Sunday, May 6, 2018

Cara Berkesan Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat

Ulser mulut walaupun sekecil mana pun, tentunya sakit, pedih dan mengganggu aktiviti kita. Apakah cara yang berkesan untuk menghilangkan ulser mulut ini dengan cepat?

Terdapat beberapa petua yang disaran. Anda boleh mencubanya, antaranya:-

  • Menyapu gel aloe vera
  • Menyapu madu asli
  • Berkumur dengan air garam
  • Berkumur dengan larutan antiseptik
  • Menyapu dengan gel oral

Apakah perkara yang perlu lakukan dan elakkan sekiranya anda mengalami ulser mulut?

Pastikan anda:
  • menggunakan berus gigi yang lembut dan halus untuk memberus gigi
  • banyakkan meminum air kosong
  • minum menggunakan straw sekiranya perlu
  • makan makanan yang lembut

Elakkan:
  • memakan makanan pedas, berempah, atau berasid seperti jus oren
  • meminum minuman yang terlalu panas
  • memakan makanan yang keras seperti keropok, kerepek, atau kacang


Jom saya kongsikan satu testimoni tentang ulser mulut..



[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.

#########################################

Jika anda mempunyai masalah yang sama dan mahu mendapatkan produk shaklee sebagai alternatif, boleh hubungi saya Norasiah 0173613604 atau terus klik wasap.com.my/60173613604


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

No comments:

Post a Comment