Tuesday, October 16, 2018

// // Leave a Comment

5 Cara Meningkatkan Bilangan Sperma Dengan Mudah

Bagaimanakah cara meningkatkan bilangan sperma dengan mudah?


Kenapa perlu meningkatkan bilangan sperma? Pentingkah? Bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, tentunya perkara ini amat penting kerana ianya berkaitan dengan kesuburan.



Bilangan sperma merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari bilangan sperma yang kurang dari tahap normal.

Jumlah sperma yang banyak dapat meningkatkan peluang sperma untuk bertemu dengan ovum dan seterusnya membuka peluang besar untuk hamil.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani. Jumlah sperma yang lebih rendah daripada 10 juta per ml dianggap tidak normal dan biasanya dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki.


Selain bilangan sperma, faktor lain yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility iaitu keupayaan sperma untuk bergerak atau berenang dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.


5 Cara Meningkatkan Bilangan Sperma Dengan Mudah


Cara #1. Berhenti Merokok dan Minum Alkohol


Jika anda seorang perokok dan kaki minum, sudah tiba masanya untuk anda menghentikan tabiat tersebut. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.

Kedua-dua perkara ini boleh merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani dan menganggu kesuburan

Tabiat ini bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada kesihatan anda tetapi juga orang sekeliling termasuk isteri anda.

Cara #2. Jaga Pemakanan


Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan dapat membantu menghilangkan dan menyahaktifkan radikal bebas dan sebatian lain yang merosakkan sel. Beberapa vitamin dan mineral telah terbukti bertindak sebagai antioksidan, dan beberapa kajian telah mengaitkan penggunaan antioksidan dengan peningkatan jumlah sperma.

Antioksidan yang boleh menyumbang kepada jumlah sperma yang sihat termasuklah selenium, vitamin C, vitamin E dan coenzyme Q10.

Banyakkan makan protein dari sumber tumbuhan, kurangkan makan daging dan mula berhenti makan makanan terproses, makanan rapu dan makanan segera.

Cara #3. Turunkan berat badan


Kurangkan berat badan jika anda dalam kategori gemuk. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone. Lemak berlebihan menyebabkan hormon estrogen dan kortisol meningkat, tapi hormon testosteron menurun. Jaga diet harian anda dan bersenam selalu untuk menurunkan berat badan.

Cara #4. Elakkan perkara yang mengurangkan kesuburan.


Elakkan kepanasan kerana testikel agak sensitif dengan haba dan kepanasan. Elakkan juga memakai seluar dalam yang ketat dan berendam dalam bath tub berisi air panas atau kerap bersauna. Berendam dan bersauna boleh menyebabkan kualiti sperma berkurang.

Cara #5. Ambil Vitamin


Nutrisi yang terdapat di dalam suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik dapat membantu dalam menghasilkan sperma yang berkualiti. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

5 Cara meningkatkan jumlah sperma di atas mudah dilakukan sekiranya anda sanggup berkorban dan berubah. Saya percaya sang suami yang sayangkan isterinya dan mahukan zuriat, pastinya akan berusaha bersama-sama isterinya.


DAPATKAN SET REAL MEN UNTUK MEMBANTU MASALAH KESUBURAN 



Berminat untuk mendapatkan set ini? Hubungi saya

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...