Assalamualaikum..
Air putih ada banyak khasiat dan kebaikan kepada badan kita. Bukan setakat untuk dapatkan badan yang sihat, malah untuk kecantikan dan kurus pun air putih memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.
Kita digalakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan anak, anda disarankan minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan juga air putih juga salah satu elemen penghasilan susu badan.
Tambahan lagi, bagi mereka yang mengamalkan suplemen perlu mengambil satu hingga tiga liter air putih sehari untuk melancarkan penyerapan vitamin oleh tubuh dan melengkapkan keperluan zat dan nutrisi dari pengambilan makanaan seimbang anda.
Tetapi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan air putih juga memainkan peranan yang penting. Kekurangan air sewaktu proses menurunkan berat badan akan menyebabkan dehidrasi dan membahayakan kesihatan.
Bagaimanakah air membantu proses penurunan berat badan?
1. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
2. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.
3. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.
4. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
5. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.
6. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
7. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.
8. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.
9. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.
10. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.
Selamat mencuba!!!
Credit: Julmazli Dot Com
No comments:
Post a Comment