Monday, August 19, 2013

Tips Menghadapi Ujian Hidup

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin sharekan tips dalam menghadapi ujian hidup. Setiap orang pasti tidak lepas dalam menghadapi ujian hidup, tapi bagaimana kita menghadapi dan menangani, itu yang penting. Berat mata memandang dan telinga yang mendengar, tetapi lagi berat bahu yang memikul. Walaupun kita merasakan diri kita sarat dengan ujian hidup atau masalah tetapi pandanglah mereka yang jauh lagi menderita dan merana agar kita memperolehi kekuatan dan semangat.

Setiap orang mempunyai kekuatannya tersendiri dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Saya sangat percaya setiap apa yang Allah tentukan buat hidup kita adalah yang TERBAIK untuk kita. Dan sesekali ujian yang tiba itu merupakan tanda kasih sayang Allah pada kita. Percayalah..Allah bukan saje-saje ingin menguji kita.

Selain mendekatkan diri dengan Yang Esa, saya sering membaca tips ini daripada blog saudara kita untuk menenangkan hati dan sentiasa mencari blog-blog motivasi untuk menaikkan lagi motivasi diri. Sesungguh saya tahu, ramai lagi diluar sana yang perlukan makanan jiwa dan rohani. Sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.


Jom sama-sama baca tips ini dan semoga apa jua bentuk ujian yang bakal tiba akan kita tempuhi dengan TABAH dan SABAR serta menjadikan kita insan yang DEKAT kepadaNya.
 
  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).

  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi).

  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim).

  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).

  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6).

  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. "Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).

  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup . Apa-apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Credit & Thanks: http://akuislam.com

No comments:

Post a Comment