Thursday, November 6, 2014

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Assalamualaikum..

Sewaktu pergi membuat Pap Smear, nurse bertanyakan sama ada saya ada membuat pemeriksaan sendiri payudara ataupun tidak ketika dirumah... sambil senyum2 saya jawab ...hmmmm TIDAK.. huhuhu..

Sebenarnya saya bukanlah tidak buat langsung pemeriksaan payudara, sekali sekala memang saya check juga cuma tak sedetail yang klinik ajarkan dan saya sendiri pon tak ingat camana langkah sebenar untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri ini... huhu.. teruk betul kannnn

Walaupun saya check tak detail tapi yang paling penting saya akan pastikan tiada benjolan atau tanda-tanda yang pelik pada payudara... PENTING NI.. kalau ada cepat2 la jumpa doktor.

Okay, disebabkan dah di sound oleh nurse, saya pon apa lagi, balik umah teruslah google pasal Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) ini... hehehe

Jom la baca sedikit info ni yang saya ambil daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

sumber gambar

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku di kalangan wanita).

Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.... huhuhu ramainya...takut..


Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  1. Ketulan yang tidak sakit di payudara atau ketiak
  2. Ruam yang berterusan sekeliling puting
  3. Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  4. Perubahan pada kulit seperti bengkak dan menebal, berlubang dan permukaan kulit yang berkedut
  5. Puting tertarik ke dalam

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?

Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.


Bagaimanakah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)?

1. Melihat perubahan di hadapan cermin - boleh buat ketika hendak mandi

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan cermin. Angkat kedua-dua tangan anda ke atas. Memerhati saiz, bentuk, kulit dan keseimbangan payudara anda daripada beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan anda. Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi. Selepas ini, memerhatikan payudara anda apabila menegangkan otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

2. Mengesan dengan cara berbaring

Untuk memeriksa payudara kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan. Ini adalah untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. Ini akan “mengemukakan” payudara yang lebih “leper” dan kurang bergerak semasa pemeriksaan dibuat.

Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Gunakan tapak jari (finger pads) untuk menekan secara sistematik seluruh payudara anda. Pastikan tapak jari adalah selari dengan permukaan kulit payudara. Kaedah urutan menegak, pusingan (circular) atau “wedge” boleh digunakan. Pilihlah sistem yang anda terasa sesuai untuk anda dan gunakan kaedah yang sama setiap kali.

Jangan lupa memeriksa seluruh payudara dan ketiak anda. Puting patut diperiksa untuk lelehan tetapi jangan menekan payudara dan puting terlalu kuat untuk mengeluarkan lelehan.

Tukarkan bantal ke bawah bahu kiri untuk memeriksa payudara kiri dengan tangan kanan anda.

Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun menyenangkan pergerakan anda apabila merasai payudara anda untuk benjolan. Tetapi, ini merupakan langkah ekstra dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring.

psst: langkah untuk check PSP ni ada dalam bentuk gambar, tapi saya segan nak letak.. nanti boleh google sendiri ek.. cara pemeriksaan ni saya rujuk di sini


Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP? 

PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.


Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma' - Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.


okay, dah dapat sedikit info kannn... ayuhlah buat pemeriksaan sendiri payudara :-)
 

2 comments: