Assalamualaikum...
Ramai yang nak tahu sama ada mereka subur atau tidak. Bagi yang belum berkahwin tentu perkara ini bukan la satu perkara penting tetapi bagi mereka yang telah berkahwin malah sedang merancang untuk menimang cahaya mata, tentunya hal ini menjadi satu perkara yang mesti mereka ketahui lebih-lebih lagi jika telah lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat. Sebenarnya sebagai wanita, penting untuk kita mengetahui tahap kesuburan kita. Jom kenali tanda-tanda kesuburan bagi seorang wanita.
PERNIKAHAN tanpa kehadiran anak sering menjadi penyebab kepada pertengkaran di antara pasangan suami isteri. Namun kadang-kadang seorang suami harus menerima kenyataan bahawa sang isteri kurang subur.
Kesuburan kepada seorang wanita biasanya dimulai dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Sekiranya anda belum mengetahui tanda-tanda wanita subur, berikut adalah tips-tips sederhana yang boleh membantu anda.
1. Kitaran haid
Wanita yang mempunyai kitaran haid teratur setiap bulan biasanya subur. Satu putaran haid dimulai dari hari pertama keluar haid sehingga sehari sebelum haid datang kembali, yang biasanya berlangsung selama 28 hingga 30 hari. Oleh kerana itu kitaran haid dapat dijadikan indikasi pertama untuk menandakan seorang wanita itu subur atau tidak.
2. Alat pencatat kesuburan
Kemajuan teknologi seperti ovulation thermometer juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mendeteksi kesuburan seorang wanita. Thermometer ini akan mencatat perubahan suhu badan saat wanita mengeluarkan benih atau sel telur. Bila benih keluar, biasanya thermometer akan mencatat kenaikan suhu sebanyak 0.2 darjah celsius selama 10 hari. Namun jika wanita tersebut tidak mengalami perubahan suhu badan pada masa subur, bererti wanita tersebut tidak subur.
3. Ujian darah
Wanita yang kitaran haidnya tidak teratur, seperti datangnya haid tiga bulan sekali atau enam bulan sekali biasanya tidak subur. Jika dalam kondisi seperti ini, beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab dari tidak lancarnya kitaran haid. Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kandungan hormon yang berperanan pada kesuburan seorang wanita.
4. Pemeriksaan fizik
Untuk mengetahui seorang wanita subur juga dapat diketahui dari organ tubuh seorang wanita. Beberapa organ tubuh, seperti buah dada, kelenjar tiroid pada leher, dan organ reproduksi. Kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon tiroksin berlebihan akan mengganggu proses pelepasan sel telur. Sedangkan pemeriksaan buah dada ditujukan untuk mengetahui hormon prolaktin di mana kandungan hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu proses pengeluaran sel telur. Selain itu, pemeriksaan sistem reproduksi juga perlu dilakukan untuk mengetahui sistem reproduksinya normal atau tidak.
5. Track record
Wanita yang pernah mengalami keguguran, baik disengaja ataupun tidak, peluang terjangkitnya kuman pada saluran reproduksi akan tinggi. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan dan penyumbatan saluran reproduksi. Oleh kerana itu, track record wanita yang pernah mengalami keguguran juga harus diperhatikan.
Diharap dengan perkongsian tips sederhana ini dapat membantu kawan-kawan mengetahui tahap kesuburan masing-masing. Walau bagaimanapun, rezeki zuriat adalah ketentuan Allah...berusahalah dan berdoalah..
p/s: jika anda nak cuba gla shaklee pon boleh juga, sangat bagus untuk masalah berkaitan period serta membantu meningkatkan kesuburan.
Contact Info:
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.
0 comments:
Post a Comment