Thursday, May 15, 2014

// // Leave a Comment

10 Makanan Bantu Bakar Lemak

Assalamualaikum...

Ramai yang nak bakar lemak-lemak berlebihan dalam badan. Terasa gemuk dan buncit sana sini. Ada pepatah yang kata 'kita apa yang kita makan (we are what we eat)'. Apa yang kita makan akan memberikan kesan pada kesihatan badan. Sebab itu lah kita dilarang berlebih-lebihan di dalam makan.

Sebenarnya makanan yang kita makan juga membantu untuk bakar lemak. Jom kita tengok apakah makanan yang boleh membantu membakar lemak dan mungkin selepas ini kita boleh jadikan amalan dalam pemakanan kita.



1. Epal
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.



2. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.



3. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).



4. Buah-buahan Sitrus
Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.



5. Bawang Merah
Bawang merah - Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.



6. Tauge
Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.



7. Lobak Merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.



8. Tomato
Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.



9. Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.



10. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.

credit: TryMasak Blog

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...