Monday, February 5, 2018

// // Leave a Comment

Tips Kecantikan - Masker Putih Telur

Nakkan cara yang semulajadi untuk penjagaan kulit wajah? Nak yang murah, mudah dan jimat? 

Ramai yang nakkan kulit wajah yang cantik, gebu, mulus, putih dan sebagainya. Pendek kata kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kita bukan sahaja untuk nampak cantik tetapi untuk tambah keyakinan diri juga :-)

Okay, hari ni saya nak share cara mudah untuk jaga kulit muka iaitu Masker Putih Telur. Masker ni adalah antara masker kesukaan saya kerana ianya tak perlukan budget besar, menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Mudah dan ringkas.

Apa yang best sangat dengan Masker Putih Telur ni:-

#1. Menegangkan kulit wajah
#2. Membuang sel kulit mati 
#3. Membersihkan kulit wajah
#4. Mengecilkan pori wajah
#5. Menghilang minyak yang berlebihan pada wajah
#6. Menghilangkan whitehead dan blackhead
#7. Menghaluskan kulit

Banyak kan manfaat Masker Putih Telur ni..Sebenarnya ada banyak variasi resepi masker menggunakan putih telur mengikut masalah kulit. Ada yang campur dengan madu, lemon dan sebagainya. 

Untuk saya, saya fokus untuk membuang whitehead dan blackhead pada wajah. Jadi resepinya sangatlah mudah:-

#1. Putih telur
#2. Kapas

Caranya:-

#1. Bilas wajah dengan air suam supaya pori terbuka dan lap bersih
#2. Sapukan putih telur pada seluruh wajah atau pada bahagian tertentu seperti hidung
#3. Lekapkan tisu yang telah dipotong pada wajah
#4. Biarkan hingga betul-betul kering dan kulit terasa tegang
#5. Tanggalkan tisu pada wajah
#6. Bilas wajah dengan air sejuk supaya pori tertutup

Boleh tonton video dibawah untuk lebih jelas.



Selamat mencuba semua..jika berminat dengan vitamin atau suplemen untuk kecantikan wajah, boleh hubungi saya

----------------------------------------------------------------------------------------


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...