Tuesday, September 3, 2013

Set Kesuburan Shaklee Mengikut Budget Anda

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanyakan pada saya tentang set kesuburan shaklee dan ada juga yang confius sebab banyak sangat kombinasi set kesuburan. Sebenarnya kami sebagai distributor selalunya akan mencadangkan set kesuburan mengikut masalah customer dan juga budget yang mereka peruntukkan. Kadang-kadang ada juga customer yang dah siap-siap pilih apa yang diorang mahukan sebab mereka telah membuat pembacaan dan mengkaji produk yang mereka ingin ambil.

Walau bagaimanapun, jangan risau jika anda tidak tahu produk apa yang hendak diambil dan tidak tahu pula fungsi produk itu untuk anda. Kami sentiasa bersedia membantu menjawab setiap persoalan anda serta memberikan tips dan maklumat untuk anda.

Secara amnya, anda boleh mengambil set kesuburan seperti dibawah tetapi jika anda nak ambil kombinasi selain daripada yang bawah tentu sahaja boleh dan saya sedia bantu untuk konsultasi.


Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

  • Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
  • Memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan & pelekatan telur
  • Mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
  • Membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
  • Menghasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
  • Menstabilkan hormon
  • Menguatkan rahim
  • Menghasilkan sperma yang sihat
  • Melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
  • Membantu mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS
  • Memberikan tenaga dan menyihatkan badan.

Bagaimanakah produk-produk ini dapat membantu anda subur? Sedikit penerangan tentang manfaat vitamin-vitamin ini kepada badan dan kesuburan.

√ VITALEA: Vitalea diperkaya dengan kandungan zat besi. Zat besi penting untuk pengangkutan darah dan oksigen dalam tubuh. Kaum wanita memerlukannya untuk menjaga keseimbangan ovulasi.

√ B COMPLEX: Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita, asid folik pula penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

√ VITAMIN C: Bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas, seterusnya membantu menghasilkan sperma dan ovum yang sihat. Ia juga membantu penyerapan iron yang penting untuk kesuburan.

√ GLA: Membantu dalam masalah haid dengan mengatur kitaran haid. Apabila kitaran haid teratur, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. GLA juga membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.

√ ESP: Merupakan sumber protein soya yang terbaik. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Protein membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. Membantu penyerapan khasiat yang optimum jika di ambil bersama dengan vitamin yang lain. Ia cepat menyerap dan memberikan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.

√ ZINC: Penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

√ VITAMIN E: Menyokong pengeluaran sperma, hormon seks dan mencegah kerosakan DNA sperma. Kerosakan yang banyak pada DNA sperma boleh menyebabkan kemandulan. Selenium dalam vit e berfungsi mencegah pengoksidaan sel-sel sperma.

√ ALFALFA: Mengatasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) serta meningkatkan stamina seorang suami & isteri. 

Adakah Set Kesuburan Shaklee ini BERKESAN?
Soalan begini sering juga saya terima. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengamalkan gla untuk membetulkan kitaran haid dan seterusnya hamil serta testimoni-testimoni customer, vitamin kesuburan shaklee ini sangat membantu. Walau bagaimanapun, suka saya ingatkan, semuanya adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Sebagai manusia, kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal....Selebihnya biar DIA tentukan. 

Untuk melihat testimoni pengguna, klik DISINI

Berminat? Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

No comments:

Post a Comment