Friday, July 5, 2013

Kelebihan GLA Complex Shaklee Berbanding EPO

Assalamualaikum...

Sewaktu belum mengenali Shaklee dulu, saya memang mengamalkan EPO atau evening primrose oil. Selepas hampir setahun berkahwin dan belum dapat zuriat, seorang akak ofis lama cadangkan saya mengambil EPO. Alhamdulillah..memang rezeki saya dan dengan izin Allah saya hamil after consume 2 botol EPO. Sewaktu anak kedua juga saya mengamalkan EPO sehinggalah saya bertemu GLA Complex Shaklee dan saya hamil anak ketiga. Alhamdulillah..Allah lihat usaha saya untuk hamil dan hamil lagi...

GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak yang mempunyai kuasa penyembuhan dalam tumbuhan dan digunakan dalam mengatasi masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS), ketidakstabilan hormon, ketidaksuburan dan sebagainya.

Sebenarnya kedua-duanya, EPO dan GLA Complex mempunyai kandungan GLA. Tapi sudah tentu ada perbezaan antara keduanya.

GLA Complex vs EPO


EPO dihasilkan dari bunga evening primrose yang tinggi dengan kandungan GLA, manakala GLA Complex pula dihasilkan dari bunga borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25% berbanding hanya 10% di dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu menguatkan sel dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.

Kebaikan GLA Complex

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf
  16. Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang inginmengurangkan berat badan



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

No comments:

Post a Comment