Assalamualaikum...
Apakah tanda anda sedang subur atau sedang berovulasi? Jika anda sedang merancang untuk hamil, anda mungkin mencari-cari tanda ovulasi supaya memudahkan anda melakukan seks dan meningkatkan peluang untuk hamil.
Perkara pertama yang selalu saya titikberatkan dalam merancang kehamilan adalah MengiraWaktu Subur. Ramai dikalangan customer saya yang ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee tidak pernah mengira hari subur. Sebenanya sangat penting untuk kita memahami kitaran haid dan mengira hari subur bagi meningkatkan peluang untuk hamil.
Dengan memahami kitaran haid dan mengetahui waktu subur, anda dapat mengenalpasti hari ovulasi dengan lebih mudah.
Apakah itu ovulasi?
Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Sebab itulah penting kita memahami kitaran haid dan pengiraan hari subur. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)
Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak.
Bilakah Ovulasi Berlaku?
90% daripada wanita mempunyai panjang kitaran berbeza-beza 23-35 hari, dengan ovulasi berlaku pada pertengahan kitaran haid. Faktor-faktor lain (seperti tekanan) boleh menyebabkan ovulasi tertangguh – selewat minggu ketiga malahan minggu keempat juga. Walau bagaimanapun hari yang sering digunakan untuk mengira tarikh kitaran, terutamanya tarikh kelahiran bagi wanita hamil, adalah berdasarkan ovulasi pada hari 14 – jadi anda sudah boleh melihat salah satu sebab utama mengapa tarikh tersebut tidak begitu tepat! Tidak setiap wanita mempunyai kitaran 28 hari, dan berovulasi pada hari ke 14.
Adakah Wanita Berovulasi Setiap Bulan?
Tidak semua wanita berovulasi setiap bulan. Jika ovari tidak menghasilkan folikel matang, ovulasi tidak berlaku. Ini dipanggil kitaran haid anovulatory. Endometrium (lapisan uterus anda yang membina dalam persediaan untuk mengandung) membangun seperti biasa, tetapi tidak ada telur dikeluarkan.
Untuk peratus kecil wanita, mereka boleh melepaskan dua atau lebih telur dalam tempoh 24 jam. Adalah tidak mungkin untuk melepaskan lebih selepas masa ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Apabila telur telah disenyawakan, hormon akan menghentikan mana-mana telur daripada dilepaskan untuk melindungi dan memupuk kehamilan.
Apakah Tanda Anda Sedang Subur atau Berovulasi?
Apabila seorang wanita sedang berovulasi, terdapat beberapa tanda-tanda
fizikal yang disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda memberi
perhatian kepada tubuh anda, anda boleh mengetahui waktu mana yang
paling subur dan hampir dengan ovulasi. Baca selanjutnya untuk
mengetahui 10 tanda-tanda ovulasi.
1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur
Tubuh seseorang wanita yang sedang bersedia untuk berovulasi akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma. Sebelum ovulasi, lendir ini melekit dan tebal. Lendir pada fasa ini tidak sesuai dengan sperma kerana sperma akan terlekat dalam lendir ini dan tidak boleh sampai ke telur. Lendir yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur adalah ideal kerana ia membantu sperma berenang hingga ke telur.

2. Rasa 'basah'
Apabila ovulasi semakin hampir, lendir servik bukan sahaja nipis dan elastik, ia juga bertambah banyak. Seseorang wanita yang subur akan terasa 'basah' sepanjang hari.
3. Rasa sengal / nyeri pada payudara
Selepas ovulasi, tahap progesterone akan meningkat. ( jika anda mencatat carta kesuburan, anda boleh lihat suhu badan meningkat sedikit selepas ovulasi). Mungkin disebabkan peningkatan prostegerone inilah yang menyebabkan rasa sengal pada payudara sewaktu ovulasi. Sesetengah wanita akan perasan rasa sengal ini lebih kurang dengan tanda-tanda PMS.
4. Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka
Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah.

5. Peningkatan libido
Kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi sewaktu ovulasi. (apabila hormon luteal meningkat)
6. Tompokan darah
Tiba-tiba ada tompokan darah walaupun sudah habis haid? Ada sesetengah yang menganggap bahawa darah ini ialah lebihan dari darah haid sebelumnya, tetapi jika ia berlaku sewaktu anda ovulasi, kemungkinan besar ini ialah 'ovulation spotting'. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.
7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut
Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit ini dikenali sebagai 'mittelschmerz', berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.
8. Kembung
Terasa baju tiba-tiba ketat? atau rasa kembung dan berangin semacam? Ia mungkin disebabkan ovulasi. Perubahan hormon semasa ovulasi mungkin penyebab kembung ini.
9. Loya dan pening lalat
Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai 'morning sickness'. Ini disebabkan hormon yang sama yang menyebabkan 'morning sickness' semasa kehamilan dan simptom PMS lain.
10. Sakit kepala atau migrain
Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi. Saintis mempercayai bahawa hormon yang menyebabkan sakit kepala di kalangan wanita-wanita ini.

credit: kabinet vitamin
Buat wanita yang sedang merancang untuk hamil, perhatikanlah tanda-tanda di atas. InsyaAllah boleh membantu kita mengenalpasti hari yang paling subur dan hari ovulasi berlaku. Untuk lebih mudah mengetahui hari ovulasi, anda juga boleh mencuba Kit Ujian Kesuburan (OPK)
Walau bagaimanapun, hari yang paling tepat terjadinya ovulasi adalah rahsia Allah, kita hanya boleh meneka dan berusaha mengikut pandangan sains. Selamat Mencuba ye!!
Tingkatkan Kesuburan dengan Vitamin Shaklee
berminat untuk mencuba vitamin untuk kesuburan, boleh hubungi saya,
-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and
drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat,
cure or prevent any diseases
0 comments:
Post a Comment