Wednesday, April 2, 2014

Cara Mudah Bakar Kalori di Rumah

Assalamualaikum..

Bersenam?? kalau nak harapkan bakar kalori dengan bersenam, rasanya ramai yang susah nak bersenam lebih-lebih lagi kalau kerja tak menentu masa. Dan jika ada masa terluang sekalipun, kita banyak menghabiskan aktiviti hanya indoor atau di dalam rumah.

Sebenarnya banyak aktiviti di dalam rumah yang boleh membantu membakar kalori. Kalau tak percaya jadilah surirumah sekali sekala. Aktiviti seperti menyapu, mengemas dan memasak dapat membakar kalori dan ia tak perlukan belanja pun. Sebenarnya kita tak perasan pun yang aktiviti ni membakar kalori kerana ia rutin harian lebih-lebih lagi pada surirumah macam saya.

okey, jom kita semak cara mudah bakar kalori ketika dirumah,

1. Memasak. 


Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154 kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Di samping itu, harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat.

2. Menggosok pakaian. Rasanya ramai isteri yang memang rutin mingguannya adalah iron baju, baju sekolah anak, baju keje suami dan baju sendiri. Jika anda melakukannya untuk seisi keluarga dalam masa 25 minit, anda dapat membakar 100 kalori.

3. Memvakum. 25 minit memvakum sekeliling rumah anda akan membakar hanya kira-kira 100 kalori.

4. Menonton televisyen atau wayang. Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton.

5. Mencuci rumah. 


Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini.

6. Naik turun tangga. Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru, ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan.

7. Menjemur kain.


Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju ke dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori.

8. Mencabut rumput di laman atau berkebun. Laman anda banyak rumput atau lalang? Apa kata jika tiada kerja mahu dilakukan, cabutlah rumput dan lalang itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman menjadi lebih cantik, anda juga membakar kalori dalam badan.

9. Membasuh kereta. Membasuh kereta dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami dan anak-anak.

Mungkin tak nampak sangat penurunan berat badan jika hanya melakukan aktiviti ini semata-mata. Tapi jika disertakan dengan diet dalam pengambilan makanan, disiplin dan konsisten. InsyaAllah anda boleh berjaya dapat berat badan yang diidamkan.

Sekiranya anda merasakan perlu bantuan suplemen untuk membantu menjayakan misi anda untuk kurus, anda boleh hubungi saya, 017-3613604 (Norasiah) untuk mengetahui produk shaklee yang sesuai untuk program pelansingan badan.


1 comment: