Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan saya untuk ke Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan Master Azrin & Azmie di Master Celebration di Pullman Putrajaya pada 19 April 2014. Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya menghadiri majlis sebegini. Kali pertama adalah Master Celebration Herny dan uplinenya di Penang.
Saya mula jatuh cinta untuk menghadiri majlis sebegini selepas menghadiri Seminar Bangkit yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Sejak hari tersebut saya terbuka hati untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Sebenarnya di majlis beginilah kita mendapat aura-aura positif dan semangat kerana kita dikelilingi oleh insan-insan yang hebat dan berjaya.
Untuk Berjaya, kita perlu berkawan dengan orang yang Berjaya dan menjadi Positif, kita mesti berkawan dengan mereka-mereka yang Positif. Itu lah antara pesan DAO sewaktu seminar Bangkit. Alhamdulillah saya cuba praktikkan.
Sebenarnya itulah niat sebenar saya untuk menghadiri majlis seperti Master Celebration ini...untuk mendapatkan aura positif dan semangat. Kerana kita hanya manusia, ada turun naiknya.. sesekali kita rasa down..sesekali kita rasa kuat. Dengan dikelilingi orang-orang yang Hebat dan Berjaya, kita akan rasa lebih bersemangat. Dan itu lah yang saya rasakan.
Apabila melihat Master Azrin & Azmie di atas pentas menerima penghormatan, saya tidak malu mengatakan yang suatu hari nanti saya pasti akan berada di tempat itu juga dan saya membayangkan diri saya dan suami di atas pentas untuk diraikan. Doakan saya ye kawan-kawan...
Antara pesanan Master Azrin pada petang itu..
~ Dont Limit Your Imaginations!
~ Close the Magic Sliding Door!
~ Respect Others!
~ Close the Magic Sliding Door!
~ Respect Others!
dan beliau amat menekankan yang business shaklee ini adalah biz family.. sebab itulah kebanyakkan majlis boleh dihadiri anak-anak dan suami. Sokongan suami juga amat dititikberatkan.
Sebenarnya banyak yang dikongsikan beliau yang boleh dijadikan panduan di dalam busines shaklee. Yang paling best part Pemilik Tulang Rusukku yang mana si isteri memberikan ucapan terima kasih khas buat suami masing-masing. So sweet..
Jom layan gambar sekitar majlis,
bergambar bersama geng group OMS yang hebat
bersama dua wanita hebat shaklee.. kak najihah dan mama wardah
sempat bergambar dengan VICTOR LIM, PRESIDENT Shaklee malaysia
bergambar bersama Master Azrin yang diraikan
Sesungguhnya saya bertuah kerana berada dikalangan mereka-meraka yang HEBAT ini dan menjadi sebahagian daripada anak didik MamaRin..panggilan kami buat Master Azrin. Dan saya sangat berbangga kerana berada di dalam kumpulan ini.. OSF, DBTS, SS dan OMS.. group yang penuh INSPIRASI dan SEMANGAT.
Ingin menjadi sebahagian daripada KAMI?? jom....
0 comments:
Post a Comment