Wednesday, June 19, 2013

// // Leave a Comment

Kepentingan Prenatal Vitamin Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Setiap kali mengandung, saya pasti dibekalkan dengan beberapa vitamin oleh jururawat. Walaupun kadang2 rasa tak sanggup nak telan segala vitamin yang diberikan tetapi tetap gagahkan diri juga untuk menelan semuanya kerana saya tahu setiap vitamin yang berikan bukan tujuannya saje2 sebaliknya untuk kebaikan saya dan bayi yang saya kandung juga. Tetapi ada juga ibu yg saya pernah jumpa, langsung tak mengambil vitamin tersebut walaupun diberikan secara percuma sahaja. Pada anggapan saya mungkin ibu ini cukup nutrisinya..tak mengapalah dia tak ambil pon.

Apapun ada kebaikannya mengambil prenatal vitamin ni..antaranya:-
  1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  2. Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  3. Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  4. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
Antara vitamin penting bagi ibu hamil:-
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon.  
Sebenarnya terhadap banyak suplemen dipasaran tetapi ibu2 perlulah bijak memilih..kalau tak yakin makan ajelah vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik.. Suplemen dari Shaklee adalah dari sumber yang semulajadi dan halal dan amat sesuai untuk ibu hamil. Jom lihat vitamin shaklee mana ibu hamil perlukan.
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Selain daripada itu, ibu2 juga boleh mengambil protein iaitu ESP dan vitamin C. Walaupun ibu2 dah pon mengambil suplemen tetapi ibu2 harus juga menjaga pemakanan..pastikan makanan yang seimbang dan berkhasiat di dahulukan.

Nak cuba suplemen shaklee atau nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan...boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...