Salah satu petua yang saya baca untuk membantu menghilangkan batuk adalah dengan menggunakan bawang putih. Caranya dengan membakar bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Atau boleh juga ditumbuk lumat dan dimasukkan di dalam air dan diminum.
Sebenarnya saya memang tak berapa suka makan bawang putih. Bagi saya bawang putih hanya sebagai penambah perisa masakan, tetapi kalau nak suh saya makan bawang putih tu, memang tak tertelanlah saya melainkan jika terpaksa.
Tetapi disebabkan batuk yang berlanjutan sehingga menganggu tidur dan kerja harian, ditambah dengan sakit kepala serta sakit bahagian perut, menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain selain minum ubat batuk setiap hari. Memandangkan segala usaha saya untuk melegakan batuk tidak berkesan, saya mencuba juga petua di atas...:-)
Tetapi apa yang bestnya, saya tidak la perlu nak bakar atau tumbuk bawang putih untuk dimakan atau diminum, sebaliknya perlu telan je tablet Garlic Shaklee. Dengan hanya 2 biji Garlic diambil selepas makan, alhamdulillah batuk beransur pulih.
Sebenarnya saya ambil garlic pada waktu malam, jadi malam tu tidur saya sangat lena, tiada lagi batuk yang menganggu. Alhamdulillah syukur sangat.
Bagaimanakah Garlic bantu legakan batuk?
Sebenarnya bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan selamat untuk diambil untuk kegunaan jangka masa panjang. Ia bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, batuk, kulat, kuman, virus, dan yis candida.
Terdapat banyak lagi manfaat garlic ini, antaranya
- Mengandungi spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman,fungsi jantung.
- Menghalang alergi - hidung yang sensitif, alergi, asthma, selsema, hepatitis
- Mempertingkatkan sistem penghadaman - seperti kembung perut, gastric dan ketidakhadaman.
- Memoderatkan tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi.
- Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
- Menurunkan kolesterol - LDL,trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok dan penakit koronari.
- Menstabilkan glukos
Jika anda berminat untuk mendapatkan Garlic ini, boleh hubungi saya,
Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas,
bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada
berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery),
penghantaran boleh dilakukan.
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
0 comments:
Post a Comment