Wednesday, September 4, 2013

// // Leave a Comment

Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum...

Kita sebagai sebagai wanita dan isteri, memang berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

BERITA BAIK untuk ibu-ibu yang masih breastfeeding tetapi mempunyai masalah untuk kuruskan badan. Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu ibu-ibu kembali langsing serta mendapatkan berat yang ideal dan kekal sihat. Kurus dengan cara yang sihat, dalam masa yang sama susu badan tidak berkurang dan insyaAllah makin bertambah.

Kenapa saya katakan set kurus shaklee terbaik untuk ibu menyusu?
  • Set ini membantu menurunkan berat badan yang berlebihan secara selamat dan efektif.
  • Alfalfa dan ESP juga bertindak sebagai milkbooster dan mampu membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Jadi tak perlu risau susu berkurang atau merudum sewaktu mengambil set kurus shaklee ini.
  • Alfalfa membantu masalah sembelit tetapi ibu-ibu hendaklah konsisten minum air 2-3 liter sehari.
  • Bonusnya, ibu-ibu lebih bertenaga, kulit semakin cantik dan berseri selepas mengambil set kurus shaklee ini


Bagaimana Set Kurus Shaklee ini berfungsi?

  1. Lecithin – berfungsi membakar lemak berlebihan dalam badan
  2. Alfalfa – berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak yang telah dipecahkan dan turut bertindak sebagai milkbooster
  3. ESP – protein soya terbaik yang membantu ibu merasa kenyang, membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi dan merupakan milkbooster terbaik untuk ibu menyusu

Kombinasi Lecithin + Alfafa + ESP merupakan set kurus yang TERBAIK dan BERKESAN untuk ibu-ibu menyusu yang ingin kuruskan badan dan dalam masa yang sama meneruskan misi penyusuan sehingga anak 2 tahun.

Lecithin harga biasa RM52.50 untuk penggunaan 1 bulan, Alfalfa RM53.75 untuk penggunaan 1-2 bulan dan ESP harga biasa RM150 untuk penggunaan 2-3 bulan. Untuk mendapatkan harga DISKAUN, ibu-ibu boleh terus hubungi saya. Ibu-ibu juga akan diberikan Panduan Makan yang betul dan Konsultasi Percuma selepas pembelian.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...