kg. Jom baca sedikit perkongsian daripada Nadia Muba.

" Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...;-))))
Nak share pengalaman menggunakan set slim shaklee ( ESP +LECITHIN + HERB LAX + ALFALFA )
Saya ni memang jenis kerangka besar...bila gtau kawan2 berat saya 90kg diorg tak percaya..tapi memang tak selesa sangat dengan keadaan berat masa tu.baju2 semua ketat kat lengan.tubuh jadi berat dan saya pun jadi malas bergerak..selera makan usah katalah memang suka sangat makan...kek cheese tu mmg febret lah..Mula timbul kesedaran bila ada sorg kawan post mengenai produk Shaklee set kurus...terdetik kat hati why not saya cuba..mana tahu berhasil..sebelum ni pun pernah makan ubat kurus..memang turun tapi tak lama lepas tu naik balik..diet yoyo org kata....mmg yelah tu..Bermulalah journey saya dengan set kurus shaklee...dalam masa 1 bulan saya berjaya turunkan berat 10kg...ramai kawan2 terkejut tapi itulah kenyataannya....TAPI PENTING DI SINI nak gtau CARA PENGAMBILAN MAKANAN & AIR YANG CUKUP kunci kejayaan kalau nak turunkan berat..kalau sekadar makan produk tapi uolls tak jaga makan mmg confirm tak jadi..buatlah secara perlahan2 tetapi konsisten pasti berhasil...Alhamdulillah juga..selepas saya turun 10kg saya sekarang ni disahkan mengandung anak ke-4...hormon pun stabil..mood pun happy sokmo jer....skg ni sy tgh makan set mengandung trimester 1 shaklee pula...Nantikan sy sharing lagi kisah saya dengan shaklee yer " - Nadia Muba

set kurus shaklee - hilang 10kg

Menurut Nadia Muba, beliau juga melakukan senaman sewaktu proses pelangsingan ini dengan melakukan aerobik 3 x seminggu dan jogging 1@ 2 kali seminggu.  

Alhamdulillah, tahniah buat Nadia. Saya tahu ramai lagi diluar sana yang sedang mencari produk untuk kurus dan saya sangat mencadangkan produk shaklee untuk membantu diet anda.

set kurus shaklee - hilang 10kg

Produk -produk diatas adalah antara suplemen yang dicadangkan untuk membantu mengawal berat badan. Untuk mendapatkan produk ini adalah sangat mudah iaitu dengan berhubung terus dengan saya Norasiah (017-3613604)



Read More

Wednesday, April 2, 2014

// // 1 comment

Cara Mudah Bakar Kalori di Rumah

Assalamualaikum..

Bersenam?? kalau nak harapkan bakar kalori dengan bersenam, rasanya ramai yang susah nak bersenam lebih-lebih lagi kalau kerja tak menentu masa. Dan jika ada masa terluang sekalipun, kita banyak menghabiskan aktiviti hanya indoor atau di dalam rumah.

Sebenarnya banyak aktiviti di dalam rumah yang boleh membantu membakar kalori. Kalau tak percaya jadilah surirumah sekali sekala. Aktiviti seperti menyapu, mengemas dan memasak dapat membakar kalori dan ia tak perlukan belanja pun. Sebenarnya kita tak perasan pun yang aktiviti ni membakar kalori kerana ia rutin harian lebih-lebih lagi pada surirumah macam saya.

okey, jom kita semak cara mudah bakar kalori ketika dirumah,

1. Memasak. 


Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154 kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Di samping itu, harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat.

2. Menggosok pakaian. Rasanya ramai isteri yang memang rutin mingguannya adalah iron baju, baju sekolah anak, baju keje suami dan baju sendiri. Jika anda melakukannya untuk seisi keluarga dalam masa 25 minit, anda dapat membakar 100 kalori.

3. Memvakum. 25 minit memvakum sekeliling rumah anda akan membakar hanya kira-kira 100 kalori.

4. Menonton televisyen atau wayang. Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton.

5. Mencuci rumah. 


Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini.

6. Naik turun tangga. Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru, ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan.

7. Menjemur kain.


Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju ke dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori.

8. Mencabut rumput di laman atau berkebun. Laman anda banyak rumput atau lalang? Apa kata jika tiada kerja mahu dilakukan, cabutlah rumput dan lalang itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman menjadi lebih cantik, anda juga membakar kalori dalam badan.

9. Membasuh kereta. Membasuh kereta dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami dan anak-anak.

Mungkin tak nampak sangat penurunan berat badan jika hanya melakukan aktiviti ini semata-mata. Tapi jika disertakan dengan diet dalam pengambilan makanan, disiplin dan konsisten. InsyaAllah anda boleh berjaya dapat berat badan yang diidamkan.

Sekiranya anda merasakan perlu bantuan suplemen untuk membantu menjayakan misi anda untuk kurus, anda boleh hubungi saya, 017-3613604 (Norasiah) untuk mengetahui produk shaklee yang sesuai untuk program pelansingan badan.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...