Nak dapat kesan yang optimum sewaktu mengambil apa-apa suplemen atau vitamin, kita mestilah konsisten dan sentiasa disiplin. Mesti jadikan ia habit. Tetapi ramai yang agak susah nak konsisten termasuklah saya..hehe.. lebih-lebih lagi time travel seperti balik kampung, pergi bercuti dan sebagainya. Tunggang- langgang abis jadual makan vitamin kerana lupa nak makan vitamin dan kadang-kadang lupa nak bawak vitamin bersama.
Bagaimana caranya supaya kita tidak lupa mengambil vitamin setiap hari? Terdapat 5 tips terbaik supaya kita sentiasa ingat untuk ambil vitamin
Pertama: Didik Diri Sendiri
Ingat balik kenapa kita perlu ambil vitamin tersebut tiap hari supaya dapat memberi motivasi kepada kita sentiasa ambil vitamin. Contohnya kita ambil vitamin kerana nak kurus, jadi jadikan kerana nak kurus tu sebagai pendorong yang kita tak boleh miss ambik vitamin.
Kedua: Ambil vitamin sewaktu makan
Kebanyakkan vitamin bagus diambil sewaktu makan. Ini kerana ketika itu proses pencernaan akan menyerap segala nutrien. Lagipon time ni la senang nak ingat.. ingat makan ingat ambil vitamin :-)
Ketiga: Jadikan ia Rutin
Haa..memang kena jadikan ia rutin harian kita. Macam kita bangun pagi dan gosok gigi, macam tu juga la makan vitamin. Letakkan vitamin ditempat yang senang kita nampak..macam meja makan ke atau meja solek.
Keempat: Pilih waktu yang sesuai
Ada orang suka makan vitamin pada waktu pagi dan ada yang suka makan vitamin pada tengahari. Jadi pilihlah waktu yang sesuai dengan diri anda. Kalau anda rasa pagi2 anda terlalu sibuk maka boleh makan pada waktu tengahari.
Kelima: Bawa vitamin kemana sahaja
Haa.. sebab itulah saya selalu berikan pill box kepada customer2 saya supaya senang dorang nak bawa kemana sahaja..ke tempat kerja, balik kampung dan sebagainya. Dengan adanya pill box ni, tak perlulah nak kene bawak dengan botol2 vitamin.. senang kannn..
haaa.. pasni praktikkan ye.. tips ni saya dapat daripada Healthspan
credit gambar Healthspan
Jom mulai sekarang konsisten dalam pengambilan vitamin :-)
0 comments:
Post a Comment