Assalamualaikum..
Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu2 perlu melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan.. jom baca persediaan awal bagi penyusuan susu ibu sebagai panduan untuk kita yang bergelar IBU..
Persediaan awal
-
Sebelum kelahiran
-
Semasa kelahiran
-
Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
-
Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca
berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal
bersama suami.
-
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang
boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau
hospital kerajaan yang berhampiran.
-
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja
rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu
anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan
bayi.
Semasa melahirkan
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat
adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda
melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada
atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk
itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting
kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa
yang lama.
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang
dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu
seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi
menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk
belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal,
jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan
penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
-
Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan
penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang
dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
-
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih
dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini
membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan
kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara
ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di
hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada
bersama-sama anda.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak
boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada
bayi yang boleh menganggu penyusuan.
sumber:
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/01pemakanan0102nutrition02/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu
0 comments:
Post a Comment