Assalamualaikum..
Vitamin B Complex Shaklee adalah antara vitamin yang boleh dikatakan wajib saya ambil setiap hari. Sebabnya saya nakkan asid folik atau folate yang terdapat di dalam B Complex Shaklee. Iye lah, saya kan tengah merancang untuk mengandung, jadi asid folik ni sangat penting untuk saya amalkan awal-awal lagi.
Lagipon vitamin-vitamin B lain yang terdapat dalam Vitamin B Complex Shaklee juga mempunyai banyak manfaat. Salah satu vitamin B yang ada adalah B1 (Thiamine). Jom baca sedikit apa kebaikan vitamin B1 ni.
Memberikan Tenaga
Vitamin B berperanan menukarkan glukosa atau gula kepada tenaga. Vitamin ini berfungsi sebagai co-enzyim yang membantu proses pengubahan glukosa kepada tenaga untuk fungsi organ khususnya JANTUNG, PARU-PARU, OTAK DAN GINJAL.
Membantu Fungsi Kardiovaskular dan Pembuluh Darah
Vitamin B1 bertanggungjawab terhadap keupayaan acetylcholine, salah satu neurotransmitter yang menyalurkan pesan ke otot dan syaraf.
AMARAN : Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan berkurangnya neurotransmitter dan menyebabkan denyut jantung tidak teratur dan menyebabkan kegagalan fungsi jantung
Menjaga Kesihatan Mata
Pengambilan Vitamin B1 bersama dengan omega 3 dan omega 6 boleh membantu menjaga kesihatan mata dan mengelakkan pertumbuhan Katarak.
Meningkatkan Fungsi Otak
Vitamin B1 boleh membantu meningkatan memori, ia juga berperanan dalam mengurangkan stress dan menguatkan saraf.
Melindungi Saraf
Saraf dilindungi lapisan pelindung yang dinamakan lapisan myelin. Kekurangan vitamin B1 dapat melemahkan lapisan myelin saraf. Pengambilan vitamin B1 yang mencukupi membantu pengembangan lapisan myelin saraf dan membantu fungsi saraf .
Membantu Pencernaan
Vitamin B1 membantu tubuh mengeluarkan hydrochloric acid yang penting untuk membantu pencernaan makanan.
Membantu Perkembangan Sel Darah Merah
Vitamin B1 turut berperanan dalam penghasilan sel darah merah yang sangat vital bagi tubuh.
Meningkatkan Selera Makan
Vitamin B1 dapat meningkatkan selera makan bagi menjamin kecukupan nutrisi tubuh.
Melindungi Membran Mucosa
Membran mucosa melindungi tubuh kita dari mikroorganisma asing yang menyebabkan infeksi. Membran mukosa melindungi bahagian dalam hidung, paru-paru, dan kelopak mata.Vitamin B1 membantu pembentukan sel-sel baru membran mukosa.
AMARAN : Kekurangan vitamin B1 akan menyebabkan membran mucosa kering dan pecah.
Mengurangkan Kesan Penuaan
Vitamin B1 merupakan antioksidan yang memiliki kemampuan melawan kesan penuaan kerana kerosakan sel.
Hmm banyak sungguh manfaat vitamin B1.. itu baru B1, ada banyak lagi vitamin B lain.. masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk kesihatan tubuh badan kita.
Kalau rasa susah nak dapatkan vitamin B dalam pemakanan harian, jom amalkan suplemen untuk topup mana2 nutrisi yang kurang tu. Dapatkan B Complex Shaklee yang lengkap dengan Asid Folic.
RM53 (120 biji) |
Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
- B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga
- Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
- Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg
dapatkan bekalan vitamin B anda hari ini!!!
------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and
drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat,
cure or prevent any diseases
No comments:
Post a Comment