Friday, December 14, 2012

// // Leave a Comment

Optimumkan kesan pengambilan vitamin/suplemen

Assalamualaikum...

Camana nak dapatkan kesan yang optimum apabila kita mengambil makanan tambahan atau vitamin?

Terdapat sebilangan mereka yang mengambil suplemen merungut kerana tiada kesan atau manfaat pada badan atau kesihatan masing-masing, malah kadang-kadang makin teruk.

"aku ambik produk tu nak turun berat badan tapi makin gemuk ada la"
"aku makan vitamin tu jadi pening la"

hmm..macam-macam lagi rungutan yang boleh kita dengar. Sebenarnya sesetengah kesan yang terjadi pada kita adalah disebabkan oleh proses healing crisis. Ini berlaku bila tubuh kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan. Tapi jangan risau proses ini adalah sementara sahaja.

Tapi bagaimana pula yang merungut tiada memberi kesan atau faedah langsung pada badan? Jom kita lihat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini.
  • Kurang minum air kosong - tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Ramai yang mengalami masalah untuk minum air kosong lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja dan ramai yang lebih suka minum air manis. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.   
  • Konsisten - ramai yang nak dapatkan kesan dengan cepat tapi tidak mengambil vitamin dengan konsisten. Sekejap makan, sekejap tak. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 90-120 hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Kesan vitamin terhadap seseorang juga berbeza, ada yang cepat dapat melihat kesan tetapi ada yang lambat. Jadi bersabarlah dan pastikan anda konsisten dalam pengambilan vitamin.
  • Elak makan vitamin sekaligus - apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 
  • Elak ambil vitamin bersama ubat - sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. 
  • Elak ambil kafien - tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
  • Pantang larang makan vitamin - tahukah anda multivitamin@vitalea  tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E dan GLA pula tidak boleh diambil bersama alfafa kerana alfafa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

Akhir sekali sertakan setiap usaha kita dalam mengambil vitamin dengan DOA. Mintalah pada Dia, sesungguhnya Dialah yang menyembuhkan segala penyakit dan MAHA PERKENAN DOA.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...