Pengambilan air yang mencukupi sangat penting kepada ibu berpantang. Tapi lazimnya yang kita dengar daripada orang tua-tua, tidak elok minum air banyak sewaktu berpantang kerana dikhuatiri rahim mengembang.
Sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan
bahawa rahim akan mengembang akibat minum air yang banyak sewaktu berpantang malah dari segi perubatan kekurangan air ketika berpantang ada kesan negatifnya.
Antaranya:-
1. Sembelit dan Buasir
2. Dehidrasi (kekurangan air).
3. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan.
4. Batu karang
Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara 8 hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan.
Dan air yang diminum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Jangan pula mengambil minuman berais atau bergas kerana kedua-duanya adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Nampak macam banyak 8 cawan air sehari tapi sebenarnya ibu-ibu berpantang hanya perlu minum macam biasa sahaja, ambil secara berperingkat dalam tempoh 24 jam dan minum apabila dahaga.
Ada juga yang mengeluh bila minum air kerap, jadi keraplah pula buang air kecil dan takut pula bagi kesan pada luka bersalin. Sebenarnya ia tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat
bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS.
Di antara kebaikan
minum air yang mencukupi setiap hari ialah :
1. Badan berasa lebih segar dan bertenaga
2. Penyusuan ibu lebih lancar yang berjaya!
3. Melancarkan proses penghadaman
4. Membantu untuk kuruskan badan dan kekalkan bentuk badan yang cantik.
5. Mengurangkan serangan sakit kepala.
So, ibu-ibu berpantang, jangan lah ragu-ragu untuk minum air yang banyak ketika berpantang. Jangan terikut-ikut dengan amalan lama yang memudaratkan. Yang baik, kita ikut, yang kurang sesuai, kita tinggalkan.
Yang paling penting, fikirkan si kecil yang perlukan susu badan anda. Tanpa makanan dan minuman yang mencukupi, penyusuan juga terjejas.
0 comments:
Post a Comment