Ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim melainkan mereka mengalami gejala-gejala fibroid atau ditemui secara tidak sengaja sewaktu rawatan.
BAHAYAKAH FIBROID? APA ITU FIBROID?
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.
Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10 ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.
Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Lazimnya fibroid tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.
kredit: webmd |
Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!
JENIS-JENIS FIBROID
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
#Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
#Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
#Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
#Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
***Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
#Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
#Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
PUNCA FIBROID
Pengkaji masih tidak menemui punca sebenar kepada masalah ini. Tetapi kajian dan pengalaman yang terkini menunjukkan beberapa pekara ini:
#Perubahan pada genetik
Kebanyakkan sel di dalam fibroid menunjukkan perubahan genetik berbanding dengan sel rahim yang lain
#Hormon
Estrogen dan Progesteron adalah 2 hormon yang terlibat untuk menebalkan lapisan dalam rahim supaya bersedia untuk mengandung. Kajian menunjukkan hormon ini membantu dalam pembesaran saiz ketulan ini.
Kajian kepada sel fibroid menunjukkan reseptor estrogen dan progesteron pada sel ini adalah lebih banyak berbanding sel rahim yang normal. Ketika mana menopause pula, ketulan ini selalunya mengecut disebabkan hormon-hormon tersebut sudah semakin sedikit
Sebagai tambahan, rahim mempunyai bahagian otot yang terdiri daripada otot licin. Otot ini berfungsi untuk mengecut bagi mengeluarkan bayi ketika sudah sampai usianya. Ia dinamakan sebagai otot licin kerana permukaannya nampak licin dan tidak berbelang jika dilihat dibawah mikroskop. Jika dibandingkan dengan jenis otot lain seperti otot rangka(skeletal muscle), ia berbelang-belang jika dilihat dibawah mikroskop.
Pembahagian sel otot licin yang tidak normal inilah yang akan menghasilkan ketulan ini.
GEJALA - GEJALA FIBROID
Semua gejala yang dinyatakan bukan spesifik kepada mereka yang menghidapi fibroid. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh membuat kesimpulan dan diagnosis sendiri apabila berasa telah mengalami tanda-tanda penyebab fibroid. Boleh jadi ia adalah tanda atau gejala penyakit lain juga. Antara gejala-gejala fibroid yang perlu anda kenalpasti dan peka adalah:
1. Mengalami pendarahan haid yang luar biasa.
Anda mengalami kesakitan ketika datang haid atau datang bulan yang melampau sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian dan pekerjaan lalu terpaksa mengambil cuti sakit. Pendarahan haid pula amat luar biasa.
Artikel Untuk Stabilkan Hormon Dan Haid Teratur <<<< KLIK DISINI
Artikel Untuk Stabilkan Hormon Dan Haid Teratur <<<< KLIK DISINI
2. Perut menjadi buncit.
Mungkin anda menyangka ia adalah lemak yang terkumpul, tetapi sebenarnya ia adalah bengkak dari dalam rahim atau ovari. Mungkin ada yang menjadi takut dengan tanda ini, tetapi ia juga boleh menjadi punca makanan yang tidak dihadam dengan baik di dalam usus dan perut.
3. Membuang air kecil dengan kerap
Anda berasa mahu terkencing dengan kerap. Baharu sahaja kencing tetapi mahu terkencing lagi. Ini kerana ketulan fibroid besar sedang menekan pundi kencing anda. Apabila anda pergi ke tandas, air kencing yang keluar hanya sedikit dan kadangkala ia tidak keluar langsung.
4. Sakit di bahagian bawah perut.
Walaupun bukan di waktu datang haid, anda mengalami rasa sakit di bahagian bawah perut. Ini disebabkan perubahan degeneratif pada fibroid yang telah menyebabkan kesakitan.
5. Sukar untuk hamil atau mengalami masalah kandungan ketika kehamilan.
Sekiranya anda disahkan hamil, ia tidak kekal lama dan ada wanita yang mengalami keguguran. Ini kerana ketumbuhan fibroid telah menganggu penempelan janin di dinding rahim, maka berlaku keguguran. Namun begitu bukan fibroid sahaja penyebabnya, boleh jadi atas sebab lain juga.
Bagi mereka yang sedang hamil, sekiranya terdapat fibroid di bahagian bawah rahim, ia boleh mengganggu pemusingan bayi di dalam rahim. Pusingan bayi akan diganggu seperti menjadi songsang atau melintang sehingga tidak dapat menurunkan kepalanya ke bawah.
Namun begitu, ketumbuhan fibroid itu boleh jadi bukan penyebab dan masalah kepada kandungan seorang wanita yang sedang hamil. Sekiranya seseorang itu mengalami ketumbuhan fibroid yang besar dengan jenis torsion (tergantung di luar rahim), ia boleh menyebabkan kesakitan.
Artikel Tingkatkan Kesuburan <<<<< KLIK DISINI
Artikel Tingkatkan Kesuburan <<<<< KLIK DISINI
RAWATAN
Kebanyakan fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit. Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan scan.
Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada
1) sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid,
2) fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
3) faktor umur dan
4) keinginan untuk hamil
Antara pilihan rawatan ialah:
#Histerektomi
Pembedahan membuang rahim. Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)#Miomektomi
Pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang (dalam masa 10 tahun), namun anda masih boleh hamil.#Abliasi Endometrial (Endometrial ablation)
Boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim. Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser, gegelung dawai panas (heated wire loop) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.#Uterine arteri embolisasi
Ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.#Ubat-ubatan
Ia merawat simptom. Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan.
Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (hot flushes), kekeringan faraj (dryness) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas terapi hormon dihentikan.
Semoga Bermanfaat!!
Sumber: utusan. myhealth, ediagnosa
Baca juga artikel dibawah,
0 comments:
Post a Comment