Wednesday, March 19, 2014

Tips kurus selepas bersalin

Assalamualaikum..

Rasanya semua ibu yang pernah mengandung nak kurus selepas bersalin lebih-lebih lagi mereka yang naik berat badan yang banyak sewaktu mengandung. Maklumlah mengandung.. no more diet.. :-)

Tapi yang menjadi masalahnya apabila bersalin, tolak berat bayi yang lahir, berat yang tinggal amat banyak.. Lemak yang dah menebal kat badan masih kekal.. perut pulak macam ada baby satu lagi kat dalam dan menggeleber.. huhu.. menakutkan dan merisaukan...

Macam mana nak kurus selepas bersalin? Nak diet lebih-lebih, kesian pulak kat baby yang menyusu. Baby perlukan nutrisi yang cukup untuk membesar.



Haa, jom ikuti tips kurus selepas bersalin ni...

  • Jangan skip meals. Banyak kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tengahari dan malam. Anda boleh menggantikan nasi dengan roti wholemeal atau mengambil nasi dalam jumlah yang sedikit. Segenggam nasi mencukupi.

  • Breastfeeding. Menyusukan bayi adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas bersalin kerana menyusu dapat membakar 500 kalori setiap hari. Aktiviti menyusu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi membantu ibu untuk cepat kembali kurus. 

  • Banyakkan minum air masak. Minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan. Setiap berat 25kg bersamaan 1 Liter air masak.

  • Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekal tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner. 

  • Senaman. Walaupun dalam keadaan berpantang tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Anda boleh lakukan senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan dengan stroller atau mendukung bayi anda sudah cukup untuk anda membakar kalori.

  • Disiplin ambil set bersalin. Jika anda mengambil mana-mana set bersalin, pastikan anda mengikut betul-betul cara pengambilan set bersalin pada waktu berpantang. Hal ini kerana dengan pengambilan set berpantang akan membantu anda sihat dan kurus. Nak pilih set bersalin, klik DI SINI.

  • Bertungku dan Berurut. Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.


No comments:

Post a Comment