Friday, March 14, 2014

Kenapa Kerap Letih?

Assalamualaikum..

Rasanya semua orang pernah berasa letih atau penat. Tetapi apakah penyebab yang membuatkan kita berasa letih dan tidak bermaya. Perhatikan gaya hidup kita kerana antara penyebab kita sentiasa letih adalah disebabkan oleh aktiviti harian kita.

Jom baca beberapa sebab dan kenapa kita kerap letih. Jangan rasa letih dan mengantuk pulak bila baca artikel ini .. :-)

tidak cukup tidur
TIDAK CUKUP TIDUR

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas. Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam. Jadikan tidur itu satu keutamaan dengan tidur tepat pada waktunya dan untuk mendapatkan tidur yang lena, jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda. Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder). Sila dapatkan nasihat doktor.


SLEEP APNEA

Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda. Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam. Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar. Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam. Atasinya dengan mengurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan dan berhenti merokok


TIDAK CUKUP TENAGA

Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal. Jangan skip breakfast dan ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan serta makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan


ANEMIA

Anemia sering berlaku di kalangan wanita. Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid. Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda. Atasinya dengan makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang dan ambil suplemen yang mengandungi zat besi


kemurungan

KEMURUNGAN

Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda. Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa. Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, dapatkan nasihat doktor. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan psychoteraphy dan mengambil suplemen atau ubat-ubatan.



HYPOTHYROIDISM

Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda. Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda. Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan


TERLALU BANYAK CAFFEINE

Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana. Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness. Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan. Atasinya dengan mengurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur. Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan


DIABETES

Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga. Atasinya dengan mengubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman dan jaga pemakanan anda dengan mengawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula



DEHYDRATION

Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate. Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja. Dahaga merupakan anda dehydrate. Atasinya dengan kerap minum air sepanjang hari dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari


PENYAKIT JANTUNG

Keletihan merupakan salah satu simptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung. Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor. Anda juga boleh atasinya dengan mengubah gaya hidup anda. Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga


KERJA MENGIKUT SHIFT

Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda. Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun. Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang. Untuk mengatasinya, apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya. Anda perlu jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk. Pengambilan suplemen juga boleh membantu anda.


ALLERGY TERHADAP MAKANAN

Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut. Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan


psst: nak dapatkan suplemen untuk bantu anda bertenaga dan rasa lebih sihat, jom hubungi saya 

No comments:

Post a Comment