Friday, October 3, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimanakah Kafien Mengganggu Penyerapan Vitamin?

Assalamualaikum..

Kopi dan teh adalah antara minuman yang jelas mengandungi kafien. Kalau ingat balik, arwah nenek dan datuk saya memang sangat sukakan kopi yang pekat dan manis. Itulah minuman harian mereka baik pagi atau petang. Di rumah keluarga saya pulak, teh menjadi pilihan..maka kami tidak dapat lari daripada kafien. 

Bagaimanakah Kafien Mengganggu Penyerapan Vitamin

Walau bagaimanapun, satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan kita secara keseluruhannya. Namun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.

Sebenarnya ramai yang tak sedar pengambilan kafien boleh mengganggu penyerapan vitamin lebih-lebih lagi apabila diambil secara bersama seperti minum teh pada waktu breakfast dan kemudian mengambil vitamin selepas itu. Bagaimanakah kesan kafien tadi pada vitamin yang kita telah ambil? Jom kita tengok satu persatu..


(1) Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Sebaik-baiknya dijarakkan pengambilan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi apabila kita kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan dan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah kita mengambil minuman berkafien sedangkan dalam masa yang sama kita mengamalkan vitamin baik Shaklee atau jenama lain? Sebenarnya tidak ada masalah jika kita nak ambil kopi atau tea, cuma jika anda hantu kopi, saya sangat galakkan anda kurangkan pengambilan minuman kafien, bersederhanalah dan kalau nak minum, sila jarakkan pengambilan dengan vitamin. 

Kebanyakan kita mengambil vitamin selepas makan, jadi cara terbaik untuk mengelakkan kafien mengganggu penyerapan vitamin yang kita ambil, minumlah kopi antara waktu makan seperti pada waktu minum petang (tea time), bukannya selepas atau sebelum makan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada badan menyerap segala kebaikan daripada vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Oklah, nak order vitamin Shaklee? jom hubungi saya atau boleh order sendiri secara online dengan klik icon dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6005feaa8fb673d592b2f7a072385048
[ klik DISINI step by step order secara online ]

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...