Assalamualaikum...
Penyakit SLE? Sememangnya ramai wanita diluar sana yang masih belum sedar akan kehadiran penyakit ini. Dua orang daripada ahli sanak saudara saya sendiri pernah mengidap SLE. Kedua-duanya adalah sepupu wanita saya dan telah meninggal dunia. Alfatihah buat mereka.
Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui yang kedua-dua sepupu saya ini mempunyai penyakit SLE. Cuma selepas mereka meninggal barulah mak saudara saya menceritakan tentang penyakit ini. Ini kerana penyakit SLE ini memberikan effect kepada anggota badan yang lain yang boleh membawa maut. Begitu juga dengan arwah, kegagalan fungsi organ dalam badan merupakan salah satu sebab punca kematian. Walau apapun, semuanya adalah ketentuan Allah...Dia Maha Mengetahui.
Oklah, back pada penyakit SLE ini...jom baca sedikit maklumat tentang SLE ini. Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik
“autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu
badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian
sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem
saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari
perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor
Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan
tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit
sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam.
Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission),
dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
- Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
- Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
- Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada
sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun
gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam
yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat
juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk
“kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian
atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE
sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini
akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada
seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari
seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
- Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
- Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
- Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
- Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
- Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
- Sawan, strok dan gangguan mental
- Risiko untuk mendapat darah beku
- Kerap keguguran bayi
- Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
- Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Fakta Yang Perlu Diketahui
- Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
- Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
- Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Untuk mengetahui lebih detail tentang penyakit SLE ini, saya syorkan kawan-kawan melawat laman Persatuan SLE Malaysia. Banyak info yang kawan-kawan boleh perolehi di sana. Semoga ia memberi manfaat kepada kita bersama.
klik gambar untuk lihat lebih jelas |
Di sini, saya juga ingin kongsikan pengalaman seorang rakan, Elis Azlizan yang mempunyai adik yang mengidap penyakit SLE ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita dan janganlah berputus asa jika ada ahli keluarga kita juga mempunyai masalah yang sama. Berikanlah mereka sokongan dan bantulah mereka. Tiada yang lebih menggembirakan apabila orang yang tersayang sihat atau pulih. Jom baca sama..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Assalamualaikum..
Just nak berkongsi cerita pasal adik saya yang mengidap SLE. Kesan daripada SLE tu, buah pinggang adik saya tak berfungsi dengan baik..Bermula pada tahun 2011 sampai hari ni, setiap hari dia akan buat dialisis air setiap 6 jam (4x sehari) di rumah..
Peralatan semua hospital sediakan tapi bekalan air kami perlu beli dari hospital..dapat bekalan ubat hospital seperti prednisolone, ubat darah tinggi..kalsium..etc..pernah sekali darah tinggi dia naik sampai takde bacaan..terlampau tinggi..urat mata hampir rosak..Keluar masuk hospital jgn cakap la..setahun terpaksa tangguh pengajian...Tapi syukur, semangat dia masih kuat dan keinginan untuk hidup cam org lain sgt tinggi..Dia sekarang sudah bekerja dan saya berterima kasih pada bosnya yg faham dgn masalah adik saya tu..
Bila dah mula aktif dengan Shaklee, saya bagi adik saya makan omega..sebab masa tu tgh promo, jadi ambil la peluang..saya paksa dia makan..setiap hari saya akan telefon tanya omega dh amik ke belum.Sampai kadang2 tu saya tak percaya dia makan, saya double conferm ngan mak abah..Pesan suh dia makan..saya kakak yang garang..huhu..Saya cakap kat mak, kita kena cuba walau mcm mana cara sekalipun..Mak saya tak setuju sebab harganya agak mahal..tapi bila dh explain, dan bertegas nk jugak dia cuba..mak saya akur..
Jadi permulaan dia mkn omega 1biji sehari..Ada healing crisis jugak..dia jadi haus sgt2 (nk minum air byk tak boleh, kidney problem) ..mengantuk.. letih.. pening.. 2minggu lepas tu dh ok.. Sampai satu masa darah tinggi dia naik, sampai kena tahan hospital..kuar dari hosp pun bukan sihat sepenuhnya, masih pening2 jugak..Saya ckp kat dia, amik 2 bj omega setiap hari untuk turunkan tekanan darah..ALHAMDULILLAH.. tekanan darah dia turun..Start dari tu keyakinan pada suplement Shaklee semakin meningkat..tapi of coz semuanya adalah kuasa Allah..yang penting kita berusaha bukan tunggu dan lihat je..Ubat/Suplemen cuma sebagai alat..ALLAH la yang beri kesihatkn pada badan kita..
Lepas tu saya bagi Oste plak..sebab dari pembacaan saya org yg ada kidney failure tak bleh amik susu sgt (mohon dibetulkan kalau salah..) untuk keperluan kalsium badan dia..sbb mak ckp asik sakit urat je adik saya tu..dia memang malas nk bgtau saya, sbb nnt saya mesti suruh mkn suplement..menyampah agaknya..tapi percaya la AKU SAYANG KAU dik..
Tapi ni cerita paling gembira saya nk kongsi..
Sekarang Adik saya dh tak perlu buat dialisis air setiap 6 jam..doktor kurangkan jadi 8 jam..maknanya 3x je sehari..berita ni saya baru dpt malam tadi..ALHAMDULILLAH.. menitik air mata dengar..walaupun baru dikurangkan jadi 3..semoga dia semakin berkurang..ini kerana kesan dari SLE tu ia meningkatkan blood urea nitrogen (BUN) dan creatinine dalam buah pinggang..Doktor ckp creatinine yg ada dh kurang.(saya pun tak paham ape benda tu, tapi yg penting kesihatan adik saya dh meningkat) .Kalau sebelum ni, sehari lebih kurang 3x je dpt buang air..Sejak 2 menjak ni dekat 5x sehari masuk tandas..
Nak tau tak apa yg saya paksa adik saya makan pulak ?? VIVIX ..belum pun habis sebotol. Kesan nye menggembirakan saya sekeluarga. Dia cakap sepanjang ganti puasa tak letih, tak haus..ada je tenaga..siap bleh tolong mak buat kuih untuk jualan utk bazar ramadhan lagi..Badan pun dh slim skit sbb dia kata tak lapar..
Walaupun proses perubahan ni masih baru saya tetap berdoa pada Allah bagi kesihatan yang sepenuhnya pada adik saya..Ya Allah makbulkanlah doa hamba Mu ni Ya ALLAH...
Terima kasih pada Ija Ramli merangkap 'mak' saya..Semoga Allah balas kebaikkan dia yg sudi bantu saya..
Sekian..
Elis Azlizan
Pesakit SLE dari segi Medicalnya Science - BELUM ada PENAWAR, maksudnya walaupun dengan bantuan supplement atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal activiti cell LE/Lupus dari active menyerang tubuh. Apa yang lebih tepat ialah suplemen itu mengawal simptom SLE.
Walau apapun, berusahalah sehabis mungkin, selebihnya serahkan pada Dia Yang Esa. Jika kawan-kawan berminat mendapatkan Vivix untuk yang tersayang yang mengidap SLE, boleh hubungi saya.
Contact Info:
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
ADIK SAYA MENGALAMI SLE...
ReplyDeleteBOLEH KER AMBIK SUPLEMENT BERSULAM UBAT. BILA TANYA DOKTOR TAK BAGI AMBIK APA2 SUPLIMEN LAGI. TKASIH