Assalamualaikum...
Wah ada gathering2 bagai dalam shaklee. sebenarnya ini adalah inisiatif ahli kumpulan kami sendiri supaya kami dapat bersua muka dan berkenal-kenalan. Maklumlah selama ini hanya berkomunikasi di alam maya sahaja.
Sebenarnya gathering ini diadakan pada malam 18hb April...sehari sebelum Master Celebration Mama Azrin. Tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan diantara ahli-ahli shaklee di dalam group Dream Becomes True Shaklee (DBTS) dan Oh My Shaklee (OMS). Tuan punya rumah adalah Kak Mah iaitu anak kepada kak long saya Kak Najihah..
Meriah sungguh gathering ini walaupon ada yang sampai lambat gara-gara tersesat jalan..hehe.. Majlis yang simple dengan menu pot luck dan siap berbbq lagi. Thanks pada suami-suami yang sporting pada malam tu.. tolong jaga anak la.. tolong bakar ayam la dan yang penting tolong support isteri dalam bisness shaklee.
Yang paling best saya dapat berjumpa face to face dengan susur galur saya di dalam shaklee... iaitu bermula dengan upline saya sendiri ummi Mai, diikuti mama Wardah, ibu Siti Noriza dan yang paling tak sangka.. nanny kami, Master Lyna Noh dan Master Zainul pun turut hadir. Mama Azrin pula tidak dapat hadir kerana anaknya tidak sihat. Walau apapun memang happening pada malam tu dengan acara tukar-tukar hadiah bagai.. best sangat.. rasa sangat bertuah kerana berada di dalam kumpulan bisness yang TEPAT.
Walaupun masing-masing baru kali pertama bersua muka tapi ikatan persahabatan tetap erat kerana kami telah saling dikenal di alam maya dan berkongsi ilmu. Inilah yang BESTnya di dalam kumpulan kami.. Sentiasa berkongsi ilmu dan pandangan masing-masing. Masing-masing humble walaupun sudah berada di rank yang teratas.
Jom layan gambar sekitar majlis.. majlis ni bukan formal tau..
bersama ummi Mai aka upline aka my best friend
sesi makan-makan
bersama Master Lyna dan Master Zainul
sesi tukar hadiah
santai-santai makan
semua yang hadir
hadiah daripada upline2 yang baik hati dan pemurah
Kalau anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan kami, jemput2 lah hubungi saya.. kita boleh bercerita dengan lebih panjang lebar.
No comments:
Post a Comment