Thursday, May 29, 2014

// // Leave a Comment

Cara Mudah Supaya Tidak Lupa Makan Vitamin

Assalamualaikum..

Nak dapat kesan yang optimum sewaktu mengambil apa-apa suplemen atau vitamin, kita mestilah konsisten dan sentiasa disiplin. Mesti jadikan ia habit. Tetapi ramai yang agak susah nak konsisten termasuklah saya..hehe.. lebih-lebih lagi time travel seperti balik kampung, pergi bercuti dan sebagainya. Tunggang- langgang abis jadual makan vitamin kerana lupa nak makan vitamin dan kadang-kadang lupa nak bawak vitamin bersama. 

Bagaimana caranya supaya kita tidak lupa mengambil vitamin setiap hari? Terdapat 5 tips terbaik supaya kita sentiasa ingat untuk ambil vitamin

Pertama: Didik Diri Sendiri
Ingat balik kenapa kita perlu ambil vitamin tersebut tiap hari supaya dapat memberi motivasi kepada kita sentiasa ambil vitamin. Contohnya kita ambil vitamin kerana nak kurus, jadi jadikan kerana nak kurus tu sebagai pendorong yang kita tak boleh miss ambik vitamin.

Kedua: Ambil vitamin sewaktu makan
Kebanyakkan vitamin bagus diambil sewaktu makan. Ini kerana ketika itu proses pencernaan akan menyerap segala nutrien. Lagipon time ni la senang nak ingat.. ingat makan ingat ambil vitamin :-)

Ketiga: Jadikan ia Rutin
Haa..memang kena jadikan ia rutin harian kita. Macam kita bangun pagi dan gosok gigi, macam tu juga la makan vitamin. Letakkan vitamin ditempat yang senang kita nampak..macam meja makan ke atau meja solek.

Keempat: Pilih waktu yang sesuai
Ada orang suka makan vitamin pada waktu pagi dan ada yang suka makan vitamin pada tengahari. Jadi pilihlah waktu yang sesuai dengan diri anda. Kalau anda rasa pagi2 anda terlalu sibuk maka boleh makan pada waktu tengahari.

Kelima: Bawa vitamin kemana sahaja
Haa.. sebab itulah saya selalu berikan pill box kepada customer2 saya supaya senang dorang nak bawa kemana sahaja..ke tempat kerja, balik kampung dan sebagainya. Dengan adanya pill box ni, tak perlulah nak kene bawak dengan botol2 vitamin.. senang kannn..


haaa.. pasni praktikkan ye.. tips ni saya dapat daripada Healthspan

credit gambar Healthspan

Jom mulai sekarang konsisten dalam pengambilan vitamin :-)
Read More

Tuesday, May 27, 2014

// // Leave a Comment

Nak Kurus: Lecithin VS Omega Guard?


Assalamualaikum..

Lecithin dan Omega Guard, kedua-duanya merupakan antara suplemen yang dicadangkan untuk membantu membakar lemak. Sebenarnya kedua-dua suplemen ini mempunyai fungsi yang berbeza dan ramai yang keliru sama ada ingin mengambil lecithin atau omega guard.

Jom kita kaji fungsi kedua-dua suplemen ini. Yang manakah pemecah lemak dan yang manakah si pembakar lemak?


[ LECITHIN ]

Lecithin berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive.

Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran. Untuk mengeluarkan lemak yang telah teremulsi, anda memerlukan agen detox iaitu Herblax atau Alfalfa.


[ OMEGA GUARD ]

Omega Guard pula tidak mengemulsi lemak sebaliknya membantu pembakaran lemak-lemak yang termendap. Omega Guard berfungsi menghalang pembentukan lemak dan ini akan meningkatkan kadar  metabolisme dan seterusnya pembakaran lemak berlaku.

Bagaimana Omega Guard membantu pembakaran lemak?

  • Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam, maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah dan ini memberikan lebih tenaga untuk bersenam
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
  • Pengambilan omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila tahap insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula...maka gula/karbo tak jadi lemak.


Jadi kita telah faham fungsi kedua-dua suplemen ini. Nak pilih yang mana?? Kalau ada budget, ambillah dua2 sekali kerana pengambilan dua suplemen ini dapat membantu mempercepatkan proses membuang lemak di dalam badan. 

Salah seorang customer saya yang mengambil kedua-dua suplemen ini bersama Alfalfa, turun sebanyak 2kg dalam masa seminggu. Walau bagaimanapun, penjagaan dalam pemakanan, konsisten serta disiplin juga perlu dititikberatkan.

Nak dapatkan suplemen2 ini? Jom hubungi saya..

Read More

Monday, May 26, 2014

// // Leave a Comment

AJHT Bantu Sakit Sendi dan Lutut

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah ramai yang mengakui keberkesanan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dalam membantu masalah sakit sendi, lenguh lutut, sakit pinggang, sakit ketika hendak duduk dan bangun serta ada yang mengalami sakit sewaktu hendak sujud ketika solat.

Hari ini saya kongsikan testimoni daripada Lia UmmiIrfan yang telah mencuba sendiri AJHT kerana mempunyai masalah sakit pada bahagian pelipat lutut yang menyukarkan beliau untuk solat. Jom baca perkongsian daripada beliau, 

Keberkesannya terbukti dalam masa 5 hari.:-)))

AJT review First Day (21st June 2012):
Saya nak share pengalaman saya makan Advanced Joint Tablet (AJT), walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan. Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan..memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu..tu yang makan AJT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi2 dan tulang rawan..and AJT ni best taken with Ostematrix. So, saya amik both sekaligus. 2 bj AJT, 2 bj Oste before sleep. Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk2..lepas makan AJT n Oste tu, saya tak batuk dah malam tadi. Gi toilet buang air sekali dengan kahak2 pun keluar (yg ni kena buat study lak apa significant function AJT n Oste ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena. Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! pelipat lutut saya tak sakit langsung!! serius tak tipu..AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume Oste tetiap malam before this.

AJT review after 5 days (26th June 2012):
Woohoo! memang AJT the best! i konsisten makan ajt+oste harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam..segala2nya lancar..haha..bila cakap pasal segala2nya lancar..yea segala2nyalahh.. kalo u all ada problem sembelit amik oste (ni utk sape2 taknak amik alfalfa/herblax kan), amik sekali dgn AJT ni membantu..angin satu badan pun hilang..i rasa melayang2 je badan bangun pagi..dahler kurus kering..hahahaha..memang rasa best badan..takde lenguh2, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang..ALhamduLILLAH..part badan or sendi2 yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH..

Harga Runcit RM126

Apakah kebaikan AJHT ini sebenarnya:-
  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Membantu kekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. Melancarkan pergerakan harian
  5. Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. Anti radang semulajadi
  8. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Banyak kan kebaikan AJHT ini dan untuk meningkatkan lagi kesihatan sendi dan tulang, anda sangat digalakkan mengambil bersama Ostematrix dan Omega Guard iaitu Set Lengkap Kesihatan Sendi.

Harga Set Kesihatan Sendi - RM323

Nak dapatkan AJHT atau Set Kesihatan Sendi, boleh hubungi saya,


------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Sunday, May 25, 2014

// // Leave a Comment

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Assalamualaikum..

Ramai yang ingat sakit sendi, lutut dan tulang ini hanya terjadi kepada golongan emas atau mak ayah yang dah tua, tetapi hakikatnya pada hari ni, ramai je golongan muda yang turut mengalami masalah ini. Mereka yang aktif bersukan seperti atlet lumba lari dan pemain bola, mereka yang sering memakai kasut tumit tinggi, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit sendi dan lutut ini.

Sebenarnya untuk mengekalkan sendi yang sihat, kita harus memberikan nutrien kepada sendi kita. Apakah nutrien yang sendi kita perlukan?


Antara nutrien untuk sendi yang sihat adalah:-
  1. Glukosamina - Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
  2. Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
  3. Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
  4. Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.

Pengambilan nutrien ini di dalam diet harian sangat diperlukan untuk mengekalkan sendi yang sihat. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah untuk mengambil nutrien ini di dalam menu harian, anda boleh mencuba Set Kesihatan Sendi Shaklee. InsyaAllah dapat membantu masalah sakit sendi dan lutut.

set kesihatan sendi

Set ini mengandungi:-

[ 1 ] ADVANCE JOINT HEALTH

Membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.


[ 2 ] OMEGA GUARD

Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui Omega Guard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.


[ 3 ] OSTEMATRIX

OsteMatrix pula adalah supplemen Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!


Jom baca testimoni mereka yang telah mengambil Set Kesihatan Sendi untuk ahli keluarga mereka.

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Alhamdulillah, set ini dapat membantu mak, ayah, nenek dan diri mereka sendiri. Sebenarnya apa yang terkandung di dalam ketiga-tiga produk ini merupakan nutrien yang penting untuk membantu mengurangkan masalah sakit sendi dan lutut dan seterusnya membantu sendi kekal sihat.

Nak dapatkan Set Kesihatan Sendi ini untuk ayah? mak? nenek? atau untuk diri sendiri? Boleh hubungi saya,


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, May 21, 2014

// // Leave a Comment

9 Makanan Membantu Kurangkan Kolestrol

Assalamualaikum..

Semua orang suka makan dan kita memang perlukan makanan untuk memberikan nutrisi kepada badan supaya sihat dan bertenaga. Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehinggalah ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Antara salah satu masalah kesihatan yang berkait rapat dengan makanan adalah masalah kolestrol. Tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolestrol normal adalah kurang daripada 200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari akan meningkat, terutama jika bacaan kolestrol meningkat dari 200mg/dl ke 239mg/dl.

Jadi kita perlulah bijak dalam memilih makanan dan kurangkan makanan yang berminyak dan memilih makanan yang free kolestrol. Walau bagaimanapun, terdapat 9 Makanan Membantu Kurangkan Kolestrol yang boleh kita amalkan di dalam diet kita.


9 Makanan Membantu Kurangkan Kolestrol

1. Soya
Kacang soya merupakan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan lemak baik (HDL). Kacang soya biasanya diproses bagi mendapatkan susunya atau dijadikan makanan lain seperti tempe dan tauhu. Ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin serta zat galian yang mampu menghindarkan dari penyakit jantung dan diabetes.

2. Kuaci
Setiap 100 gram kuaci dari biji bunga matahari mengandungi lebih kurang 50 unit vitamin A. Bukan sahaja sebagai anti kolestrol malah mampu memulihkan rabun, ketegangan mata, sakit atau pedih mata dan sensitiviti pada cahaya yang melampau. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Pengambilan kuaci yang kaya dengan kandungan zat besi, vitamin B kompleks dan kalsium secara kerap boleh membantu mengatasi masalah ini.

3. Buah kering
Buah-buah kering seperti limau, kismis, prun ataupun buah kering di dalam tin mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Contohnya limau kering mempunyai kandungan flavanoid yang tinggi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kismis yang dikeringkan daripada buah anggur pula mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, mempunyai sumber zat besi yang paling baik untuk membantu sistem penghadaman.

Walaupun buah tin kering telah mengalami proses pengeringan, namun khasiat buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik dan enak apabila dimakan. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium yang dapat membantu mengurangkan 'kolestrol jahat'.

4. Epal
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Ia mengandungi phytonutrient yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana epal hijau mampu mencegah pembentukan lemak sekaligus seimbangkan kandungan zat dalam badan.

5. Kacang tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

6. Mangga
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi, kedondong, betik dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh.

7. Kismis
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Pengamalan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

8. Oat
Oat mengandungi serat mudah larut yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol. Mengambil oat sebagai sarapan pagi pada setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

9. Jambu batu
Jika kita ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai kerana mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

credit: TryMasak Blog
Read More

Tuesday, May 20, 2014

// // Leave a Comment

Kolesterol Normal dan Berat Badan Turun

Assalamualaikum..

Hari ini, saya kongsikan testimoni Adeq Syamar yang telah mengambil HerbLax dan Lecithin yang pada awalnya untuk tujuan Sembelit dan juga Kolesterol yang tinggi. Tapi hasilnya berat badan beliau juga turun dan mendapat berat badan ideal. Alhamdulillah.

jom baca perkongsian daripada beliau, Adeq Syamar...

Assalamualaikum kawan2
Testimonial diri sendiri.
Before: 66-68 kg
After: 58 kg

Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.

Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe

TERIMA KASIH SHAKLEE 


Alhamdulillah, boleh nampak perubahan pada diri beliau.. Jom lihat apa kebaikan 2 produk yang beliau ambil.

[1] HERB LAX

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut.


[2] LECITHIN


  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan metabolisma alergi seperti penyakit kulit, – dermatis dan demam denggi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit -Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, iainya melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Nak dapatkan HerbLax dan Lecithin? hubungi saya..


Read More

Thursday, May 15, 2014

// // Leave a Comment

10 Makanan Bantu Bakar Lemak

Assalamualaikum...

Ramai yang nak bakar lemak-lemak berlebihan dalam badan. Terasa gemuk dan buncit sana sini. Ada pepatah yang kata 'kita apa yang kita makan (we are what we eat)'. Apa yang kita makan akan memberikan kesan pada kesihatan badan. Sebab itu lah kita dilarang berlebih-lebihan di dalam makan.

Sebenarnya makanan yang kita makan juga membantu untuk bakar lemak. Jom kita tengok apakah makanan yang boleh membantu membakar lemak dan mungkin selepas ini kita boleh jadikan amalan dalam pemakanan kita.



1. Epal
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.



2. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.



3. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).



4. Buah-buahan Sitrus
Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.



5. Bawang Merah
Bawang merah - Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.



6. Tauge
Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.



7. Lobak Merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.



8. Tomato
Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.



9. Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.



10. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.

credit: TryMasak Blog
Read More

Wednesday, May 14, 2014

// // Leave a Comment

Jadi Ahli Shaklee untuk Makan Sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan mendaftarkan seorang lagi pengguna produk shaklee yang ingin menjadi ahli. Sebenarnya apabila kita dah rasa sendiri kebaikan produk shaklee, automatik kita akan mula jatuh cinta dengan produk ini.

Seperti sayalah yang jatuh cinta dengan Gla Complex apabila dah dapat kebaikan daripada gla tu. Dan akhirnya membuka hati saya untuk join sebagai ahli shaklee dan seterusnya berkongsi kebaikan produk ni dengan orang lain supaya mereka juga dapat manfaat. 



Sebenarnya ramai je yang diluar sana pon seperti saya..jatuh cinta dengan produk shaklee dan jadikan shaklee sebagai biz. Tapi jangan la salah faham pulak, jadi ahli shaklee tak semestinya anda kene jual produk shaklee. 

Ramai jugak yang risau nak jadi ahli shaklee, takut kena jual produk shaklee lak. :-) Jangan risau-risau ye dan pening-pening, jadi ahli shaklee memang tak perlu jual produk shaklee. Shaklee memang tak suruh kita jual kalau kita tak minat. Cuma shaklee nak kita jadi ahlinya supaya kita dapat beli barang shaklee dengan harga lebih jimat iaitu dengan harga ahli (diskaun 5-25%) dan tentulah ade kelebihan lain yang shaklee tawarkan pada mereka yang mendaftar sebagai ahli.. tentulah Istimewa sedikit daripada mereka yang tidak mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Seperti Jusco, Tesco, Mydin dan sebagai yang menawarkan point untuk setiap belian ahlinya, Shaklee juga menawarkan perkara yang sama. Macam saya selalu shopping barang kat Mydin setiap minggu, jadi saya dapat kumpul point. Bila dah banyak atau dah dekat nak expired kad Mydin, saya akan tukarkan point saya kepada barang yang pihak Mydin tawarkan mengikut point yang layak. Jadi saya dapat barang secara percuma. Best jugak kannn..



Macam Shaklee lak, setiap produk juga ada point atau dalam shaklee dikenali sebagai UV (unit value). UV atau point ni akan dapat bila kita buat belian. Dan katalah dalam sebulan tu, anda ada beli banyak barang shaklee contohnya vivix 2 botol dan kolagen 1 kotak.. jadi anda dah dapat 310uv... 310uv ni dah melayakkan anda untuk dapat Cash Rebate yang mana dipanggil Bonus oleh pengedar shaklee...Bestt kan dapat barang dan dapat cash rebate.

Disebabkan itulah anda harus menjadi Ahli Shaklee walaupon anda hanya mahu makan untuk diri sendiri sahaja. Anda dapat harga jimat, anda dapat cash rebate. Dan satu lagi, anda juga dapat lebih berjimat  kerana shaklee biasa tawarkan Buy 6 Free 1 untuk promosi bulanan.

Okey lah, jom hubungi saya untuk jadi ahli Shaklee.. Nak makan sendiri ke.. nak belikan untuk parents ke.. nak usha-usha buat biz ke.. sume boleh.. saya akan tolong daftarkan dan boleh tolong orderkan sekali barang. 


Read More

Tuesday, May 13, 2014

// // Leave a Comment

Pemakanan Sihat Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum..

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Cara Makan Rasulullah SAW


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Cara Makan Rasulullah SAW

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.


Cara Makan Rasulullah SAW

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”


Read More

Monday, May 12, 2014

// // Leave a Comment

Phytocol-St Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi

Assalamualaikum..

Sebelum ini saya ada menulis salah satu cara mengawal kolesterol adalah dengan mengamalkan Omega Guard dan cara ini telah dipraktik sendiri oleh sahabat baik saya. Dan hasilnya bacaan kolesterol beliau normal. Alhamdulillah. Boleh baca di SINI.

Kini Shaklee telah perkenalkan PHYTOCOL-ST khas untuk membantu masalah kolesterol. Menurut Malaysia National Health and Morbidity Survey 2011, lebih 6 juta rakyat malaysia tinggi kolesterol. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan menyumbang kepada risiko yang tinggi penyakit jantung dan angin ahmar.




Bagaimanakah nak perbaiki paras kolesterol? 

Salah satunya tentulah perlu menjaga pemakanan. Kebanyakan penyakit berpunca daripada perut. Seseorang yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut. Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”

Jadi bersederhana lah kita..


okey back pada PHYTOCOL-ST, bagaimana Phytocol-St membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi?



PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.
  • Rumusannya daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Bagaimana Fitosterol bertindak? 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda




Ini merupakan berita yang baik buat mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi. Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan PHYTOCOL-ST pada hari ini untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Hubungi saya,


Read More

Sunday, May 11, 2014

// // Leave a Comment

Cara Minum ESP yang Berkesan

Assalamualaikum..

Ramai yang sukakan ESP dan sememangnya ESP sentiasa on demand dan BEST SELLER. Kenapa ia begitu disukai ramai? hmm..tentulah kerana khasiatnya yang terbaik. Alhamdulillah, ramai ibu-ibu sukakan ESP lebih-lebih lagi ibu yang menyusu dan yang nak kurus.

Tetapi ESP ni bukan untuk ibu-ibu sahaja tau, jangan salah faham pula. ESP sesuai untuk semua.. baik wanita atau lelaki, baik yang dah kawen atau yang belum kawen. Ramai je wanita bujang yang amalkan ESP untuk kulit cantik.

kebaikan esp

Sebenarnya masih ramai yang belum jelas tentang cara minum ESP dan ramai yang kadang-kadang keliru. Cara minum ESP ini selalunya bergantung pada tujuan pengambilan kita. Macam saya sendiri, sewaktu awal mencuba ESP, memang niat nak bantu tambah susu badan tapi saya nak jimat..hehehe, jadi saya hanya ambil sekali sehari sahaja. Lagipon saya direct feeding dan tak perlu nak pum bagai, jadi bagi saya memadailah dengan satu sudu untuk satu hari.

Seperti yang saya katakan di atas, cara pengambilan esp ni bergantung pada tujuan kita... apa yang saya boleh cadangkan. Untuk mereka yang hanya ingin maintain kesihatan dan kecantikan optimum, 1 sudu besar sehari sekali dah memadai


esp untuk ibu menyusu

Untuk ibu menyusu yang bekerja pula boleh ambil ESP 2 atau 3 kali sehari. Maksimum 3 kali sehari dengan 1 sudu besar setiap bancuhan.


esp untuk kurus

Untuk mereka yang nak kurus, boleh ambil ESP pada waktu meals utama (breakfast, lunch & dinner) supaya perut lebih kenyang. InsyaAllah anda akan rasa kenyang yang lebih lama dan nafsu makan juga tak la kuat.


Bagaimana cara nak minum ESP ni?

Sebenarnya mudah sahaja nak minum esp ni..anda boleh bancuh esp ni dengan minuman kegemaran anda samada air sejuk atau air suam tetapi jangan sesekali bancuh bersama air panas kerana protein di dalam esp akan musnah pada suhu yang tinggi. Minuman esp yang menjadi kegemaran saya adalah 1 sudu esp + susu dutchlady strawberry. Sedap sangat....yummy...

cara minum esp
amboi model mama, kemain posing

Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba beberapa variasi resipi cara bancuh ESP dibawah. Mana tahu ia menjadi salah satu minuman favourite anda.

  • ESP + Air suam
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (blend/shake)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake 
  • ESP + Jus twister tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + Fruit juice (tembikai, epal, oren)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + Sirap bandung
  • ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (blend)
  • ESP + Koko + Oat
  • ESP + Nestle Bliss 
  • ESP + Ice Blended

 Tips terbaik pengambilan ESP

  • Elakkan bancuh ESP dengan air panas, air berkafien (kopi, nescafe dan teh) dan air berkarbonat kerana hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil melebihi 3 sudu besar sehari kerana membebankan ginjal.
  • Gunakan shaker atau tumbler untuk shake supaya tidak berketul-ketul dan mudah larut.
  • Pengambilan pada awal pagi dapat membekalkan tenaga untuk kerja harian.

Harga runcit ESP Shaklee adalah RM150. Boleh tahan sehingga 1-2 bulan, bergantung kepada cara pengambilan jugak. Nakkan harga yang lebih JIMATT, jom daftar sebagai AHLI SHAKLEE. Banyak manfaat apabila menjadi Ahli Shaklee. Bagaimanakah caranya..baca di SINI...

Nak tau lebih detail atau nak dapatkan ESP, jom hubungi saya,



Read More

Saturday, May 10, 2014

// // Leave a Comment

Pengedar Shaklee di Shah Alam

Assalamualaikum..

Sebenarnya untuk mendapatkan atau membeli produk Shaklee adalah sangat mudah. Terdapat ramai Pengedar Sah Shaklee di serata tempat dan mereka boleh membuat pengeposan walau di mana jua anda berada. Mudah sahaja tetapi saya percaya ada juga dikalangan kita yang tidak biasa dan tidak yakin dengan pembelian melalui pos mengepos ni.

Alhamdulillah setakat ini, barang-barang yang diminta oleh customer saya semuanya selamat sampai kepada tuan punya masing-masing. Walaupun saya berada di Pulau Pinang, namun customer saya datang dari serata negeri. 

Tapi bagi mereka yang selesa untuk membeli secara direct dengan pengedar, jangan susah hati... InsyaAllah boleh di usahakan. Untuk mereka yang berada di sekitar Shah Alam, Kota Kemuning, Jalan Kebun dan USJ, anda boleh menghubungi Yani  di 011-1177 0705 (Pengedar Shaklee Shah Alam) untuk mendapat produk Shaklee. 

Pengedar Shaklee di Shah Alam
Pengedar Shaklee di Shah Alam (Yani - 011-1177 0705)

Saya yakin, beliau boleh membantu anda mendapatkan produk shaklee yang anda inginkan. Jika anda mempunyai masalah penyusuan, boleh la mendapatkan tips daripada beliau kerana beliau sendiri telah menggunakan produk shaklee ini bermula dari proses kehamilan, berpantang dan seterusnya untuk menjayakan penyusuan susu ibu. 

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan apa-apa jua konsultasi daripada beliau mengenai produk Shaklee. InsyaAllah beliau akan membantu. Jadi, buat mereka yang berada di Shah Alam, Kota Kemuning, dan USJ, jangan segan-segan untuk hubungi Yani (011-11770705) untuk membeli dan mendapatkan khidmat nasihat berkenaan produk Shaklee.

Read More

Thursday, May 8, 2014

// // Leave a Comment

Sperma Kurang Kualiti

Assalamualaikum..

Hari ini saya hanya ingin berkongsi artikel yang telah dibaca dan bagi saya ianya penuh dengan maklumat yang penting dan bermanfaat. Harap dapat memberi manfaat juga kepada pasangan diluar sana yang mengalami masalah yang sama iaitu Sperma Kurang Kualiti. Jom baca



Soalan:

Saya sudah mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun yang lalu. Akan tetapi sehingga kini kami belum dikurniakan zuriat. Saya dan suami pernah berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Doktor kata sperma suami saya sedikit dan kurang berkualiti. Sebab itu kami masih belum dikurniakan anak. Rakan saya memberitahu bahawa makanan laut boleh tingkatkan kualiti sperma? Benar kah?

Jawapan:

Anda dan pasangan telah mengambil tindakan yang tepat dengan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana anda belum lagi dikurniakan cahaya mata. Hasil pemeriksaan awalan melibatkan kemampuan anda berdua menghasilkan benih dan ujian air mani telah menunjukkan yang suami anda mempunyai bilangan sperma dan kualiti sperma yang kurang. 



Pemeriksaan susulan perlu dilakukan dan suami anda perlu menjalani pemeriksaan lanjutan. Pemeriksaan lanjutan termasuklah pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti keadaan alat kelamin dan kandungan kerandut alat kelamin. Seterusnya dia perlu menjalani ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan. Jika bermasalah, maka rawatan sewajar akan diberikan.

Untuk tujuan itu, suami anda perlu rujuk kepada pakar sakit tuan atau Andrologist atau Pakar Kesuburan yang ada pengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan lelaki. Sementara anda dan suami membuat keputusan untuk berjumpa pakar sakit tuan, anda dan pasangan anda boleh cuba beberapa tip yang sedikit sebanyak boleh membantu mencerahkan peluang anda untuk hamil.

Suami anda perlu pakai seluar dalam yang longgar supaya alat kelaminnya tidak tertambat, senang mengendur dan menarik mengikut keadaan. Buah zakar yang tertambat kerana memakai seluar dalam yang ketat atau seluar yang ketat akan membuatkan sistem kawal suhu dalam kerandut tergendala dan kilang sperma kurang aktif. Suami anda juga perlu elak daripada terdedah kepada situasi panas seperti berendam dalam kolam air panas dan sauna.

Selain itu, jika dia merokok, dia perlu berhenti merokok kerana bahan kimia dalam asap mengganggu kilang sperma. Selain itu, saya syorkan agar suami anda mengambil suplemen herba daripada ekstrak tongkat ali yang telah terbukti mujarab untuk membantu mengaktifkan kilang sperma.

Anda juga perlu pastikan air mani suami kurang meleleh keluar dari faraj setelah melakukan hubungan kelamin. Posisi dari belakang sesuai untuk pastikan air mani tidak melimpah keluar. Tentang makan makanan laut pula, tiram dikatakan mengandungi essential fatty acids yang membantu menyegarkan sperma. Tapi, jangan melengahkan diri daripada berjumpa pakar sakit tuan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan. 

credit: Pa & Ma

Lanjutkan bacaan anda kepada link2 di bawah,



Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki? 

 atau 

Nak terus mengetahui vitamin apakah untuk meningkatkan kualiti sperma?

jom hubungi saya,


 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...