Tuesday, November 20, 2018

Wajib Tahu! 10 Kebaikan Jalan Kaki

Jalan kaki adalah antara aktiviti fizikal yang mudah dilakukan. Jalan kaki tidak memerlukan kos yang tinggi melainkan anda hanya perlu menyediakan kasut yang bersesuaian. 


10 KEBAIKAN JALAN KAKI

Jalan kaki boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi ramai yang melakukan aktiviti ini pada waktu pagi kerana suasana tenang dan udara yang segar. Memulakan pagi dengan aktiviti jalan kaki dapat memberikan pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.

#1. Kulit Sihat & Bersinar


Wanita tentunya sukakan aktiviti jalan kaki pada waktu pagi kerana dengan aktiviti ini, anda akan memiliki kulit yang sihat dan bersinar. Pada waktu pagi biasanya kadar pencemaran udara masih rendah dan cahaya matahari yang mengandungi vitamin D masih baik untuk kulit. Ia dapat memberi nutrisi kepada kulit anda. Udara yang baik serta cahaya matahari akan menjadikan kulit bersinar.

#2. Mengurangkan Stress


Rutin berjalan kaki dapat mengurangkan dan mencegah stress. Ketika berjalan kaki atau melakukan aktiviti fizikal lain, tubuh akan melepaskan hormon endorfin yang membuat anda merasa lebih baik, kurang rasa cemas, serta depresi. Selain itu, jalan kaki dapat memperbaiki mood dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.

#3. Meningkatkan Metabolisme


Manfaat jalan kaki mampu membakar kalori pada tubuh sehingga metabolisme dapat meningkat. Sistem metabolisme menjadi lebih baik setelah anda mempunyai rutin berjalan kaki. Metabolisme biasanya perlahan pada saat tidur, sehinggalah sistem tersebut akan ‘dibangunkan’ dan aktif kembali saat anda jalan kaki di pagi hari.

#4. Menguatkan Otot


Berjalan di pagi hari boleh membuat otot kaki, paha termasuk punggung menjadi kuat bahkan dapat meningkatkan ketahanan otot akibat tubuh bergerak, sehingga stamina tubuh akan dikekalkan.

#5. Mengurangkan Risiko Diabetes


Dengan melakukan aktiviti berjalan kaki secara automatik kadar gula atau glukosa di dalam tubuh akan bekerja di setiap jaringan sel dalam tubuh anda. Situasi ini membuatkan kadar gula atau glukos tersebut tidak ‘berkumpul atau bertimbun’ di dalam darah. Secara tak langsung ia akan membuatkan anda terhindar daripada penyakit diabetes. Penyakit diabetes merupakan penyakit yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah anda.

#6. Mencegah Osteoporosis


Kesihatan tulang tidak hanya memerlukan kalsium dan vitamin D semata-mata. Tulang juga memerlukan gerakan badan dengan berjalan kaki sekurang-kurangnya 1000 langkah setiap hari dan cahaya matahari pagi paling kurang 15 minit sehari. Apabila aktiviti jalan kaki ini dilakukan secara rutin, maka tulang kita akan lebih kuat dan mampu bertahan lebih lama dari ancaman osteoporosis.

#7. Menyihatkan Jantung


Aktiviti jalan kaki dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, dan menguatkan jantung. Berjalan kaki juga membantu menjaga perjalanan darah masuk dan keluar dari jantung untuk bekerja dengan cara yang sempurna. Ini bermakna berjalan kaki juga penting bagi kesihatan jantung anda. 

#8. Mencegah Strok


Kajian terbaru menyatakan bahawa dengan berjalan kaki selama 20 jam dalam seminggu, mampu menurunkan risiko serangan strok sebanyak 2/3 kali. Inilah yang menyebabkan tidak ramai orang pada zaman dahulu yang terkena serangan strok. Selain mengamalkan makanan seperti buah-buah dan sayuran, pola hidup mereka sangat berbeza dengan kehidupan kita sekarang. Orang pada zaman dahulu banyak berjalan kaki jika ingin pergi ke sesuatu tempat.

#9. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh


Aktiviti berjalan kaki boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh anda sehingga anda tidak mudah diserang penyakit. Ini adalah kerana daya ketahanan tubuh anda terjaga dengan baik.

#10. Menurunkan Berat Badan


Bagi anda yang ingin membakar kalori dengan cara sederhana, tak ada salahnya anda cuba bersenam dengan berjalan kaki. Dengan teknik yang tepat,berjalan kaki boleh menambah jumlah kalori yang terbakar sehingga 15 peratus.

Semoga Bermanfaat!!

Kredit: wom.mymanfaat.co.id

1 comment:

  1. Simply wish to say the frankness in your article is surprising.Thanks for sharing.

    ReplyDelete