Assalamualaikum...
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga menginginkan zuriat sebagai pelengkap kasih sayang antara suami dan isteri. Ada pasangan yang memang merancang untuk mendapatkan anak atau zuriat dengan segera lantaran faktor umur yang semakin meningkat dan ada juga yang memang memasang niat dari awal perkahwinan untuk terus memiliki anak untuk menceriakan lagi kehidupan alam rumahtangga. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pasangan yang merancang untuk memiliki anak dengan segera.
gambar sekadar hiasan |
Fahami tentang ilmu kehamilan
Ilmu kehamilan penting buat mereka yang mendirikan rumahtangga. Anda perlu tahu proses kehamilan berlaku dan mempunyai ilmu tentang kehamilan itu sendiri. Anda perlu sedar jika kitar haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh kilang ovari. Sekiranya anda melakukan seks dengan pasangan anda pada masa tersebut, sperma yang masuk ke dalam faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan atau lebih dikenali sebagai salur fallopian. Persenyawaan akan berlaku ketika itu dan kehamilan akan terjadi. Dengan memahami sistem dalaman badan anda berfungsi akan membuatkan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan.
Lakukan Pemeriksaan Doktor
Anda seharusnya berjumpa dengan doktor untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit yang dikaitkan dengan massalah sukar hamil. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid merupakan antara penyakit yang kerap dikaitan dengan wanita yang susah hamil. Namun wanita seringkali mengalami masalah ini tanpa sebarang gejala dan tanda. Jadi anda harus melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin kerana diagnose yang dibuat pada peringkat awal dapat memeberikan rawatan yang berkesan untuk mengelakkan masalah sukar hamil
Dapatkan Berat Badan Ideal
Masalah kesuburan sering dikaitkan dengan berat badan. Jika anda terlalu berat ataupun terlalu kurus ia akan mengundang kepada masalah kesuburan dan sukar hamil. Kawal berat badan dan cuba kira BMI(Body Mass Index) anda. BMI yang ideal adalah antara 20-24.
Ketahui Waktu Subur
Waktu subur setiap wanita hanya berlaku empat atau lima hari sebulan. Dengan mengetahui waktu subur anda dengan tepat, ia akan meningkatkan kadar peluang kehamilan anda. Hari subur boleh dihitung sekiranya kitaran haid anda tetap dan teratur. Jadi anda boleh rancang waktu yang sesuai untuk bersama pasangan anda.
Lakukan Hubungan Seks Dengan Kerap
Melakukan hubungan seks dengan kerap adalah peting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Anda disarankan untuk melakukan seks tiga hingga empat kali seminggu dan mengadakan hubungan setiap hari apabila tiba pada waktu subur. Ketahui posisi yang terbaik ketika melakukan seks agar anda senang hamil.
Tingkatkan Kesuburan Suami
Dalam proses kehamilan seseorang wanita, tahap kesihatan suami juga perlu diberi penekanan. Pastikan kesihatan produktif suami berada ditahap yang tinggi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk mengambil makanan yang seimbang dan memiliki berat badan yang ideal. Selain itu, lakukan senaman secara rutin dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan minuman keras. Sekiranya suami anda mempunyai masalah semasa melakukan seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda dan pasangan berbincang dengan doktor.
Mengambil Multvitamin
Kaum wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk member suami anda suplemen zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Bagi mengelakkan sebarang risiko, anda di nasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebarang vitamin
Kurangkan Tekanan
Setiap manusia yang normal tidak akan lari daripada mempunyai masalah dan tekanan hidup. Namun tekanan juga dikaitkan dengan ketidaksuburan seseorang wanita. Anda seharusnya melakukan aktiviti-aktiviti ringan untuk mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti seperti memasak, membaca, bersiar-siar, menghabiskan masa bersama rakan-rakan ataupun bermesra dengan suami untuk meredakan tekanan anda.
Jauhi Gejala Tidak Sihat
Merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberikan kesan negatif terhadap tahap kesuburan malah meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi keguguran. Jadi anda dinasihatkan untuk tidak mengamalkan aktiviti yang tidak sihat ini. Selain itu, pastikan segala ubatan yang anda ambil selamat dimakan dan anda dinasihatkan mengurangkan pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan minuman bergas
Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah satu aktiviti yang sihat untuk dilakukakan. Selain untuk menyihatkan tubuh badan, bersenam juga menjadi persediaan untuk menghadapi tekanan sewaktu hamil dan bersalin
Amalkan Makanan Yang Seimbang
Dengan mengambil makanan yang seimbang masalah kesukaran hamil dapat dikurangkan. Anda dinasihatkan memakan makanan yang mengndungi lemak monounsaturated yang boleh didapati daripada minyak zaiton dan canola serta kacang-kacang. Selain itu, kurangkan mengambil makanan yang mengandungi lemak transfat iaitu lemak yang terdapat pada makanan segera. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi daripada sayuran seperti soya dan juga memakan makanan yang mengandungi fiber yang tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yag mengandungi gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mi, bihun dan sebagainya. Makanan yag berasaskan susu seperti ais krim, susu berlemak dan cheese hendaklah dikurangkan.
Credit: Inspirasi Perkahwinan Okt 2012
p/s: sekiranya anda inginkan suplemen atau multivitamin untuk membantu anda untuk kesuburan dan persediaan hamil, anda boleh hubungi saya.
Contact Info:
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips pemakanan sihat untuk yang merancang hamil.
ReplyDelete