Tuesday, November 20, 2018

// // 1 comment

Wajib Tahu! 10 Kebaikan Jalan Kaki

Jalan kaki adalah antara aktiviti fizikal yang mudah dilakukan. Jalan kaki tidak memerlukan kos yang tinggi melainkan anda hanya perlu menyediakan kasut yang bersesuaian. 


10 KEBAIKAN JALAN KAKI

Jalan kaki boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi ramai yang melakukan aktiviti ini pada waktu pagi kerana suasana tenang dan udara yang segar. Memulakan pagi dengan aktiviti jalan kaki dapat memberikan pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.

#1. Kulit Sihat & Bersinar


Wanita tentunya sukakan aktiviti jalan kaki pada waktu pagi kerana dengan aktiviti ini, anda akan memiliki kulit yang sihat dan bersinar. Pada waktu pagi biasanya kadar pencemaran udara masih rendah dan cahaya matahari yang mengandungi vitamin D masih baik untuk kulit. Ia dapat memberi nutrisi kepada kulit anda. Udara yang baik serta cahaya matahari akan menjadikan kulit bersinar.

#2. Mengurangkan Stress


Rutin berjalan kaki dapat mengurangkan dan mencegah stress. Ketika berjalan kaki atau melakukan aktiviti fizikal lain, tubuh akan melepaskan hormon endorfin yang membuat anda merasa lebih baik, kurang rasa cemas, serta depresi. Selain itu, jalan kaki dapat memperbaiki mood dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.

#3. Meningkatkan Metabolisme


Manfaat jalan kaki mampu membakar kalori pada tubuh sehingga metabolisme dapat meningkat. Sistem metabolisme menjadi lebih baik setelah anda mempunyai rutin berjalan kaki. Metabolisme biasanya perlahan pada saat tidur, sehinggalah sistem tersebut akan ‘dibangunkan’ dan aktif kembali saat anda jalan kaki di pagi hari.

#4. Menguatkan Otot


Berjalan di pagi hari boleh membuat otot kaki, paha termasuk punggung menjadi kuat bahkan dapat meningkatkan ketahanan otot akibat tubuh bergerak, sehingga stamina tubuh akan dikekalkan.

#5. Mengurangkan Risiko Diabetes


Dengan melakukan aktiviti berjalan kaki secara automatik kadar gula atau glukosa di dalam tubuh akan bekerja di setiap jaringan sel dalam tubuh anda. Situasi ini membuatkan kadar gula atau glukos tersebut tidak ‘berkumpul atau bertimbun’ di dalam darah. Secara tak langsung ia akan membuatkan anda terhindar daripada penyakit diabetes. Penyakit diabetes merupakan penyakit yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah anda.

#6. Mencegah Osteoporosis


Kesihatan tulang tidak hanya memerlukan kalsium dan vitamin D semata-mata. Tulang juga memerlukan gerakan badan dengan berjalan kaki sekurang-kurangnya 1000 langkah setiap hari dan cahaya matahari pagi paling kurang 15 minit sehari. Apabila aktiviti jalan kaki ini dilakukan secara rutin, maka tulang kita akan lebih kuat dan mampu bertahan lebih lama dari ancaman osteoporosis.

#7. Menyihatkan Jantung


Aktiviti jalan kaki dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, dan menguatkan jantung. Berjalan kaki juga membantu menjaga perjalanan darah masuk dan keluar dari jantung untuk bekerja dengan cara yang sempurna. Ini bermakna berjalan kaki juga penting bagi kesihatan jantung anda. 

#8. Mencegah Strok


Kajian terbaru menyatakan bahawa dengan berjalan kaki selama 20 jam dalam seminggu, mampu menurunkan risiko serangan strok sebanyak 2/3 kali. Inilah yang menyebabkan tidak ramai orang pada zaman dahulu yang terkena serangan strok. Selain mengamalkan makanan seperti buah-buah dan sayuran, pola hidup mereka sangat berbeza dengan kehidupan kita sekarang. Orang pada zaman dahulu banyak berjalan kaki jika ingin pergi ke sesuatu tempat.

#9. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh


Aktiviti berjalan kaki boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh anda sehingga anda tidak mudah diserang penyakit. Ini adalah kerana daya ketahanan tubuh anda terjaga dengan baik.

#10. Menurunkan Berat Badan


Bagi anda yang ingin membakar kalori dengan cara sederhana, tak ada salahnya anda cuba bersenam dengan berjalan kaki. Dengan teknik yang tepat,berjalan kaki boleh menambah jumlah kalori yang terbakar sehingga 15 peratus.

Semoga Bermanfaat!!

Kredit: wom.mymanfaat.co.id

Read More

Monday, November 19, 2018

// // Leave a Comment

Cara Kecutkan Fibroid Tanpa Pembedahan

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN


Kebiasaannya fibroid yang kecil tidak memerlukan rawatan. Tetapi sekiranya fibroid semakin membesar dan memberikan komplikasi kepada pesakit, rawatan harus dibuat.

Biasanya doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang fibroid. Dan ada juga rawatan menggunakan ubat tetapi ianya akan mengganggu hormon dan mendatangkan beberapa kesan sampingan lain.

SUPLEMEN KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN


Selain pembedahan, terdapat cara alternatif untuk membantu mengecutkan fibroid iaitu dengan mengamalkan suplemen semulajadi.



Suplemen dari Shaklee ini membantu kecutkan fibroid dengan membantu perbaiki sel-sel dalam hormon dan meneutralkan estrogen yang berlebihan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan oksidatif stress yang merosakkan sel dan menjadi punca fibroid.

#VIVIX

Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix bertindak sehingga peringkat sel yang mana vivix adalah antioksidan yang sangat tinggi yang berfungsi melindungi sel-sel daripada rosak dan menyingkirkan sel-sel yang abnormal yang membentuk fibroid tersebut. Vivix juga membantu menstabilkan hormon dan menghapuskan radikal bebas

#VITAMIN ACE

Suplemen yang mengandungi vitamin A seperti Carotomax, Vitamin C, Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang perlu untuk badan kita menentang radikal bebas dari terus menyerang sel sihat dan merosakkan sel badan kita.

Vitamin C dapat mempercepatkan penyembuhan, meningkatkan daya imun tubuh untuk melawan penyakit serta memusnahkan sel yang tidak normal (fibroid)

Vitamin E pula menghasilkan sel baru yang sihat dan normal, menghalang fibroid dari berulang dan bersifat antioksidan yang menghalang serangan jangkitan

#OMEGA GUARD

Sejenis minyak ikan terbaik yang sangat bermanfaat untuk masalah inflamasi

#MULTIVITAMIN

Membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat.


FIBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL




Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Jangan biarkan fibroid menganggu kesihatan diri anda. Rawat sekarang untuk mengelakkan komplikasi semakin buruk. Sayangi RAHIM anda. 


HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. HUBUNGI SEKARANG


NORASIAH BINTI MAHMOOD [ID: 893712]
www.wasap.my/60173613604
norasiahmahmood@gmail.com
facebook.com/norasiahmahmood




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases


Read More

Sunday, November 18, 2018

// // Leave a Comment

Bahayakah Fibroid? Kenali Punca Dan Gejala Fibroid

Ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim melainkan mereka mengalami gejala-gejala fibroid atau ditemui secara tidak sengaja sewaktu rawatan. 

BAHAYAKAH FIBROID? APA ITU FIBROID?


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.

Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10 ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.

Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Lazimnya fibroid tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

kredit: webmd
Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

JENIS-JENIS FIBROID


Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

#Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

#Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

#Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

#Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

***Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

#Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

#Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

PUNCA FIBROID


Pengkaji masih tidak menemui punca sebenar kepada masalah ini. Tetapi kajian dan pengalaman yang terkini menunjukkan beberapa pekara ini:

#Perubahan pada genetik 
Kebanyakkan sel di dalam fibroid menunjukkan perubahan genetik berbanding dengan sel rahim yang lain

#Hormon 
Estrogen dan Progesteron adalah 2 hormon yang terlibat untuk menebalkan lapisan dalam rahim supaya bersedia untuk mengandung. Kajian menunjukkan hormon ini membantu dalam pembesaran saiz ketulan ini.

Kajian kepada sel fibroid menunjukkan reseptor estrogen dan progesteron pada sel ini adalah lebih banyak berbanding sel rahim yang normal. Ketika mana menopause pula, ketulan ini selalunya mengecut disebabkan hormon-hormon tersebut sudah semakin sedikit

Sebagai tambahan, rahim mempunyai bahagian otot yang terdiri daripada otot licin. Otot ini berfungsi untuk mengecut bagi mengeluarkan bayi ketika sudah sampai usianya. Ia dinamakan sebagai otot licin kerana permukaannya nampak licin dan tidak berbelang jika dilihat dibawah mikroskop. Jika dibandingkan dengan jenis otot lain seperti otot rangka(skeletal muscle), ia berbelang-belang jika dilihat dibawah mikroskop.

Pembahagian sel otot licin yang tidak normal inilah yang akan menghasilkan ketulan ini.


GEJALA - GEJALA FIBROID


Semua gejala yang dinyatakan bukan spesifik kepada mereka yang menghidapi fibroid. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh membuat kesimpulan dan diagnosis sendiri apabila berasa telah mengalami tanda-tanda penyebab fibroid. Boleh jadi ia adalah tanda atau gejala penyakit lain juga. Antara gejala-gejala fibroid yang perlu anda kenalpasti dan peka adalah:



1. Mengalami pendarahan haid yang luar biasa.

Anda mengalami kesakitan ketika datang haid atau datang bulan yang melampau sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian dan pekerjaan lalu terpaksa mengambil cuti sakit. Pendarahan haid pula amat luar biasa.

Artikel Untuk Stabilkan Hormon Dan Haid Teratur <<<< KLIK DISINI

2. Perut menjadi buncit.

Mungkin anda menyangka ia adalah lemak yang terkumpul, tetapi sebenarnya ia adalah bengkak dari dalam rahim atau ovari. Mungkin ada yang menjadi takut dengan tanda ini, tetapi ia juga boleh menjadi punca makanan yang tidak dihadam dengan baik di dalam usus dan perut.

3. Membuang air kecil dengan kerap

Anda berasa mahu terkencing dengan kerap. Baharu sahaja kencing tetapi mahu terkencing lagi. Ini kerana ketulan fibroid besar sedang menekan pundi kencing anda. Apabila anda pergi ke tandas, air kencing yang keluar hanya sedikit dan kadangkala ia tidak keluar langsung.

4. Sakit di bahagian bawah perut.

Walaupun bukan di waktu datang haid, anda mengalami rasa sakit di bahagian bawah perut. Ini disebabkan perubahan degeneratif pada fibroid yang telah menyebabkan kesakitan.

5. Sukar untuk hamil atau mengalami masalah kandungan ketika kehamilan.

Sekiranya anda disahkan hamil, ia tidak kekal lama dan ada wanita yang mengalami keguguran. Ini kerana ketumbuhan fibroid telah menganggu penempelan janin di dinding rahim, maka berlaku keguguran. Namun begitu bukan fibroid sahaja penyebabnya, boleh jadi atas sebab lain juga.

Bagi mereka yang sedang hamil, sekiranya terdapat fibroid di bahagian bawah rahim, ia boleh mengganggu pemusingan bayi di dalam rahim. Pusingan bayi akan diganggu seperti menjadi songsang atau melintang sehingga tidak dapat menurunkan kepalanya ke bawah.

Namun begitu, ketumbuhan fibroid itu boleh jadi bukan penyebab dan masalah kepada kandungan seorang wanita yang sedang hamil. Sekiranya seseorang itu mengalami ketumbuhan fibroid yang besar dengan jenis torsion (tergantung di luar rahim), ia boleh menyebabkan kesakitan.

Artikel Tingkatkan Kesuburan <<<<< KLIK DISINI

RAWATAN


Kebanyakan fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit. Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan scan.

Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada 
1) sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid, 
2) fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
3) faktor umur dan 
4) keinginan untuk hamil

Antara pilihan rawatan ialah:

#Histerektomi

Pembedahan membuang rahim. Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)

#Miomektomi

Pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang (dalam masa 10 tahun), namun anda masih boleh hamil.

#Abliasi Endometrial (Endometrial ablation) 

Boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim. Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser, gegelung dawai panas (heated wire loop) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.

#Uterine arteri embolisasi

Ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.

#Ubat-ubatan

Ia merawat simptom. Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan. 

Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (hot flushes), kekeringan faraj (dryness) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas terapi hormon dihentikan.

Semoga Bermanfaat!!

Sumber: utusan. myhealth, ediagnosa

Baca juga artikel dibawah,

>> CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN


>> FIBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL 


Read More

Saturday, November 17, 2018

// // Leave a Comment

Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis Menurun Selepas 2 Minggu Amalkan Vivix

BACAAN GULA PENGHIDAP KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX


Bacaan gula normal dalam darah untuk penghidap kencing manis ketika puasa atau tidak makan mengikut garis panduan di Malaysia ialah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L manakala jika bacaan diambil secara rawak secara normalnya ialah 4.4-8.5 mmol/L.

Jom baca perkongsian Nurul Syazwani tentang ibu saudaranya yang menghidap kencing manis dan bagaimana beliau berikhtiar dengan Vivix Shaklee


TESTIMONI: NURUL SYAZWANI SALLEH

KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX


Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha.. 

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!

Is it my eyes playing trick or she does look younger?


Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.


INGIN TAHU LEBIH DETAIL BAGAIMANA VIVIX BANTU TURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH PESAKIT KENCING MANIS? KLIK DISINI


Jangan terus biarkan penyakit KENCING MANIS membuatkan anda menderita. Bertindaklah sekarang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VIVIX SEBAGAI IKHTIAR BAGI MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN, BOLEH TERUS BELI SECARA ONLINE MENGGUNAKAN KAD DEBIT/KREDIT ANDA




ATAU

ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. HUBUNGI SEKARANG


NORASIAH BINTI MAHMOOD [ID: 893712]
www.wasap.my/60173613604
norasiahmahmood@gmail.com
facebook.com/norasiahmahmood




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More

Friday, November 9, 2018

// // Leave a Comment

Parut Chicken Pox Yang Teruk Hilang Dengan Suplemen Shaklee

Parut akibat chicken pox ada yang kekal pada kulit jika tidak dirawat dengan cepat. Sesetengah individu mengalami chicken pox sewaktu kanak-kanak tetapi jangan tak tahu, chicken pox juga boleh menyerang orang dewasa. Dan dengarnya chicken pox pada orang dewasa lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Jom baca perkongsian dan pengalaman seorang pensyarah berumur 43 tahun ini yang dijangkiti chicken pox dan bagaimana beliau berikhtiar menghilangkan parut chicken pox.

TESTIMONI 9: ZAMRI ROSLI

PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE


Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya. 

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok. 

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena..

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum. 

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la.

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya. 

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya. Sekian, terima Kasih


Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Jangan biarkan parut chicken pox menganggu keyakinan diri anda. Rawat kulit anda supaya cantik dan sihat kembali. Bertindaklah sekarang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. HUBUNGI SEKARANG


NORASIAH BINTI MAHMOOD [ID: 893712]
www.wasap.my/60173613604
norasiahmahmood@gmail.com
facebook.com/norasiahmahmood




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases


Read More

Thursday, November 8, 2018

// // Leave a Comment

Vivix Bantu Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah Pesakit Kencing Manis Elak Komplikasi Teruk

Kencing manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali.

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah. Tanpanya, paras glukosa darah akan meningkat. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.



Paras gula dalam darah yang berterusan tinggi (kronik) boleh menyebabkan komplikasi yang teruk. Antaranya menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
  • Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
  • Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
  • Otak-angin ahmar (strok).
  • Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
  • Jantung- serangan jantung.

Jadi, kawalan dan pengurusan penyakit kencing manis adalah sangat penting untuk membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.


BAGAIMANA VIVIX BANTU TURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH PESAKIT KENCING MANIS?


Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Shaklee telah memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

INGIN TAHU LEBIH DETAIL TENTANG VIVIX? KLIK DISINI



#1. MEMBERIKAN TENAGA


Antara fungsi utama vivix adalah memberi tenaga dan meningkatkan keupayaan pada sel. Apabila sel-sel mendapat tenaga yang mencukupi maka dapatlah ia mengawal kadar gula dalam darah ke tahap normal.

#2. MENINGKATKAN SENSITIVITI INSULIN


Vivix juga mengandungi resveratoral, iaitu sejenis bahan yang berperanan untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah dengan cara memperbaiki sensitiviti insulin supaya insulin akan buat kerja tukar gula jadi tenaga dan bukannya membiarkan gula begitu sahaja.

#3. MENGURANGKAN RISIKO KEROSAKAN MATA DAN MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA


Glukoma merupakan penyakit yang menghantui pesakit kencing manis kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat sekiranya terluka sehingga ke suatu tahap di mana anggota badan terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman. 

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera dengan membantu menghasilkan semula tisu yang sihat dan memperbaiki sistem saraf yang rosak serta memelihara dan memperbaiki kesihatan mata.

#4. MENGURANGKAN RISIKO PEMBENTUKAN PROTEIN AGE


Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

Vivix Shaklee telah menjalani beratus ujian klinikal oleh pihak saintis Shaklee dan juga saintis bukan dari Shaklee. Boleh rujuk LANDMARKSTUDY. Jadi tak perlu risau akan keberkesanan mahupun kesan sampingan, inshaallah dijamin selamat dan berkesan.


TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS YANG TELAH MENGAMBIL VIVIX SEBAGAI IKHTIAR

BACAAN GULA DALAM DARAH MENURUN DAN BADAN LEBIH BERTENAGA



PARAS GULA TURUN DARIPADA BACAAN 14.5 KEPADA 7.5



BACAAN KENCING MANIS STABIL DAN SEMAKIN MENURUN SERTA TELAH AMALKAN SHAKLEE HAMPIR 20 TAHUN



BACAAN GULA TERKAWAL DAN BUAH PINGGANG PESAKIT KENCING MANIS SEMAKIN BAIK



LUKA PADA KAKI PESAKIT KENCING MANIS MAKIN PULIH DAN BACAAN GULA MAKIN STABIL SELEPAS MENGAMBIL VIVIX



PARAS GULA DAN TEKANAN TERKAWAL



BACAAN GULA LEBIH TERKAWAL DAN KESIHATAN LEBIH BAIK



BACAAN GULA TERKAWAL DAN TIDAK MENINGKAT WALAUPUN MENGAMBIL MAKANAN MANIS



Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Jangan terus biarkan penyakit KENCING MANIS membuatkan anda menderita. Bertindaklah sekarang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VIVIX SEBAGAI IKHTIAR BAGI MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN, BOLEH TERUS BELI SECARA ONLINE MENGGUNAKAN KAD DEBIT/KREDIT ANDA




ATAU

ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. HUBUNGI SEKARANG


NORASIAH BINTI MAHMOOD [ID: 893712]
www.wasap.my/60173613604
norasiahmahmood@gmail.com
facebook.com/norasiahmahmood




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More

Wednesday, November 7, 2018

// // Leave a Comment

Hilangkan Sakit Gout Dengan Vivix Supaya Tidak Terus Menderita



HILANGKAN SAKIT GOUT DENGAN VIVIX SUPAYA TIDAK TERUS MENDERITA

Sakit Gout adalah sebenarnya salah satu bentuk arthritis yang selalunya disebabkan oleh hablur-hablur asid urik yang terkumpul di sendi-sendi. Sakit gout ini terlalu menyakitkan dan kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis) yang mana ia menumpu kepada ibu jari kaki. Tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Hanya mereka yang mengidap gout sahaja tahu bagaimana sakitnya apabila gout datang menyerang. Jangan terus biarkan sakit gout menganggu aktiviti harian anda.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT GOUT?



#1. RESVERATROL MENGURANGKAN INFLAMASI (KERADANGAN) AKIBAT GOUT


Kajian terbaru dalam Journal Of Clinical Rheumatology pada 2016 menunjukkan resveratrol mampu memberi kesan terapeutik dan kesan perlindungan dalam mencegah simptom dan gejala yang selalu menyerang pesakit gout.

Keputusan kajian juga menunjukkan ia dapat merencat inflamasi dan mencegah daripada berlakunya pembengkakan.

Selain itu ia juga dapat mencegah serangan tiba-tiba, serta dapat menurunkan paras serum asid urik dalam darah pada pesakit gout.

#2. VIVIX ANTIOKSIDAN SEMULAJADI


Antioksidan adalah sifat sesuatu bahan itu bertindak mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Bagi pesakit gout, ia mencegah sel daripada semakin rosak, memperbaiki sel yang rosak serta mencegah radang dan inflamasi dengan kata lain ia mengurangkan bengkak dan kesakitan pada kawasan terlibat.

#3. VIVIX MEMBANTU MENURUNKAN PARAS ASID URIK


Ada kajian menunjukkan resveratrol memberi kesan anti-hiperuricemic iaitu kesan menurunkan paras asid urik.

Pesakit gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi dan resveratrol membantu mencegah pengumpulan protein purin yang membentuk kristal.

#4. VIVIX MEMBANTU MENGELAKKAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG PESAKIT GOUT


Tiga jenis penyakit buah pinggang yang berkait dengan gout - asid urik nephropathy akut, urate nephropathy kronik, uric acid nephrolithiasis.

Asid urik yang berlebihan serta tidak di kawal mampu menyebabkan kerosakan buah pinggang serta menjadi batu karang.

Pengambilan Vivix dapat membantu melindungi daripada kerosakan sel buah pinggang, mencegah kesan toksik dalam buah pinggang, serta merawat kesan yang berkaitan.

Vivix juga membantu pemecahan protein purin dengan sempurna dan mengeluarkannya melalui air kencing.

#5. VIVIX MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DAN SERANGAN JANTUNG


Paras asid urik yang tinggi meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang, hipertensi (tekanan darah tinggi) serta kerosakan buah pinggang akut.

Kajian mendapati resveratrol membantu merencat oksidasi kolesterol jahat, menurunkan tekanan darah tinggi, memperbaiki fungsi otot dan fungsi buah pinggang serta melindungi jantung.

Pengambilan Vivix memang amat membantu pesakit gout untuk pulih semula.

Alangkah bahagianya dapat melihat diri sendiri atau orang tersayang dapat melakukan antiviti yang mereka suka. Dapat berjalan ke masjid, bercuti, bersukan dan sebagainya.


TESTIMONI PESAKIT GOUT DENGAN VIVIX


GOUT SEJAK UMUR 30 AN, KINI TIDAK PERLUKAN PAINKILLER LAGI UNTUK SAKIT GOUT


SAKIT GOUT TIDAK DATANG MENYERANG LAGI SELEPAS AMALKAN VIVIX


BENGKAK AKIBAT SAKIT GOUT SEMAKIN SURUT DAN BOLEH BERJALAN SEPERTI BIASA


BISA-BISA PADA KAKI AKIBAT GOUT TELAH TIADA SETELAH MENGAMBIL VIVIX


Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Jangan terus biarkan penyakit GOUT membuatkan anda menderita. Bertindaklah sekarang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VIVIX SEBAGAI IKHTIAR BAGI MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN, BOLEH TERUS BELI SECARA ONLINE MENGGUNAKAN KAD DEBIT/KREDIT ANDA




ATAU

ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. HUBUNGI SEKARANG


NORASIAH BINTI MAHMOOD [ID: 893712]
www.wasap.my/60173613604
norasiahmahmood@gmail.com
facebook.com/norasiahmahmood




Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...