Makanan bukan sahaja berperanan untuk memberi nutrisi dan membantu tubuh sihat dan cergas. Sebaliknya makanan yang sihat juga penting untuk meningkatkan kesuburan.
Nak tahu makanan apa yang boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita? Jom baca sedikit perkongsian saya.
Taugeh
Tinggi vitamin E dan antioksida. Vitamin E bagus untuk kesuburan dan . Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Disebabkan sifatnya yang tinggi antioksida, Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma dari krosakan akibat oksidasi. Rosaknya DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan.
Selain itu, Vitamin E ini sangat digalakkan diambil oleh kedua-dua pasangan. Ini kerana ia mampu menaikkan keinginan untuk bersama. Jika, seseorang itu mengalami masalah kedinginan selepas beranak juga dinasihatkan mengamalkan vitamin E.
taugeh |
Kerang
Kerang merupakan makanan laut yang tinggi zink. Kekurangan zink mempengaruhi kesuburan, baik wanita atau lelaki. Bagi lelaki, makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma.
Betik
Kaya vitamin C, merupakan antioksida yang baik untuk tubuh. Berupaya meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Jadi amalkan buah betik dalam menu harian dan 500mg vitamin C untuk kesihatan.
betik |
Sayur-sayuran hijau dan kekacang
Mengandungi folat yang penting untuk persediaan ibu hamil dan semasa mengandung. Digalakkan mengambil asid folik beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil lagi.
Selain itu, makanan atau minuman seperti dibawah juga dikatakan dapat membantu meningkatkan kesuburan.
- Madu Lebah
- Badam
- Kurma
- Buah Zaitun
- Buah Delima
- Habatus Sauda
- Tauhu
- Bayam
- Avocado
- Bawang Putih
- Oat
- Anggur
- Kobis
- Susu Segar
- Oren
- Asparagus
- Kacang merah
- Brokoli
- Kuaci
- Tomato
- Kuning Telur
- Soya
- Kismis
- Ayam Belanda
- Sayur Salad
- Lada Benggala
- Thyme
- Abalone
Kesimpulannya, makanan yang kaya dengan unsur-unsur Vitamin C, Protein, Beta Carotene, Asid Folik dan Zat Besi sangat membantu meningkatkan kesuburan. Makanan segar yang tidak diproses dalam bentuk yang Allah ciptakan adalah sumber TERBAIK
untuk anda dapatkan sumber zat yang disarankan.
Walaubagaimanapun,
jika anda sukar mendapat sumber makanan yang segar, tidak diproses dan
seimbang, mengambil suplemen adalah salah satu cara alternatif. Pastikan suplemen tersebut halal dan semulajadi.
No comments:
Post a Comment