Wednesday, October 17, 2018

// // Leave a Comment

Tips Kuku Cantik Berkilat


Mempunyai kuku cantik berkilat memang menjadi dambaan wanita. Walaupun fokus kecantikan jarang ditumpukan pada kuku, namun memiliki kuku cantik berkilat melambangkan kebersihan diri yang perlu diambil perhatian.



Jadi bagaimanakah cara untuk mendapatkan kuku cantik berkilat?


#1. Pastikan kuku dibersihkan dan dilap dengan sempurna selepas aktiviti mandi atau membasuh tangan. Kawasan dibawah kuku juga perlu dibersihkan bagi mengelakkan bakteria dan kuman daripada membiak. 

#2. Elakkan menggunakan kuku jari untuk mencungkil atau menyucuk sesuatu benda. Ini boleh menyebabkan kuku rosak dan tidak cantik. 

#3. Jika anda mempunyai tabiat menggigit kuku, hentikanlah sekarang. Tabiat ini akan merosakkan kuku anda dan jangan mencungkil kutikel pada kuku kerana akan merosakkan dasar kuku anda. 

#4. Rapikan kuku anda dengan kerap. Gunakan alat khas seperti gunting manicure atau pengetip kuku untuk merapikan kuku. Gunakan kayu pengasah untuk meratakan kuku, dan lakukan selepas mandi atau selepas merendam kaki. 

#5. Sapu pelembap atau lotion untuk mengelakkan kuku kering dan melembutkan kulit. Sapu diseluruh tangan dan kuku. 

#6. Jangan sesekali menarik kuku yang terkeluar atau terkopek kerana akan menyebabkan anda tertarik tisu hidup dan boleh menyebabkan kecederaan. Rapikan kuku kembali.

#7. Amalkan pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein. Anda juga digalakkan mengambil vitamin E, Zinc dan biotin.

Petua Tradisional Untuk Kuku Cantik Berkilat



Selain daripada tips di atas, anda juga boleh mengamalkan petua tradisional di bawah untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kuku yang anda boleh amalkan di rumah.

#1. Limau Nipis. Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikal amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.

#2. Bawang Putih. Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

#3. Belimbing Buluh. Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

#4. Lemon. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.

#5. Kulit Tembikai. Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Sumber petua: EH


Vitamin Untuk Kuku Cantik Berkilat


Jika anda seorang yang mengamalkan suplemen, saya sangat syorkan anda mengambil Vitamin E, Zinc dan B Compleks dalam diet harian anda. Vitamin-vitamin ini sangat bermanfaat kepada kesihatan kuku.

#1. Sumber vitamin b yang cukup terutamanya Biotin sangat penting untuk menguatkan kuku. Antara sumber-sumber makanan yang mengandungi biotin ialah carrot, tomato, oatmeal dan 
kekacang.

#2. Cuba perhatikan kuku anda, ada tak bahagian yang bewarna putih? Jika ada bermakna anda kekurangan zink. Salah satu makanan yang kaya dengan zink ialah biji labu.

#3. Sapu atau urutkan kuku anda dengan vitamin e.

Berminat untuk mendapatkan set ini? Hubungi saya

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...