Assalamualaikum...
Hari ini nak share tentang masalah asthma..walaupun anak2 saya tidak ada yang mengalami asthma tapi ramai juga anak rakan2 saya yg ada masalah ini. Jom baca seketika tentang penyakit ini...
Gambar sekadar hiasan |
Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.
Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.
Asthma adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal yang boleh membantutkan urusan seharian pesakit, contohnya terpaksa meninggalkan kelas,kerja dan lain-lain kerana simptom-simptom itu. Pesakit asthma perlu untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor yang merawat dan diberitahu rawatan yang dperlukan.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
- pernafasan yang pendek
- sakit-sakit dada
- sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
- bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
- batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
- serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
- kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)
PUNCA-PUNCA
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
- alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
- jangkitan pernafasan sperti selsema
- aktiviti fizikal
- pencemaran udara seperti asap rokok
- sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
- cuaca yang sejuk
- gangguan emosi dan stress
- bahan ber'sulfite', bahan pengawet
- GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
- putaran haid bagi sesetengah perempuan
- alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.
INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
- latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
- jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
- terdedah kepada asap rokok
- persekitaran udara yang tercemar
- pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
- kurang berat badan ketika lahir
- berat badan yang berlebihan
PENCEGAHAN
- buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
- kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma
- pengawasan terhadap pernafasan anda
- kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
- jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal
Jom lihat juga testimoni seorang pengguna produk Shaklee yang berusaha untuk merawat anaknya yg ada asthma selain daripada rawatan hospital.. Berkat USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. anaknya menunjukkan POSITIVE IMPROVEMENT.
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.
Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
No comments:
Post a Comment