Wednesday, December 3, 2014

6 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Hamil

Assalamualaikum...

Sewaktu saya merancang untuk hamil dulu, perkara pertama yang saya lakukan adalah menjaga pemakanan. Walaupun bukanlah 100% mengikuti diet yang sihat tetapi saya cuba jugak untuk mengelakkan beberapa makanan seperti air bergas, tapai, nenas dan junk food serta mengurangkan pengambilan minuman berais.

Bagi saya, pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi amat penting untuk hamil. Ini kerana ia berkait rapat dengan kesihatan dan kesuburan kita. Mungkin bagi sesetengah orang mereka tidak perlu menjaga makan atau pantang sana sini untuk hamil dan tanpa buat itu semua pun mereka mampu hamil. Namun sebagai orang Islam, kita kena percaya rezeki anak adalah ketentuan dari Allah. Yang paling penting adalah usaha kita, selebihnya biar Allah yang tentukan.

Pemakanan yang sihat juga dapat memberikan tubuh kita persediaan untuk mengandungkan bayi selama 9 bulan kelak. Jadi ambillah makanan yang sihat serta seimbang dan elakkan beberapa makanan seperti berikut:-


1. Kafein
Minuman seperti kopi dan teh sangat kaya dengan kafien. Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan. Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.



2. Dadah/ Ubat Sintetik
Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.



3. Minuman Alkohol
Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan



4. Minuman berais
Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.



5. Makanan Segera/ makan proses
Makanan segera/ proses sangat tinggi kandungan garam, lemak dan bahan perisa makanan. Sudah diketahui sangat tidak elok jika di ambil secara berlebihan.



6. Makanan yang disajikan mentah
Cuba elakkan memakan makanan yang disajikan secara mentah  dan pastikan makanan dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan kuman dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan.

Selamat mencuba ye!!

No comments:

Post a Comment