Sunday, September 1, 2013

8 Tips Menambah Berat Badan

Assalamualaikum...

Sebenarnya, ada dua faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan. Yang pertamanya adalah, makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

Yang keduanya, adalah pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Jom ikuti 8 tips berikut untuk menambah berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal.

1. Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian.
  • Caranya: Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
  • Caranya: Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
  • Caranya: Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
  • Caranya: Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5. Melakukan senaman secara teratur
  • Caranya: Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
  • Caranya: Ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
  • Caranya: Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan

8. Sokongan makanan tambahan
  • Caranya: Contohnya vitamin B yang membantu mencernakan nutrisi yang diambil.


Tambah Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee

Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk menambahkan atau menaikkan berat badan iaitu Meal Shakes, Vitamin B Complex dan Vitalea. Serba sedikit penerangan tentang ketiga-tiga produk.


Meal Shakes - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Berperisa vanilla yang sedap.

Vitamin B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

Berminat dan teringin nak tambah berat badan? Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

No comments:

Post a Comment