Wednesday, November 28, 2012

// // Leave a Comment

Masalah Sembelit | Atasinya Dengan Herb Lax

Assalamualaikum..

Ada tak antara ada semua yang selalu SEMBELIT?  Jarang-jarang buang air besar? Pastu BERJAM-JAM kat toilet..susah nak membuang.

Ramai je orang yang ambil ‘julap’ sebab masalah sembelit. Tapi kat sini saya nak syorkan HERB LAX SHAKLEE sebab husband saya juga merupakan salah seorang yang ada masalah sembelit. Tiap kali selepas membuang mesti mendengar keluhan dia.. sakit bontot..dan tak puas membuang..dah la bukan main lama dalam toilet tu..sebab tu dia tak selesa jika nak membuang kat luar..mesti nak kat rumah sendiri gak. tapi Alhamdulillah selepas ambik Herb lax ni...tiada lagi masalah tu..smooth jer bila nak membuang.

Herb lax
 
Herb lax ni bukan untuk itu aje tau.. sape yang nak KURUS pon bagus ambik herb lax sbb ia juga digunakan sebagai detox.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum. 

Tahukah anda, kebanyakan penyakit berpunca daripada usus? Bila sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, maka segala vitamin tidak dapat diserap dengan baik. Bila nutrien tidak mencukupi sudah tentulah badan pun mula tidak sihat.

Jom baca testimoni pengguna yang telah menggunakan Herb Lax..


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Kurang Kalsium?

Assalamualaikum...

Bagaimanakah untuk kita mengetahui bahawa badan kita telah kekurangan kalsium? Jom semak sama ada tanda-tanda atau gejala dibawah terdapat pada anda atau tidak? Antara kesan kekurangan kalsium adalah:-

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

Kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam masalah kekurangan kalsium. Antara simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak adalah seperti selalu berpeluh ketika tidur, sukar tidur lena, mudah terkejut, menangis pada waktu malam, hyperaktif, tiada selera makan, picky eater, lewat tumbuh gigi (selepas 10 bulan), lambat berjalan (selepas 13 bulan), kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak, rendah dan lemah badan.

Kenapa kalsium PENTING?

"Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih darip ada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis."

Berapa banyak kalsium diperlukan? 

Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.


Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Shaklee Ostematrix
Shaklee Ostematrix
 
Ostematrix lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.
Shaklee OsteMatrix membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji Ostematrix sebelum tidur?

Penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang membuang air kecil dan ini menyebabkan tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan.

Jom dapatkan pil kalsium hari ini..hubungi saya..


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, November 27, 2012

// // Leave a Comment

Kulit Cantik dan Muda Menawan Dengan Collagen Powder

Assalamualaikum...

Kulit yang cantik dan gebu seperti kulit bayi memang menjadi impian setiap wanita. Kadang-kadang kita juga boleh tertipu bila melihat fizikal dan wajah muda menawan walaupun usia telahpun menginjak angka 4. Apa rahsia kecantikan yang diamalkan oleh mereka? Selain pemakanan dan senaman yang perlu dijaga, aspek penjagaan wajah perlu dititikberatkan dan ada juga yang mengambil makanan tambahan. 

Jeragat, pigmentasi serta kulit kusam selalu menjadi masalah bagi wanita. Memang tidak dinafikan wanita yang selalu melakukan aktiviti luar dan terdedah dengan cahaya matahari, berisiko berdepan dengan kulit berjeragat lebih besar. Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan menjejaskan penampilan individu. Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit.

Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

Jom kita tengok perubahan pada wajah pengguna Shaklee Collagen Powder setelah menggunakan serbuk kolagen selama sebulan setengah. Beliau juga mengalami masalah jeragat walaupun usia masih muda. Tetapi setelah menggunakan produk ini, jeragat beliau semakin pudar serta kulit beliau kelihatan cerah, sihat dan cantik.

COLLAGEN POWDER SHAKLEE
Kata pengguna,

"Pic dua2 ni mmg pic asli.. Xpakai make up ke apa.. Sebab tu korang bleh tgok lagi kesan pigmentasi yg semakin samar2 tuh.. Kalo sekiranya sy apply fondation mmg kesan tuh hilang rata je ngan kulit.. Dulu kakak sy sndiri slalu suh sy guna naturactor bagai hehehe. Cuma sy rasa masih pelik kalo bersih tang2.. Dah bertahun2 ngan jeragat nih.. Semakin teruk bila mengandung.. Menjadi2.

Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini."

Antara kebaikan COLLAGEN POWDER SHAKLEE:-

• ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
• MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
• MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang
• MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
• MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
• MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
• MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Hubungi saya untuk mendapatkan collagen ini. Dengan pembelian 3 kotak collagen, telah melayakkan anada untuk menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Shaklee Collagen Powder - Kulit Lebih Muda Menawan

Assalamualaikum..

Kolagen? Apa itu kolagen? Ramai orang kaitkan kolagen untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu, mulus, licin tanpa jerawat dan jeragat serta wajah muda menawan. Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen sebenarnya banyak membantu dalam kecantikan dan kesihatan. Kolagen juga mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.



Tetapi apabila usia semakin meningkat, kolagen di dalam badan juga semakin berkurang. Antara kesan kekurangan kolagen adalah:-
  • Garis-garis kedutan, lingkaran hitam bawah mata akan kelihatan
  • Rambut kering dan bercabang
  • Liang roma jadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Gusi tidak sihat
  • Payudara dan punggung kendur
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • Kulit kering, kulit hilang keanjalan, kelihatan lebih tua

Apabila tanda-tanda di atas muncul, ramai wanita mula rasa gelisah kerana merasakan diri tua dan tidak cantik. Tetapi jangan risau, kemerosotan kolagen secara semulajadi tersebut boleh gantikan dengan pengambilan makanan tambahan yang tepat.

Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Kebaikan Shaklee Collagen Powder

  • Anti Penuaan - mengecilkan liang pori yang kelihatan dan menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Mengembalikan Keanjalan - menjadikan kulit lebih tegang, anjal, dan lembut
  • Melembap - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal pada muka
  • Mencerah -mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan kulit tidak sekata
  • Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara
  • Menyubur - menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang, serta tebal dan bersinar
  • Meningkat Pergerakan - menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

Ujian Klinikal Kolagen Shaklee:

60% lebih KELEMBAPAN
75%
lebih KELICINAN
80%
kurang KEDUTAN
90%
lebih KESERIAN

71% pengguna berasa tekstur kulit mereka LEBIH GEBU selepas menggunakan selama 8 MINGGU berturut-turut.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, November 23, 2012

// // Leave a Comment

GLA Complex Membantu Masalah Ketidakseimbangan Hormon Wanita

Assalamualaikum..

Keseimbangan hormon adalah penting bagi membolehkan seseorang wanita itu hamil. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur yang tidak matang serta mengganggu proses penghasilan telur. Hal ini seterusnya menyukarkan wanita tersebut hamil.

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Asid Gamma Linolenik digunakan secara tradisional untuk memberi kelegaan semasa datang bulan, sakit kepala, mengimbangi kitaran haid dan mengurangkan simptom akibat menopause.

Gamma Linolenic Acid (GLA) juga membantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Jom kita baca testimoni pengguna yang telah menggunakan gla..

vitamin untuk kesuburan
vitamin untuk kesuburan

vitamin untuk kesuburan

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, November 22, 2012

// // 2 comments

BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU UNTUK CEPAT HAMIL?

Assalamualaikum...

Ramai antara customer saya yang mengambil GLA Complex untuk mengatasi masalah haid termasuklah saya sendiri. Sebenarnya GLA Complex Shaklee mempunyai banyak kebaikan lain yang pastinya dapat meningkatkan tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.


Tetapi pada hari ini saya nak share dengan anda satu daripada kebaikan gla ini yang pastinya info ini sangat penting buat wanita-wanita di luar sana lebih-lebih lagi yang sedang merancang untuk mendapat cahaya mata. Credit harus saya berikan kepada vitaminsemulajadi.com & yoursupermom.blogspot.com kerana menyediakan info ini untuk saya kongsikan dengan anda semua.

Salah satu daripada kebaikan gla complex shaklee ialah 'membantu meningkat kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan?

InsyaAllah, mengambil vitamin Shaklee juga satu USAHA. Selebihnya berdoalah kepada Yang Satu. :)

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, November 19, 2012

// // Leave a Comment

Vitamin Kesuburan Bantu Untuk Hamil

Assalamualaikum..

Rasanya semua wanita yang berkahwin ingin menikmati alam hamil dan seterusnya mempunyai cahaya mata.. Itu merupakan satu nikmat yang tidak terhingga buat seorang wanita. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda masih tidak2 juga hamil walaupun telah lama berkahwin.. Mungkin belum lagi rezeki anda.. tetapi sebagai seorang ummat kita digalakkan berusaha..tidak hanya menunggu dan menyerah segalanya pada takdir. Doa juga merupakan satu usaha..

Selain berdoa, saya tahu ramai juga yang mendapatkan rawatan dihospital. Anda tentu juga sanggup berhabis ratusan mahupon ribuan dalam mendapatkan rawatan. Mengambil vitamin atau supplemen juga merupakan salah satu alternatif yang perlu anda fikirkan kerana badan yang sihat, pemakanan serta gaya hidup juga antara faktor penting yang perlu dijaga untuk anda hamil. Bukan untuk isteri sahaja, malah suami juga perlu menjaga pemakanan serta gaya hidup yg sihat. Pengambilan vitamin dapat membantu dalam masalah kesuburan lelaki dan perempuan.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa testimoni pengguna yang telah hamil setelah mengambil vitamin untuk kesuburan baik isteri atau suami.




Dengan izin Allah, mereka telah berjaya hamil. Tahniah buat mereka.. buat anda di luar sana yang masih belum hamil dan sedang berusaha untuk hamil..mulakan langkah anda dengan mengambil suplemen untuk kesihatan dan tingkatkan kesuburan anda...siapa tahu anda juga akan mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya..iringi setiap usaha dengan DOA yang tidak putus buat Allah. In Shaa Allah.. ada ganjaran buat anda.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk atau vitamin yang mereka ambil, boleh hubungi saya segera.. In Shaa Allah, saya akan cuba bantu anda.

p/s: leh baca DI SINI untuk tingkatkan kesuburan suami isteri

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Read More

Saturday, November 17, 2012

// // 2 comments

Tips Hamil | Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum..

Sewaktu saya ingin hamil lagi untuk anak kedua, saya memang menggunakan teknik mengira waktu subur untuk mengetahui waktu subur saya. Walaupun kitaran haid saya tidak teratur namun saya tetap berusaha mengira dan menganggar waktu subur saya. Alhamdulillah..teknik ini berkesan buat saya kerana saya berjaya hamil setelah melakukan teknik ini selama 2 bulan.

Bagi saya..sangat penting untuk kita mengira waktu subur kita lebih2 lagi untuk mendapatkan cahaya mata. Selain itu saya juga mengambil EPO kerana pada waktu itu saya belum berkenalan dengan GLA Shaklee. 

Oklah, hari ini saya nak share tentang bagaimana kita nak kira waktu subur. Jom sama2 baca untuk pengetahuan kita.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

kitaran haid


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

KESUBURAN DAN PELUANG KEHAMILAN


Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.

Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.

JADI APAKAH ITU WAKTU KESUBURAN (FERTILE WINDOW)? 


Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.

Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.

Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).

Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.

BAGAIMANA MENGENALPASTI FERTILE WINDOW?


Fertile Window

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile window bagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana pula?

Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.

Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.

Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar haid terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar haid terpanjang)
Julai 30 hari

Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

MENGAGAK DENGAN LEBIH TEPAT

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).

Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.

Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)

Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.

Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.

Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.

Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.

Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.

Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Disunting oleh mamamurai
Artikel oleh  Dr. Azwan dan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad.

Jika anda ingin mengetahui suplemen yang sesuai untuk membantu anda meningkatkan kesuburan anda, hubungi saya...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...