Thursday, October 9, 2014

// // Leave a Comment

Masker Wajah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum..

Masker wajah apa yang biasa anda amalkan? Saya sendiri sebenarnya tidaklah rajin membelai wajah dengan masker-masker ni tapi kekadang tu buatlah jugak apabila ada kelapangan. Masker yang paling biasa saya amalkan adalah masker yang sangat mudah dan memang senang didapati serta kosnya murah sahaja....masker putih telur.

Sejak dulu kami adik beradik suka buat masker dengan putih telur, sama ada dengan hanya sapu putih telur di muka atau kami tampal bersama tisu lembut dan biarkan kering untuk tujuan membuang whitehead dan blackhead. Cara ni memang berkesan untuk saya dan kulit akan terasa lebih tegang, lembut dan halus. Masker putih telur ni sesuai untuk kulit kusam

Di dalam putih telur sebenarnya terdapat sumber protein dan juga asid amino yang baik untuk membentuk kesihatan otot tubuh. Tetapi telur juga memiliki banyak vitamin B2 dan B3 yang berupaya untuk mengatasi masalah jerawat serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam, menghalus dan melembapkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan wajah. Bestkannn putih telur ni!!

Jom saya kongsikan beberapa lagi masker yang boleh kita amalkan khususnya untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kasar.


Masker #1: Madu dan kuning telur
Masker madu dan kuning telur adalah salah satu masker buatan sendiri yang terbaik untuk kulit kering. Madu benar-benar membantu melembapkan kulit yg kering. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan madu dan kuning telur, tampal pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air bersih

Masker #2: Susu dan madu
Ambil 2 sudu teh susu dan 2 sudu besar madu, campurkan sehingga ianya seakan-akan melekit, dan tampalkan pada muka selama kira-kira 15 minit.

Masker #3: Yogurt dan pisang
Lenyekkan setengah biji pisang menjadi pes yang licin dan tambah 4 sudu yogurt kosong. Sapukan pada wajah anda dan basuh dengan air suam selepas 10-15 minit. Masker ini membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit licin dan superb!

Masker #4: Carrot dan avocado
Separuh avocado, 1 lobak merah dikupasdan dihancurkan, minyak zaitun, jus lemon, kuning telur dan madu dicmapurkan bersama. Ianya adalah masker muka yang menakjubkan untuk kulit yang sangat kering. Basuh muka anda dengan air, tampalkan masker pada muka dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam dan lap muka anda.

Masker #5: Madu dan avocado
Kacau 1 avocado dan tambah 2 sudu besar madu. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Masker #6: Aloe dan susu
Campurkan 2 sudu teh susu serbuk dengan 2 sudu teh 100% aloe vera. Tampalkan pada wajah anda dan tunggu sehingga ia kering sepenuhnya. Perlahan-lahan lap masker menggunakan bola kapas dan air suam. Kemudian basuh hingga bersih.

Masker #7: Madu dan yogurt
Tambah 1 sudu madu untuk satu sudu yogurt dan kacau dengan baik. Biarkan pada muka anda selama kira-kira 10-15 minit dan bilas dengan air suam. Masker ini adalah sangat berguna untuk kulit kering atau terbakar.

Kesemua bahan-bahan diatas antaranya boleh didapati di rumah sahaja dan sangat mudah untuk membuatnya. Selain menggunakan masker, kita haruslah juga mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapat kulit yang sihat dan mengamalkan banyak minum air kosong.

Ok lah, selamat mencuba.. lain kali saya akan menulis cara membuat masker dengan vitamin Shaklee. Jangan tak tahu.. vitamin yang kita telan itu pun boleh dibuat masker.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...