Sunday, May 4, 2014

// // Leave a Comment

Tips Atasi Kulit Kering

Assalamualaikum..

Ada orang yang kulitnya terlebih berminyak dan ada juga yang mempunyai kulit kering hingga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan menggelupas. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kita berasa risau dan ia juga menunjukkan yang kulit kita tidak sihat. 

Sebenarnya kulit yang sihat bergantung pada kadar air yang terdapat pada kulit kerana kelembapan pada kulit dapat membantu lapisan epidermis melindungi kulit daripada persekitaran luar termasuklah cahaya matahari. Tanpa kelembapan, kulit mudah kering, bersisik dan menggelupas.

Masalah kulit kering ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan penuaan. 

Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah:-


Kerap minum air, sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Tapi kalau cuaca betul-betul panas, perlulah minum air lebih banyak kerana kita cepat hilang air kerana berpeluh. 



Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya Tomato, kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.




Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.



Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.



Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.



Kenal pasti jenis masalah kulit muka sama ada berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.



Tidur mencukupi dengan mendapatkan sekrang-kurangnya 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan juga bilik tidur mempunyai pengudaraan yang bersih.


Biasanya bila saya mengalami masalah kulit yang kering, saya akan menggunakan pelembap kulit untuk membantu kekalkan kelembapan kulit. Tapi sekarang saya lebih suka mengamalkan suplemen. Antara suplemen yang saya amalkan adalah Gla Complex..Alhamdulillah kulit saya tidak lagi kering. Ini kerana di dalam gla mengandungi vitamin E yang membantu melembabkan kulit.

Buat mereka yang mempunyai budget yang besar, boleh mengambil Shaklee Collagen Powder..memang suplemen terbaik untuk kulit kering, berjeragat dan kulit kusam. KLIK DISINI UNTUK BACAAN LANJUT.


Nak cuba mana-mana suplemen atau nak tahu suplemen mana yang sesuai untuk kulit anda, feel free to contact me, 


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...