Thursday, October 16, 2014

// // 1 comment

Gastrik Semasa Hamil

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak bercerita tentang gastrik semasa hamil. Sebenarnya, kalau ikutkan pengalaman saya sendiri yang pernah hamil sebanyak 3 kali, alhamdulillah saya memang tidak pernah mengalami gastik. Tapi saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah gastrik semasa hamil ini kerana rakan lama saya dari Brunei telah menghubungi saya dan meminta pendapat mengenai isu ini.

Sebagai seorang yang pernah mengandung, dia mengharapkan saya untuk berkongsi pengalaman dan pantang larang sewaktu hamil. Jadi di sini saya kongsikan sedikit info dan tips tentang gastrik semasa hamil untuk panduan kita bersama.

Perubahan hormon kehamilan memudahkan seseorang wanita mengalami pedih ulu hati seperti gastrik. Ini berlaku kerana gaster (istilah perubatan bagi perut) lambat mengosong berbanding sewaktu tidak hamil.

Akibatnya, kandungan gaster (termasuk asid gastrik) membolak kembali (refluks) ke bahagian atasnya iaitu esofagus (saluran yang menghubungkan mulut dengan gaster) dan menyebabkan pedih ulu hati. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menghakis permukaan esofagus dan menyebabkan ulser esofagus pula.




Untuk mengatasi dan mengurangkan masalah gastrik semasa hamil, beberapa tips berikut boleh diamalkan.
  • Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  • Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  • Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  • Kurangkan minuman berkafien seperti kopi, teh dan coklat
  • Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  • Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  • Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  • Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  • Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  • Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
  • Jangan merokok dan meminum alkohol.

Itu lah antara tips yang boleh membantu mereka yang mengalami gastrik semasa hamil. Tips seperti jangan merokok dan minum alkohol memang wajib kita hindari bukan sahaja sewaktu mengalami gastrik tapi sepanjang hidup kerana ianya memang tidak baik untuk kesihatan kita. 

Berbalik kepada kes rakan saya dari Brunei pula, katanya memang teringin makan tetapi apabila makan je, perut tidak selesa. Menurutnya doktor ada memberikannya ubat gastik untuk mengurangkan simptom. Apapun, kalau ada ibu-ibu yang mengalami masalah gastrik semasa hamil ini, saya sangat syorkan anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat.


Shaklee dan Gastrik
Sebagai alternative, anda juga boleh mencuba suplemen daripada Shaklee. Antara suplemen yang sesuai untuk ibu hamil yang mengalami gastrik adalah ESP, Ostematrik dan peppermint Ginger Plus.

[ Soy Protein Isolated Powder (ESP) ]
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap dan selamat untuk ibu hamil. Ianya mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh. Soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. Ia juga menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar dengan memberikan rasa kenyang yang lama.

[ Ostematrix ]
Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Ia membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Kekurangan kalsium dalam tubuh juga boleh menyebabkan penyakit gastrik.

[ Peppermint-Ginger Plus ]
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.


Jom kita lihat testimoni pula..:-)

gastrik semasa hamil

gastrik


Jika anda berminat untuk mendapatkan salah satu suplemen atau set gastrik semasa hamil ini, anda boleh hubungi saya atau boleh direct membuat belian secara atas talian menerusi eSell dengan klik butang di bawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=78cb7fa4cd7b891a867134cf4885e1f5
[ klik DISINI step by step order secara online ]

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

1 comment:

  1. saya ada gastrik dari tahun 2000 hingga 2011.

    paling teruk waktu mengandung. huhu.

    hingga 2012, saya jumpa penawar dia.

    saya amat teruja dgn keberkesanan dia. sampai sekarang 2016 dah x ada dah gastrik saya.

    baca di blog saya kisah saya sendiri
    gastrik saya pun dah hilang.
    dulu ada dari sekolah menengah tingkatan 2 tahun 2000 hingga la 2011.
    11 tahun gastrik.

    mulai 2012, dah hilang gastrik saya atas satu ikhtiar

    baca sini

    http://www.bijaksihat.com/2016/09/cara-hilangkan-gastrik.html?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...