Friday, November 16, 2012

// // Leave a Comment

Tips Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum...

Ramai ibu yang merungut tentang masalah susu merudum dari hari ke hari.. Bukan senang untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi..tapi percayalah sekiranya kita benar-benar ikhlas dan sentiasa sabar..insyaAllah besar ganjaran kita di sana nanti.

Dalam forum mahupon facebook, ramai yang inginkan tips bagaimana untuk banyakkan susu badan. Hari ini saya share tips banyakkan susu badan untuk panduan kita bersama.

1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

Sumber: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

Sekiranya anda telah mencuba segala usaha dan masih lagi tidak berjaya, anda boleh timbangkan untuk mengambil suplemen atau vitamin. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengambil suplemen untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, suplemen sangat digalakkan. Pengambilan vitamin dapat mengisi ruang kekosongan zat pemakanan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian dan memastikan badan anda sihat serta bertenaga dan seterusnya dapat membekalkan susu untuk si kecil.

set breastfeeding shaklee
set breastfeeding shaklee

Selain itu, iringilah dengan DOA dan ZIKIR.. sentiasalah berdoa semoga dicukupkan susu untuk anak dan dipermudahkan urusan sepanjang tempoh penyusuan.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"...Aminn

Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat serta cadangan tentang suplemen yang sesuai untuk anda, hubungilah saya..insyaallah saya akan bantu anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...