Assalamualaikum...
Alhamdulillah..setelah dua kali melahirkan anak, saya tidak pernah mengalami sembelit selepas bersalin. Sembelit pada hari-hari lain ada la tapi tidak la selalu. Tetapi memang rasa seriau je nak membuang jika lepas bersalin. Macam-macam perasaan ada..iye la..luka tak baik lagi. Selalunya lepas seminggu baru saya rasa nak membuang.
Apa yang menyebabkan sembelit ni? Jom baca sedikit perkongsian daripada Majalah PaMa ini.
Terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.
- Jumlah progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
- Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran.
- Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
- Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
- Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
- Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
- Mendapat jahitan pada luka.
Bagaimana nak atasi masalah sembelit ini?
- Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).
- Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.
- Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.
- Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.
- Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!
- Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
- Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).
Selamat mencuba ye kawan-kawan... jika anda perlukan bantuan suplemen, saya sangat syorkan OSTEMATRIX dan ALFAFA COMPLEX SHAKLEE. Ostematrix menguatkan otot-otot usus dan alfalfa mengandungi herba yang boleh melembutkan najis. Gabungan VITAMIN OSTEMATRIX dan ALFALFA insyaAllah berkesan untuk mengelakkan sembelit. Walau bagaimanapon, pengambilan air 2-3 Liter sehari tidak boleh dilupakan.
Ramai customer saya menggunakan SET BERPANTANG SHAKLEE dan ADD ON OSTEMATRIX + ESP untuk membantu mereka cepat sembuh dan dalam masa yang sama mengelakkan SEMBELIT serta membantu misi PENYUSUAN.
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.
Contact Info:
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
No comments:
Post a Comment