Monday, April 28, 2014

// // 1 comment

Tips Penjagaan Kulit Berminyak

Assalamualaikum...

Kulit wajah berminyak memang mengundang kepada kehadiran jerawat. Nak tau kulit muka kita berminyak atau tidak.. cuba calit jari dimuka atau cuba lihat dicermin adakah muka kelihatan bersinar dan berminyak tak.

Kulit berminyak sebenarnya disebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum. Kawasan wajah yang biasanya kelihatan berminyak adalah dalam kawasan T-zon (kawasan dahi, hidung, dan dagu). Keadaan ini bukan sahaja membuatkan kulit nampak minyak dan bersinar, tetapi juga boleh menyekat liang roma dan menyebabkan jerawat.


Bagaimana nak Menjaga Kulit Berminyak?

Ada beberapa tips untuk menjaga kulit muka yang jenis berminyak. Jom baca dan praktikkan langkah-langkah mudah ni.


  • Jangan overwash. Ini bukan satu isu kebersihan, jadi basuh lebih kerap tidak akan membantu. Apabila anda mencuci atau mandi, gunakan air suam (tidak panas) dan pembersih yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Carilah produk yang lembut yang mengandungi gliserin atau asid salisilik, yang boleh membantu menjaga liang pori pada wajah anda. Elakkan pembersihan “susu”, yang mengandungi lemak yang boleh menjadikan kulit berasa lebih berminyak.

  • Pertimbangkan retinoids. Bercakaplah dengan ahli dermatologi anda mengenai ubat-ubatan yang mengurangkan pengeluaran minyak.

  • Kering sebelum anda meletakkan sebarang krim pada wajah. Biarkan kulit benar-benar kering sebelum meletakkan pelembap supaya anda tidak menyumbat liang pori wajah.

  • Produk bebas minyak. Perkara terakhir yang kulit anda perlukan adalah minyak tambahan, jadi memilih produk penjagaan kulit dan kosmetik bebas minyakPastikan semua produk bebas wangian dan tidak merengsa juga.

  • Melembap. Jika kulit anda perlu pelembap, pastikan anda menggunakan produk pelembap yang ringan dan juga bebas minyak.

  • Pakai pelindung matahari. Spektrum luas dengan Faktor Perlindungan Matahari (SPF) sebanyak 15 atau lebih tinggi adalah baik untuk mereka ang mempunyai kulit yang berminyak. Pastikan anda pakai pelindung matahari selalu ya.

  • Blotter ( kertas minyak ) . Simpan set kertas penyerap minyak dan pakai apabila anda merasa minyak di muka anda sudah mulai terasa.


Selain daripada tips di atas, kita juga perlu menjaga pemakanan. Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi-jadi. Jadi, jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak dan minum air dengan banyak setiap hari.


Dapatkan juga produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit. Set Enfuselle Skin Care (Normal to Oily Skin) sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif.

set penjagaan kulit berminyak

Set ini mengandungi:-


1. Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3. Balancing Moisturizer

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

4. Eye Treatment

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.


Untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Enfuselle ini, boleh hubungi saya,


1 comment:

  1. Assalamualaykum,
    Blog yang menarik dan info yang juga baik,untuk info yang lebih detail mengenai kulit,entri diblog saya yang terkini mungkin dapat membantu,InsyaaAllah
    http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...